bab 1

10 0 0
                                    

"Maksud Dr, anak saya psychopath?" Getaran pada nada suara Puan Marina jelas kedengaran. Agak terkejut dengan pernyataan yang baru sahaja keluar dari mulut seorang lelaki separuh abad itu yang merupakan psychiatrist yang merawat anaknya Rose.

"Ya puan, saya tahu apa yang puan dengar ni mesti mengejutkan puan tapi lepas kami buat pemeriksaan psikometrik ke atas anak puan ni... Percentage yang kami dapat memang kuat mengatakan yang anak puan ni seorang sosiopat" jelas penerangan doktor Nasir itu sambil anak matanya tepat memandang wajah sepasang suami isteri di hadapannya itu.

Sebenarnya dia juga turut tak percaya dengan apa yang dia lihat tetapi selepas membuat pemeriksaan dan mengutarakan beberapa soalan kepada anak gadis mereka itu, peratus yang menyatakan gadis itu unik amat tinggi iaitu 99.9%.

Pada mulanya dia hanya menganggap bahawa gadis tersebut hanyalah pintar sahaja kerana mampu menyelesaikan kiub rubik dalam beberapa minit tanpa berhenti satu saat pun tetapi apabila dia melakukan ujian refleksi keatas gadis tersebutlah menyebabkan dia benar-benar yakin bahawa gadis tersebut 'unik' oleh sebab dia langsung tidak memberi reaksi terkejut atau takut seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

"Jadi apa yang patut kami buat dengan Rose doktor, dialah satu-satunya anak kami doktor! Takkan saya nak hantar dia ke wad mental and biarkan dia kena ikat macam pesakit lain!" Bentak Puan Marina bersertakan tangisan yang mengalir dari tubir matanya itu.

"Rina jangan fikir sampai macam tu sekali! Pasti ada cara lain punya!" Ucap Encik Rafael cuba untuk menenangkan isterinya itu.

"You.... Rose tu satu-satunya anak I takkanlah I nak biarkan dia macam tu!" Ucap Puan Marina sambil mengesat air mata yang mengalir itu.

"Macam ni puan..."

"Doc, tolong saya doctor.. saya tak boleh tengok anak saya macam tu.."

" Puan sila bawa bertenang puan! Kami memang takkan buat macam tu kepada anak puan cuma ada satu cara sahaja yang kami boleh tolong anak puan..."

"Apa dia doc..." Tanya Puan Marina yang agak tergesa-gesa itu.

Sebelum doktor Nasir menyambung ayatnya itu, matanya sempat melirik ke anak mata milik gadis kecil itu. Senyuman manis terukir di wajah gadis tersebut apabila mata mereka berdua bertemu. Walaupun begitu, senyuman tersebut nampak seperti ada maksud yang tersirat.

"Asingkan dia dari orang ramai"

Unrequited Love Where stories live. Discover now