Hari demi hari,maka tibalah masa dimana Farid berjumpa dengan bakal mertuanya. Hatinya semakin berdebar kakinya pula semakin laju berjongket. Apabila dia melihat ke bahu jalan,hatinya seperti ingin meletup kerana mengetahui mereka sudah hampir tiba.
Hayan yang memandang adiknya seperti beruk terkena belacan tu hanya tersenyum kecil.'Tahu juga ais batu ni rasa berdebar?' getus hatinya.
Kurang dari 5 minit,mereka akan tiba ke kediaman Dato Ismail dan Datin Maryam yang merupakan ibu bapa Melissa. Alex dan Zyad? Huh mereka dari awal lagi sudah masuk ke alam mimpi. Penat kerana Hayan menghadiahkan mereka kerja yang menimbun tingginya.
Tiba sahaja mereka di kediaman itu,Farid semakin tidak senang duduk."Weyh,jom balik" kata Farid dengan nada yang agak bergetar. Hayan yang sedang mengejutkan dua bala dibelakang mengerutkan dahinya.
"Gila kau ni" kemudian tanpa melayan karenah si Farid,Hayan keluar dari perut kereta."keluar" sepatah perkataan dari Hayan dengan muka yang garang membuatkan Farid menurut tanpa banyak bunyi.
"Kita dekat mana ni?" soalan yang keluar dari mulut Zyad sambil menggaru perutnya. Mamai agaknya."Dah jom"Hayan mengajak mereka bertiga apabila selesai mengarahkan pemandu untuk pergi.
"Kau jalan dulu."jari telunjuk milik Hayan menuju ke arah Farid yang bersembunyi di belakang Alex. Farid hanya menelan air liur dan kemudian pasrah.
Tibanya mereka di depan muka pintu,Hayan memberi isyarat kepada Farid untuk menekan loceng."Bagi salam" Arahnya lagi.
"As..Assalamualaikum"gagap Farid. Alex dan Zyad hanya menahan tawa dengan kelakuan Farid. Sudah macam anak ayam yang ikut sahaja dimana ibunya berada.
"Waalaikumussalm" suara lembut dari dalam rumah mengejutkan mereka berempat. Apabila daun pintu dibuka,seorang wanita pertengahan usia menghadiahkan senyuman kepada mereka. Wanita itu cantik bertudung labuh.
Walaupun sudah mencecah 52 tahun,tetapi Datin Maryam masih lagi awet muda."Eh,kamu sudah sampai ya. Jemputlah masuk jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri ya."
Farid melangkahkan kaki kanannya ke dalam rumah yang indah itu. Dapat dilihat bahawa kediaman keluarga Dato Ismail itu sangatlah cantik dan dihiasi dengan perabot yang klasik. Suasana di dalam rumah ini sangatlah tenang sepertimana tuan rumahnya sendiri.
Dato Ismail terkenal sebagai seorang yang murah dengan senyuman .Walaupun beliau seorang yang berpengaruh,tetapi beliau belum pernah menjadikan jawatannya itu sebagai benda yang tidak berfaedah. Beliau juga terkenal sebgai dermawan yang gemar menolong orang yang berada dalam kesulitan.
"Duduk lah dulu ya,aunty tengah masak tadi. Nanti uncle turun ya." ucapan Datin Maryam menyedarkan mereka berempat yang leka dengan pemandangn yang indah.
Tanpa membuang masa,mereka duduk di sofa panjang yang berada di ruang tamu. Hayan hanya diam sambil matanya meliar memandang sekeliling. Kemudian,matanya berhenti pada bingkai gambar yang elok tergantung di sebelah televisyen.
Gambar tiga orang kanak-kanak yang sedang bermain pistol air itu berjaya mendapat tumpuannya. Seorang kanak-kanak lelaki sedang memegang pistol air sambil menembak dua orang kanak-kanak perempuan. Dapat dilihat olehnya kegembiraan kanak-kanak itu. Hayan hanya tersenyum kecil memikirkan zaman kanak-kanaknya tidak seindah itu.
"Eh sudah sampai rupanya kamu semua." suara yang sedikit garau itu membuatkan Hayan tersentak dari lamunan. Mereka berempat serentak bangun bersalaman dengan Dato Ismail.
Dato Imail pula hanya tersenyum lembut dengan perbuatan mereka berempat."duduk lah semua kenapa berdiri sahaja" alu Dato Ismail dengan senyuman. Dato Ismail duduk berhadapan dengan mereka.
Beberapa minit berbual kosong,seorang wanita muda yang rupawan datang dan menyediakan air kepada mereka. Hayan memandang Farid yang tersipu-sipu seperti siput sedut hanya membuat muka.
"Yang ini ke?" bisik Hayan kepada adiknya. Farid hanya mengagguk. Alex dan Zyad hanya diam tidak berkutik. Mereka telah diberi amaran kalau bising akan ditambahkan kerja oleh Hayan. Jadi nak ke taknak mereka diam sahaja memandang sekeliling.
"Liya,mari duduk sini." kata Dato Ismail kepada Melissa sambil menepukkan kuisyen di sebelahnya. Melissa hanya mengikut sahaja.
"Yang mana berkenan dengan anak saya ni,ramai sangat . Tak kenal saya. Hayan kah?" soal Dato Ismail dengan senyuman dan tawa kecil. Hayan yang sedang minum air tersedak apabila namanya dipetik nasib tidak tumpah air itu."huk...hukk.."terbatuk kecil Hayan.
"Bukan,uncle. Saya orangya." Berani Farid menyuarakan dirinya. Dato Ismail memandang ke arah Farid dan tersennyum kepada anak perempuannya." pandai ye kamu pilih,Liya."
Melissa hanya diam dan tersenyum kecil."Apa nama diberi?" soal Dato Ismail lembut. Buat masa sekarang,beliau hanya mengenali Hayan kerana pernah menjadi tetamu kepada majlis yang dibuat oleh Zachary Global. Beliau juga mengenali Tan Sri Mustafa iaitu bapa kepada Hayan kerana pernah berganding bahu dalam dunia politik. Tidak pula beliau tahu tentang anak Tan Sri Mustafa yang lain.
"Farid uncle,Farid Zayan. Saya adik kepada Hayan." farid memperkenalkan dirinya dengan berani. Dato Ismail mengangguk faham.
"Yang berdua ini siapa pula,senyap semacam sahaja. Kamu berdua okay ke?" soal Dato Ismail kepada Alex dan Zyad. Runsing pula beliau melihat dua lelaki itu seperti kena culik sahaja.
"Saya Alex,pekerja tuan Hayan" Alex memperkenalkan diri." Saya Zyad,uncle. Adik kepada Hayan dan Farid." giliran Zyad pula memperkenalkan diri. Dato Ismail hanya senyum sambil mengaggukkan kepala.
"Wah kacak-kacak semuanya ya. Sudah berpunya ke." mereka berempat memandang antara satu sama lain dan menggelengkan kepala mereka.
Dato Ismail hanya ketawa lembut.Melissa sudah ke dapur dari tadi lagi. Sambil mereka berbual kosong tiba-tiba mereka dapat didengari seorang wanita memberi salam.
"Assalamualaikum."salam diberikan oleh seorang wanita muda yang cantik bertudung itu."Waalaikmusslam,wah anak papa dah balik ya."Dato Ismail tersenyum melihat anak perempuan bongsunya.
Apabila sahaja Hayan memandang wanita itu,mata mereka bertembung. Dapat dia rasakan hatinya betdegup kencang. 'Kenapa aku rasa macam ni?'soal hatinya.
Hayan melihat wanita di hadapannya tidak berkelip.Cantik sangat orangnya. Berkulit putih gebu . Berhidung mancung dan matanya berwana hazel membuatkan jangtungnya tidak aman. Farid memandang abangnya itu pelik. Kemudian seperti memahami pandangan mata abangya itu,dia tersenyum kecil.'Dah jatuh hati ke?'
Araya yang pelik melihat empat lelaki yang tidak dikenalinya hanya diabaikan. Langkahnya terus ke bapanya. Bagasi diheret kebelakang sofa yang diduduk oleh bapanya.
"pa,papa sihat?" soal Araya sambil bersalaman dengan Dato Ismail. Kemudian Araya menghadiahkan ciuman di pipi kanan dan kiri bapanya. Mata coklat Hayan masih lagi tidak berhenti memandangnya membuatkan dia berasa agak tidak selesa.
Dato Ismail seperti mengerti dengan pandangan mereka itu memperkenalkan anak bongsunya itu."Lupa uncle nak kenalkan ini anak bongsu uncle,Araya Medina. Ara,mereka ini datang untuk meminang kakak kamu."selesai sahaja Dato Ismail memperkenalkan empat lelaki itu,Araya menayangkan muka yang terkejut.
Tetapi,Araya hanya mendiamkan diri dan kemudian meminta diri untuk ke dapur apabila melihat kelibat kakaknya. Tanpa sedar setiap pergerakan Araya dipandang oleh Hayan tanpa berkelip.
Dato Ismail yang hanya melihat perlakuan Hayan dan tersenyum."Dah jatuh cinta ke?" Dato Ismail bertanya tanpa segan.
Badan Hayan tersentak dengan soalan yang dilontarkan oleh Dato Ismail. Dia hanya mendiamkan diri dan menunudukkan kepala. Dato Ismail menggelengkan kepalanya sambil ketawa kecil.
Alex dan Zyad pula hanya memandang antara satu sama lain. Mereka berdua hanya mengherotkan senyuman nipis." nampaknya dua lah kakak ipar aku"bisiknya kepada Alex.
Farid mencubit paha Zyad dengan kuat sebagai amaran kepada adiknya.Zyad hanya mengaduh kecil kemudian memuncungkan mulutnya. Dato Ismail ketawa kecil melihat kelakuan lelaki muda dihadapannya.
'Araya Medina' getus hati kecil Hayan dengan senyuman yang penuh makna.
~~~~~~~~~~
Enjoy ya semua•~•
Kalau ada kesalahan bahasa mohon beritahu tau¤=¤
YOU ARE READING
her LIES
Romance"We can't be together.You deserve someone better than me "-ARAYA . . "YES WE CAN!The first moment I saw you, I knew you were my share of the world. Iʹve always loved you.You can't run from me,love.You belong to me and I always belong to you forever...