Araya yang sedang ralit membasuh pinggan itu ditenung oleh Hayan. Dari atas kepala sampai lah ke kaki ditenungnya. Macam pervert.
Araya yang merasakan dirinya sedang ditenung memandang ke arah belakang. Alangkah terkejutnya dirinya apabila tubuh Hayan betul-betul berada di hadapannya.
Oleh kerana tubuh Hayan yang tinggi, terpaksalah dia mendongankkan kepala. Keningnya mengjongket dan Araya bertanya"nak saya basuhkan ke?"sambil mulutnya memuncungkan ke arah pinggan yang dipegang oleh Hayan.
Tanpa banyak kata,Hayan menghulurkan pinggannya kepada Araya. Selesai sahaja Araya membasuh pinggan dan gelas. Dia memandang ke arah Hayan yang masih berada di belakangnya.
"Awak nak apa-apa ke?" soal Araya lembut. Takkan nak marah pula anak orang ni. Hairan pula dirinya kenapa Hayan diam membatu di belakangnya. Nak gaduh ke."Nak basuh tangan."jawab Hayan pendek.
Araya hanya mengangguk dan memberi laluan kepada Hayan kemudian keluar dari dapur. Araya sedaya mungkin mengawal raup mukanya dek kerana tingkah laku pelik yang dilakukan oleh Hayan.
Bukan apa,dia cuma tidak selesa.'Cepat-cepatlah balik.'getus hatinya.
~~~~~~~
"Eh hari dah petang rupanya,tak perasan pula uncle." selepas sahaja menjamu selera, mereka berlima terus ke ruang solat untuk solat berjemaah bersama.
Kemudian,mereka sambung berborak panjang sehingga tidak perasan akan waktu yang seungguh cepat bergerak. Banyak lagi kalau ikutkan nak diborak oleh Dato Ismail. Maklumlah dalam rumah ni,dia je yang lelaki buat masa sekarang. Ryan sedang jalankan tugas untuk beberapa hari. Minggu depan baru balik ke rumah.
Dato Ismail dan Datin Maryam membincangkan tentang sesi perkahwinan yang akan diadakan pada dua bulan akan datang. Pada awalnya Datin Maryam menolak dek kerana masa yang sangat singkat.
Tetapi Farid menyatakan yang dia akan bekerja di Spain selama bertahun-tahun. Jadi dia berhasrat ingin membawa Melissa dan tinggal bersama-sama.
Mahu atau tidak,Datin Maryam hanya setuju dengan perkahwinan tanpa perunangan ini. Walaupun dia mahu adakan secara besar-besaran. Maklumlah Melissa anak pertama yang ingin berkahwin. Mahu juga dia jadikan kenangan terindah untuk sang anak.
Melihat Melissa bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan. Datin Maryam terpaksa akur. Lagipun kebahagian anak-anaknya merupakan kebahagiannya juga.
"Kalau macam tu kami minta diri dulu lah uncle,aunty." Farid ingin mempamitkan diri.
"Eh,hari sudah nak gelap ni kamu semua tidur lah sini dulu malam ni ye. Esok lah kamu balik"ujar Dato Ismail kepada mereka berempat.
Mereka berempat saling memandang antara satu sama lain."maaf lah unc...."tiba-tiba ucapan Farid dipotong oleh Hayan.
"Bolehkah,uncle? Tak menyusahkan ke?" soal Hayan seperti meminta kepastian daripada Dato Ismail.
"Betul lah takkan uncle main-main pula. Lagipun dah lama rumah ni tak bising macam hari ni. Sekurang-kurangnya ada juga teman berbual untuk uncle." Dato Ismail menyatakan hasratnya.
"Kami okay je,uncle"hujar Hayan mengejutkan Farid,Alex dan Zyad. Sebelum ni,dialah yang paling beria-ria mahu balik awal,sekarang ni dia pula nak tidur sini. Hairan.
"Kalau macam tu,nanti aunty minta bibik tolong sediakan bilik ya."Datin Maryam pula mecelah. Seronok juga dirinya berbual-bual dengan mereka.
Araya yang dari tadi memasang telinga menayangkan muka redha.'Haih,nampaknya lambat lagi lah nak balik' getus hatinya. Kemudian cepat-cepat dia melarikan diri apabila mamanya seperti ingin mara ke arahnya.
~~~~~~~~"Kamu boleh ke duduk dekat sini,Hayan. Maklumlah bilik ni kecil sikit. Kalau tak selesa boleh duduk bilik Ryan sekejap." ujar Datin Maryam. Susah hati juga dirinya apabila Hayan ingin berada dalam bilik yang agak kecil ni.
"Takpa aunty,lagipun bilik ni ade balcony boleh lah saya ambil angin malam ni" kata Hayan lembut .
"Takpelah kalau macam tu,kalau ade ape-ape kamu boleh minta dengan aunty ataupun Araya. Dia duduk sebelah ni je" ujar Datin Maryam sambil menunjukkan bilik Araya yang betul-betul disebelah bilik yang Hayan duduk sekarang.
Ya,itulah agenda Hayan untuk duduk dalam bilik kecil ni. Dia ingin berada lebih dekat dengan Araya. Macam mana dia tahu? Sebelum naik ke tingkat dua,dapat dilihat olehnya kelibat Araya yang ingin masuk ke dalam bilik.
Lagi dia mahu apabila melihat balcony milik Araya bersambung dengannya. Cuma perlu melangkah cermin kaca di tengah sahaja.
Hayan menutup daun pintu apabila Datin Maryam mempamitkan dirinya. Badan yang terasa lenguh dibaringkan di atas katil. Jam sudah masuk pukul tujuh.
Segera dia bangun dan membersihkan diri. Untung baju milik Ryan padan dengan dirinya.Hayan mempunyai tubuh badan yang tegap dan tinggi berbanding adik-adiknya. Tingginnya telah mencecah 194 cm.
Jadi,setiap pakaiannya mesti ditempah khas dek kerana banyak saiz biasa tidak muat dengannya. Apa lah nasib baka besar.
Selesai sahaja solat isyak berjemaah,mereka dijamu dengan hidangan ringkas seperti kuih-muih. Tanpa berbual panjang,Hayan meminta diri ke bilik dahulu kerana kepenatan.
Dibiarkan Farid dan Zyad bersembang tentang perkahwinan yang akan berlangsung. Tetapi,tidak pula dia nampak kelibat Araya.
Semasa solat berjemaah tadi pun dia tidak nampak. Period,maybe . Masuk sahaja ke dalam bilik,dia merebahkan badannya. Bukan mahu tidur,cuma untuk membetulkan urat-urat yang tegang.
Hayan keluarkan telefon bimbitnya untuk menyatakan bahawa dia akan pergi ke pejabat lewat esok kepada pembantunya. Beberapa minit kemudian dapat dia dengari sliding door dibuka dari luar.
Mulutnya terus mengherotkan senyuman kerana mengetahui Araya yang membuka pintu itu. Hayan bangun daripada perbaringan dan melangkah ke arah pintu kaca itu.
Hayan mengintai Araya disebalik langsir kerana takut Araya terkejut dengan keberadaannya itu. Apabila dia melihat Araya,badan Hayan tersentak dan matanya agak membulat apabila melihat Araya hanya mengenakan baju satin sleeveless dan berseluar paras paha.
Matanya tidak dapat lari daripada memandang Araya. Kali ini mata Hayan betul-betul tertumpu pada kaki putih milik Araya. Air liur diteguk keras. Sementara Araya yang masih ralit mendengar lagu sambil melakarkan lukisan pada kertas kecil.
Dapat diperhatikan oleh Hayan,tubuh badan yang kecil itu apabila kadang kala angin meniup laju. Dia cuba mengalihkan pandangan,tetapi gagal.
Apabila terasa akan perubahan pada badannya. Hayan cuba untuk melangkah ke belakang dan kemudian berdiri di sebalik dinding.
Araya merasakan suasana menjadi suram,dia memalingkan kepala ke arah belakang. Entah kenapa badannya terasa seram sejuk seperti diperhatikan. Kemudian pandangan Araya beralih ke arah balkoni sebelah biliknya.
Araya cuba mengintai di sebalik pintu balkoni itu. Namun dia tidak dapat melihat apa-apa bayangan.'Perasaan aku je kot'. Kemudian dia menyambungkan lukisannya sambil mendengar lagu kegemarannya. Grenade by Bruno Mars.
Hayan yang menyorok di sebalik dinding pula seolah-olah baru tersedar dari mimpi yang indah. Nasib dirinya tidak tertangkap. Kalau tidak,lain pula jadinya.
Hayan mengeluh panjang dan beristighfar dengan petbuatannya tadi. Dia jatuh terduduk di sebalik dinding di sebelah pintu kaca itu. Sedaya upaya dirinya untuk membuang pemikiran yang buruk.
Hayan kemudian bangun dan mula membaringkan badan. Dapat dia dengari sliding door milik Araya ditutup kemudian dikunci.
Hayan cuba untuk melelapkan matanya dan cuba mengelakkan diri daripada memikirkan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Mulutnya tidak berhenti terkumat-kumit istighfar. Selang beberapa minit matanya mula memberat.
YOU ARE READING
her LIES
Romance"We can't be together.You deserve someone better than me "-ARAYA . . "YES WE CAN!The first moment I saw you, I knew you were my share of the world. Iʹve always loved you.You can't run from me,love.You belong to me and I always belong to you forever...