Flashback ~
4 years ago
"HAH! Kahwin? kau? "Suara garau milik Hayan naik seoktaf angkara terkejut dengan kata-kata adiknya,Farid yang tidak masuk dek akal itu.
Pada waktu pagi hari ini,Farid secara tiba-tiba datang ke pejabatnya. Jarang benar adiknya yang seorang ini munculkan diri ke pejabatnya melainkan terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan yang berlaku dalam pengurusan syarikat miliknya.
Buat masa ini,Farid bekerja dengannya sementara menuggu jawatan yang akan diberi kepadanya oleh bapa mereka. Disebabkan Hayan sudah memiliki syarikatnya sendiri,maka dia hanya melepaskan semua jawatan milik bapanya kepada adik-adiknya yang lain.
Kata Farid untuk menambah lebih banyak pengalaman. Bukan kerana tidak cukup pengalaman tetapi memang sudah menjadi tabiat seseorang yang bernama Farid yang tidak boleh duduk diam. Workaholic .
"Ye, kahwin." Jawapan Farid yang ringkas tidak memuaskan hati Hayan sebagai abang yang sudah masak dengan perangai Farid ini.Farid bukan sahaja seorang workaholic,dia juga seorang hati batu. Perempuan? Huh tidak pernah berada dalam kamus hidupnya.
Walaupun Farid memempunyai rupa paras yang boleh menjadi kegilaan ramai kaum wanita,tetapi dia tidak pernah berminat dalam dunia percintaan.
"Kau tak demam ke?" Hayan bertanya hairan dengan perubahan adiknya yang serta merta ini. Hebat betul perempuan yang dapat cairkan ais batu seperti Farid ini.
"Aku dah buat keputusan untuk kahwin dengan dia. Dia je paling sesuai untuk jadi isteri aku yang sah. Ak....aku sayang dia...sangat." panjang lebar penjelasan Farid.
Kening Hayang menjongket kehairanan dengan kata-kata adiknya.bibir milik Hayan naik sejongket."Betul?"soalnya meminta kepastian daripada sang adik. Farid mengangguk kepala tanda dia memang benar-benar serius dengan kata-katanya.
"Apa nama dia? Dah jumpa parents dia? Mama dan papa tahu tak pasal ni?" soal Hayan seperti seorang polis kepada penjenayah.
"Melissa. Belum. Belum." Farid menjawab soalan abang sulungnya satu persatu. Memang sudah menjadi kebiasaan untuknya jika terdapat sesuatu yang ingin dikatakan pasti abangya menjadi orang pertama yang tahu.
" Habis? Kau nak tunggu Melissa kesayangan kau tu kena rembat dulu ke baru nak masuk meminang?"soalan yang dilontarkan Hayan sedikit sebanyak memberikan getaran pada diri Farid.
"Meminang? Sape?"tiba-tiba datang satu suara yang mencelah entah dari mana. Alex hanya sengeh menayangkan gigi tanda tidak bersalah apabila masuk ke dalam bilik majikannya tanpa mengetuk pintu dan memasang telinga apa yang mereka bualkan.
Mata Hayan tajam menikam Alex.'Datang dah bala sorang ni' getus hatinya dengan tidak puas hati. Bukan dia tidak memberi amaran kepada Alex untuk mengetuk pintu dahulu sebelum masuk. Sudah berbuih mulutnya tetapi kelakuan Alex masih sama.
Beruntunglah dia belum berkahwin,kalu tidak mahu diserbunya si Alex masa dia nak sweet-sweet dengan isteri. Eh? Calon pun entah ke mana lagi. Berangan sahaja mampu.
"Siapa nak kahwin?"satu lagi suara yang muncul disebalik Alex.'sekor lagi'. Hayan dan Farid hanya berdiam diri memandang dua ekor eh orang yang berada di daun pintu bilik kepunyaan Hayan.
"Cakaplah."sepatah perkataan keluar dari mulut Hayan seolah-olah menyuruh Farid jujur sahaja kepada semua orang. Farid menghela nafas berat kemudian memandang dua jejaka di hadapanya .
Akhirnya,tanpa kata-kata yang keluar dari mulut Farid. Dia hanya mengangkat tangannya menandakan orang yang menjadi persoalan Alex dan Zyad itu adalah dirinya.
Zyad ialah adik lelaki bongu Hayan dan Farid. Walaupun perangainya agak lain berbanding abang-abangnya,tetapi malangnya mereka masih lagi adik-beradik kandung seibu sebapa. Yang lainnya Zyan terlebih bebal berbanding yang lain. Mungkin fitrah anak bongsu yang menjadi beban kepada abang-abngnya.
Alex dan Zyad memandang antara satu sama lain menandakan tidak percaya dengan pengakuan yang dibuat oleh Farid tadi."Biar"."Betik". Selang-seli perkataan yang dikeluarkan mereka dengan riak yang terkejut.
"A...Alex tampar aku Lex" perintah Zyad mana tahu dia berada dalam alam mimpi sekarang. Tanpa apa-apa bantahan dan ragu-ragu Alex menampar Zyad sekuat hati.
"ADUH!!" jerit seketul Zyad apabila tamparan hebat Alex sampai ke pipinya."Kenapa kau tampar betul-betul?" Zyad bertanya tidak puas hati dengan perbuatan Alex.
"Dahtu,takkan nak tampar macam angin?"soalan yang dijawab dengan soalan menaikkan amarah dalam diri Zyad."kau ni kan!!"belum sempat Zyad ingin membalas jerkahan daripada Hayan nyaring berbunyi.
"Sudah!! Kalau nak bergaduh jangan dalam office aku" suara Hayan mampu mendiamkan mereka berdua."Dia yang buat dulu!" adu Zyad tidak berpuas hati.
Hayan memandang Zyad dengan pandangan yang tajam. Serta-merta adik lelakinya itu membisu. Apabila Zyad memandang ke sebelah kiri pula,dia dijamu dengan pandangan sinis Alex.'padan muka kau'. Seolah-olah Zyad dapat membaca fikiran Alex ketika itu.
"Duduk." arah Hayan pendek kepada dua lelaki itu. Mereka hanya mengikut arahan Hayan seperti lembu dicucuk hidung. Mana tidaknya,kalau tidak diikut mahu nyawa melayan lepas ni.
Hayan melepaskan nafas yang berat dan menyambung topik perbualannya dengan Farid. Farid seperti mengetahui apa yang akan disoal oleh abangnya terus membuka mulut"minggu depan aku nak jumpa parents dia."
"Tapi aku nak kau orang ikut." jujur Farid katakan yang dia memang benar-benar berdebar untuk berjumpa dengan bakal mertuanya."heh,coward."
Mata Farid menikam anak mata yang berada di belakangnya. Siapa lagi kalau bukan si budak Zyad yang suka sangat menyakat. Zyad hanya tayang muka tidak bersalah dan mengangkat bahunya.
"Kau bawa mereka je lah,aku ada banyak lagi kerja yang tertangguh ni." Hayan memberi alasan. Tetapi memang benar kerjanya sekarang semakin banyak dek kerana ramai syarikat ingin berganding bahu dengannya. Jadi banyak kertas kerja yang perlu dia semak.
"Tak boleh,kau wajib ikut." protes Farid. Hayan mengerutkan dahinya tanda tidak memahami dengan kelakuan adiknya itu."Kau je paling tua,jadi kau lah boleh tolong aku kalau kene soal siasat." Farid menjelaskan agendanya.
"Kau ingat aku juru cakap?" Hayan bertanya garang. Farid hanya menikus. Nafas dihela berat supaya abangnya tahu dia sedang bersedih.
Hayan tidak menghiraukan perbuatan adiknya dan sambung melakukan kerja yang tertunggak. Alex dan Zyad pula hanya diam sambil bermain uno card. Bosan dengam perbualan orang-orang tua.
"Dia ada adik,cantik juga kau memang taknak berkenalan ke? Mana tahu boleh double date ?" Farid mencari alasan supaya abangnya bersetuju. Hayan hanya diam membisu.
"Aku nak!"jeritan Zyad membuatkan Farid berpusing ke belakang."Budak-budak diam,dahulukan orang yang lebih tua. Kau tu budak lagi." Farid melarang.
Apabila kepalanya berpusing menghadap abangya,dapat dia rasakan aura abangnya yang kuat."Kau kata aku tua?"soal Hayan tidak berpuas hati. Farid menelan air liur.
"Lah memang betul pun,kan?"selamba Farid menjawab. Hayan hanya mendengus."Yelah aku ikut,tapi sekejap sahaja." Hayan memberi kata putus.
Senyuman Farid semakin lebar.'Yes! Ada juga peneman yang normal'. Bukan dia tidak percayakan Alex dan Zyad tetapi tulah tak pasal-pasal bakal mertuanya tidak terima kerana bela monyet.
~~~~~~~~~
Enjoy •~•
Kalau ada kesalahan bahasa mohon tegur ya^¤^
YOU ARE READING
her LIES
Romance"We can't be together.You deserve someone better than me "-ARAYA . . "YES WE CAN!The first moment I saw you, I knew you were my share of the world. Iʹve always loved you.You can't run from me,love.You belong to me and I always belong to you forever...