7~

3 0 0
                                    

"Are you kidding me now." jelas suara tidak puas hati Araya apabila membaca pesanan dihantar oleh kakaknya.

Dik
Kau tak sibuk kan
Tolong ambil baju akak dekat butik eah..
Love you❤

Badan Araya hanya terkaku sambil membaca pesanan dari kakaknya berulang kali . Dia cuba untuk membuat panggilan kepada kakaknya tetapi hampa. Dengan keluhan dia pasrah dan bangun untuk menyiapkan dirinya.

'Sape nak kahwin ni aku tak tahulah' bebel hati kecilnya sambil menuruni anak tangga. Matanya meliar mencari mamanya untuk meminta kebenaran keluar.

Kaki Araya mengorak masuk ke dalam kereta Mercedes-Benz milik abang sulongnya. Alang -alang tuan tak ade ambil je lah.

Tiba sahaja di butik,dahi Araya tidak sewenang-wenangnya berkerut seribu.'kenapa dia ada dekat sini pulak.'matanya tertumpu pada sebatang tubuh tegap yang ralit membelet ipad dengan wajah yang tegang.

Araya cuba mengabaikan lelaki itu dan cepat-cepat ingin menyelesaikan pesanan yang diberi oleh kakaknya tanpa lelaki itu sedar.

Selepas sahaja Araya menghulurkan sekeping kad bewarna biru muda kepada pekerja butik itu,terus mereka mengerti dan mula mencari pakaian yang telah ditempah khas dari keluarga yang ternama.

Araya hanya memandang tingkah -laku pekerja-pekerja itu. Sempat dirinya memberi pesanan untuk segera kerana takut ketibaannya disedari oleh 'seseorang'.

Perlahan-lahan kepala Araya ingin berpaling untuk memastikan lelaki di belakangnya  itu kekal pada posisi. Keningnya kini berkerut.'eh hilang?'soal hati kecilnya.

"Cari saya ke?" suara husky milik lelaki itu mampu mengejungkan badan Araya. Araya mengeluh lembut'here we go again'. Dan terus berpaling ke hadapan .

Alangkah terkejutnya dia apabila matanya betul-betul berada pada dada Hayan. Araya mula mendongakkan kepala supaya dapat melihat muka Hayan dengan lebih jelas. Kakinya pula mula mengundur ke belakang. Lenguh juga tengkuknya jika terdongak begitu. Dia bukanlah pendek tapi Hayan yang tinggi sangat.

"Nice to meet you here." sapa Araya sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Hayan. Hayan hanya memandang Araya dengan senyuman tipis. 'Alahai hati kenapa tak duduk diam ni' jeritnya kecil .

Apabila teringat kembali kata-kata Alex minggu lepas menyedarkannya dari terus merenung wajah cantik Araya.

"Ada yang pelik,Hayan. Semua maklumat tentang keluarga Dato Ismail aku jumpa. Tapi hanya data Araya masih tidak dapat dikesan. Semua aku dah hack tapi hampa. Ade yang tak kena"-Alex

"impossible tak kan lah tak ade walau sedikit pun"-Hayan

"Cuma ada nama dan umur sahaja,Hayan. Aku rase kene cari jalan lain."-Alex

"Cari sampai dapat. Aku nak semua data Araya atas meja aku sebelum Farid kahwin"-Hayan

"Who are you,love?"bisik Hayan nada yang sangat perlahan. Semua pencarian tentang Araya masih tidak dijumpai. Tetapi tidak pula dia berputus asa dalam mencari perihal tentang Araya. Kadang-kala ada juga dia mengikuti pergerakan Araya . Tetapi tiada yang pelik.

Araya hanya keluar berjumpa rakan-rakannya dan semuanya perempuan. Selebihnya,Araya hanya terperuk di dalam rumah.

Dan tanpa Hayan sedari,setiap jejak Hayan dapat dikesan oleh Araya. Sebab itu jugalah Araya cuba sedaya upaya untuk menjauhi Hayan. Kalau tidak,tidak tenang hidupnya untuk jalankan tugas.

Tersedar dari lamunannya,Hayan kembali menatap wajah putih milik Araya. "What are you saying again?"soal Hayan menandakan dia memamg tidak mendengar kata-kata Araya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

her LIESWhere stories live. Discover now