"Kamu nak ke mana pagi-pagi ni Hayan?"tanya seorang wanita pertengahan umur apabila melihat kelibat anak lelakinya yang menuruni anak tangga. Selalunya anaknya itu tidak berapa gemar untuk keluar dari rumah tambahan lagi pada hujung minggu ini. Anaknya itu hanya berkurung dalam biliknya sahaja untuk melakukan kerja walaupum pada hari minggu.
Kenal benar dengan perangai anaknya yang hanya keluar rumah untuk ke office sahaja. Terdapat juga kerisauan dalam hati seorang ibu kerana anaknya ini sudah masuk 3 siri tetapi masih belum mempunyai peneman hati.'Hai lah anak,adik sudah kahwin,abangnya pula sibuk dengan kerja yang entah bila nak habis itu' getus hati wanita itu.
"Hayan nak keluar dengan Alex sekejap,ada kerja yang belum settle. Maybe petang baru Hayan balik ye ma." Terang Hayan kepada ibu kesayangannya itu. Alex ialah salah seorang daripada orang yang dipercayainya merangkap sahabatnya juga.
Sudah hampir 20 tahun dia mengenali Alex dari bangku persekolahan hinggalah sekarang. Walaupun Alex ialah pembantu peribadinya,tetapi Alex juga salah seorang pemegang saham yang terbesar kepada syarikat yang dibina hasil dari titik peluhnya sendiri. Zachary Global yang terkenal dengan pembuatan enjin yang telah menjadi tumpuan seluruh negara.
Zachary Global telah dibina di beberapa buah negara di Asia Tenggara serta negara-negara barat. Setiap syarikat yang ingin mencipta pengangkutan mahupun apa-apa mesin pasti akan menjadikan syarikat milik Haydan sebagai sasaran utama.
Mungkin itu ialah rezeki kepadanya kerana bijak dalam memceburi bidang perniagaan serta dalam bidang automotif."Kamu ni Hayan,cubalah keluar tengok dunia luar sedikit. Jangan ashik keluar sebab kerja sahaja. Mama tengok kamu dengan Alex ni rapat semacam je. Kamu jangan macam-macam ya,mama tidak mahu dengar benda pelik yang jadi buah mulut orang tentang kamu."panjang lebar bebelan Puan Sri Khadija kepada anak sulungnya itu.
"Kenapa mama fikir sampai macam tu? Mama tahu kan banyak lagi kerja yang Hayan kena siapkan dan satu lagi Hayan ni straight lagi. Mama pun lama kan kenal Alex tu dia dah ade girlfriendlah ma" jelas pula si Hayan tanda tidak puas hati dengan tuduhan yang diberikan daripada ibunya.
"Yelah-yelah,mari makan dulu ni. Kot ia pun ade kerja makan lah dulu."Puan Sri Khadija menukar topik malas bergaduh mulut dengan anaknya. Bukan dia akan mendapat kemenangan pun. Sudah tahu anaknya ini panjang akal ada sahaja yang ingin dijawab.
Hayan melangkah ke arah meja makan tanpa membantah. Kebetulan pula perutnya berasa lapar kerana tidak menjamah apa-apa makanan pun dari semalam.
Apabila Hayan mula menjamu selera,Puan Sri Khadija mula membuka mulut ingin menanyakan sesuatu."Hayan,kamu memang tak ada hasrat untuk kahwin ke?"
Hayan mengerutkan dahi apabila mendengar soalan yang dilontarkan dari ibunya. Habis sahaja sisa makanan dari mulutnya,dia terus menjawab."Tak ada jodoh lagi ma." ringkas sahaja jawapanya.
"Kamu sudah masuk 34 tahun ini Hayan,takkan belum muncul jodoh kamu. Farid,adik kamu itu bukan je dah kahwin. Anak dah nak masuk dua. Mama pun teringin nak timang cucu dari kamu dan isteri. Faham maksud mama bukan?" jelas Puan Sri Khadija yang sudah lama memendam rasa ini.
Hayan hanya diam membisu. Bukan dia tidak mahu berkahwin. Dia juga inginkan pasangan dan menimang cahaya mata dari rahim isterinya sendiri. Tetapi masih ada lagi kah yang ingin berkahwin denganya.
Hayan mempunyai rupa paras yang tampan. Rambut hitam lebat yang sedikit panjang disikat rapi. Matanya pula bewarna coklat cair. Hidungnya pula mancung dan juga mempunyai jambang yang sudah ditrim.
Cuma ada satu sahaja yang membuatkan dia berasa sedikit rendah diri. Parut panjang pada mata kirinya seperti dihiris dengan sebilah pisau membuatkan dirinya terasa kurang yakin dengan diri sendiri. Parut yang terhasil 5 tahun yang lepas akibat pisau yang tajam. Mujur sahaja matanya tidak buta akibat tusukan pisau itu.
"Bukan tidak mahu ma,tapi ada lagi kah yang sudi menerima Hayan seperti ini." jawab Hayan dengan menundukkan kepala. Hayan sering membiarkan rambutnya sedikit panjang supaya dapat menutup parut itu.
Sedar akan perubahan pada emosi anaknya itu mebuatkan Puan Sri Khadija sedikit berasa serba salah. Sementara itu muncul ingatan dalam fikiranya tentang perjanjian yang telah dibuat sebulan yang lepas olehnya dan sahabatnya,Datin Maryam.
"Sebenarnya mama nak pinangkan kamu dengan anak kawan mama." jujur Puan Sri Khadija. Hayan sedikit tersentak dengan kata-kata ibunya itu. Mati akalnya ingin memberikan kata-kata.
"Siapa ma?"soal Hayan pendek. Hatinya agak terusik dengan luahan ibunya tadi."Hayan kenal ke?"soalnya lagi seperti tidak sabar.
"Kamu kenal kan Datin Maryam?"soalan dijawab dengan soalan. Datin Maryam ialah ibu mertua kepada adiknya. Pernafasan Hayan semakin laju. Otaknya giat memikirkan wanita yang akan disebut oleh ibunya itu.
'takkanlah..'getus hati kecilnya."Adik kepada adik ipar kamu,kamu kenal kan?"satu lagi soalan yang dilontarkan oleh ibunya.
Wajah Hayan kini berona merah. Telinganya menjadi panas seperti buat tomato yang telah masak."Araya?" soalnya lembut kepada ibunya. Memang tidak dapat dinafikan mukanya kini jelas terkejut membuatkan Puan Sri Khadija sedikit runsing dengan jawapan yang akan diberikan oleh anaknya.
Puan Sri Khadija hanya mengangguk menandakan tekaannya itu tepat sekali."Araya Medina?" soalnya lagi bagi mendapat kepastian dari ibunya.
"Ya,Hayan"balasan pendek tetapi hanya dirinya yang tahu bagaimana nama itu dapat membuatkan hatinya berdegup kencang.
"kamu okay kan?" soalan ibunya hanya dibiar dibawa angin. Dia tidak dapat memberi kata-kata.'Araya Medina' hanya nama sahaja dapat memberi kesan sebegini kepadanya apatah lagi tuanya.
"Hayan?" Puan Sri Khadija memanggil namanya sambil memegang tangan berurat miliknya itu. Hayan seperti baru tersedar dari lamunan terus menjawab panggilan ibunya itu.
"How,Hayan?" soalan yang sama tetapi dalam bahasa yang berbeza."Ha..Hayan fikirkan dulu ya ma,Hayan keluar dulu dah lambat ni." Hayan menukar topik dan terus bersalaman dengan ibunya.
Tidak sempat Puan Sri Khadija ingin mengatakan sesuatu,daun pintu telah ditutup lembut."Hmm...kenapa pelik semacam je anak aku ni?"soalnya kepada diri sendiri. Harapnya dia mendapat jawapan yang positif dari Hayan.
~~~~~
Done sudah. Harap semua enjoy^¤^ kalau ada typo minta tegur ye💙
YOU ARE READING
her LIES
Romance"We can't be together.You deserve someone better than me "-ARAYA . . "YES WE CAN!The first moment I saw you, I knew you were my share of the world. Iʹve always loved you.You can't run from me,love.You belong to me and I always belong to you forever...