bab 3

6 1 0
                                    

  Suasana di dalam kelas riuh-rendah seperti di pasar malam disebabkan ketiadaan guru di dalam kelas tersebut. Ada yang sedang membawang ada juga yang sedang bermain lari-lari bagaikan budak kecil dan juga ada yang sedang mengulang kaji matapelajaran memandangkan ujian pertengahan tahun tidak lama lagi akan berlangsung.

   Manakala di penjuru kelas seorang lelaki hanya duduk di mejanya sambil membaca buku biologi. Diam langsung tidak menghiraukan rakan sekelasnya sebelum seorang gadis mendekati dirinya.

   "Hai Mikhail kau buat apa sekarang ni?" Tanya Sofea seorang gadis yang dikenali ramai dengan kecantikannya. Diam. Langsung tiada sahutan bagaikan bercakap dengan dinding. Mata Sofia kemudian tertumpu ke arah buku yang dibaca oleh Mikhail. "Oh biology! Kalau kau nak tahu aku ni lemah sikit dengan subjek biologi kalau kau tak ke...." Belum sempat Sofia menghabiskan ayatnya Mikhail terus bangun dari tempatnya ingin berlalu keluar dari kelas.

   "Kau nak gi mana Mikha?"

   "Mikha?" Tanya Mikhail dengan sinis seraya memusingkan badannya ke belakang memandang gadis tersebut. "Are we close?" Ucap Mikhail sinis kemudian meneruskan langkahnya keluar dari kelas tersebut.

   Semua yang berada di dalam kelas tersebut senyap seketika. Mata mereka memandang ke arah Sofia. Ada yang ketawa, ada yang terkejut dan ada yang tidak ambil endah lantas memulakan semula kerja mereka. Mereka semua sudah sedia maklum dengan cinta bertepuk sebelah tangan Sofia itu. Dari dahulu lagi Sofia memang cuba untuk mendekati jejaka tersebut tetapi apa yang dapat hanyalah kehampaan sahaja.

   Mikhail Danial dianugerahkan dengan ketampanan yang boleh membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya jatuh hati kepada dirinya itu tetapi Mikhail tidak menggunakan anugerah tersebut untuk mendekati pelajar perempuan di sekolahnya itu malah dia mengasingkan diri daripada semua orang dan lebih suka berseorangan sahaja. Hanya Danial sahaja satu-satunya rakan di sekolahnya. Semua orang juga tahu dengan perkara tersebut, oleh itu mereka hanya mengendahkan sahaja Mikhail kecuali jika mereka diarahkan untuk menjalankan kerja berkumpulan sahaja. Itupun barulah mereka mendekati Mikhail tetapi hanyalah berbincang perkara penting sahaja.

   Sofia hanya ketawa sinis sahaja. Mata-mata yang memandang dirinya langsung dia tak ambil pusing. Tanpa berputus asa dia terus keluar dari kelas mencari susuk tubuh Mikhail. Sofia kemudian mengejar Mikhail yang berjalan sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek seluarnya itu.

  Sofia mengejar langkah Mikhail sehinggalah dia berjalan beriringan dengan lelaki tersebut "Mikhail... Im sorry sebab panggil you Mikha tadi. Saya ingat awak tak kisah tapi tak tahu pulak awak sensitif bab nama ni" ucap Sofia mendongak sedikit memandang wajah Mikhail memandangkan dia hanya separas bawah telinga lelaki itu sahaja.

   Mikhail berhenti seketika. Dia kemudian memandang wajah Sofia yang berada di sebelahnya itu. "Kau nak apa sebenarnya? Kalau kau datang sini semata-mata nak minta maaf sebabkan hal tu better tak payahlah. Aku tak kisah pun!" Ujar Mikhail mendatar.

   "Kau nak apa lagi? Nak ikut aku masuk tandas?" Sambung Mikhail lagi sambil jarinya menunjukkan simbol lelaki dihadapan tandas lelaki itu. Tanpa menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Sofia itu dia terus melangkah masuk ke dalam tandas lelaki itu.

   Sofia mendengus geram. Itu sahaja yang dapat dilakukannya tika ini. Dia kemudian memusingkan badannya bergerak untuk masuk ke kelas semula. Takkan nak duduk depan tandas lelaki ni pulak tunggu je Mikhail keluar. Nanti orang cop dia stalker pula.

  

…⁠ᘛ⁠⁐̤⁠ᕐ⁠ᐷ

BORANG-BORANG yang baru sahaja diserahkan oleh Puan Marina itu disemak satu persatu. Semua sekali dibelek secara terperinci sehinggalah mata guru yang berbangsa India itu tertancap ke arah reputasi dan bilangan orang yang pernah mengajar anak gadis Puan Marina itu. Kira-kira hampir 20 orang yang pernah mengajar gadis tersebut dan itu merupakan jumlah yang sangat ramai.

   "Maafkan saya Puan, boleh saya tanya sikit?" Tanya puan Vimala teragak-agak.

   Puan Marina hanya memberikan senyuman palsu sahaja. Memang sudah dijangkakan soalan apa yang bakal keluar dari mulut guru tersebut.

   "Semua cikgu yang ajar dia kebanyakannya tak berdisiplin, selalu datang lambat ke rumah kami and waktu dia mengajar pula diorang tak fokus and serius dengan apa yang diorang buat so saya terpaksa pecat diorang. Sebab tu sekarang saya ambil keputusan untuk sekolahkan dia pulak." Ucap puan Marina secara terperinci walaupun apa yang diucapkannya itu hanyalah satu penipuan.

   Puan Vimala hanya mengangguk sahaja, faham dengan apa yang disampaikan oleh Puan Marina itu. "Sebenarnya puan, kalau puan sekolahkan Rose sekarang nanti dia kena struggle sikitlah sebab ujian pertengahan tahun lagi sebulan je ni tapi kalau puan tak kisah tak apa je cumanya kami bagi cadangan jelah  sebab nak kurangkan beban Rose." Ujar Puan Vimala ramah.

   "Kalau ikut pihak cikgu bila Rose boleh sekolah?"

   "Kalau ikut pihak sekolah, kami rasa Rose boleh start masuk sekolah tahun depanlah."

   "Masa dia form 5? Lamanya!" Ucap Puan Marina terkejut.

   "Itu cuma cadangan kami sebab kami tak nak Rose terbeban. lagipun ni kan first time Rose sekolah" ucap Puan Vimala mengulangi ayatnya itu. Ayat terakhirnya sengaja diperlahankan supaya tak didengari oleh Puan Marina.

   "Tak apalah saya sekolahkan dia sekarang, lagipun Rose pun dah belajar silibus form 4 ni so saya rasa mungkin tak ada masalah lah kot pada dia" ucap puan Marina sambil menghadiahkan senyuman kepada guru tersebut.

   "Kalau itu kata puan. Marilah ikut saya isi borang-borang penting dulu untuk kemasukan Rose ke sekolah kami and Rose boleh sekolah esok harini kita bagi dia cuti dulu untuk bersiap sedia for her first day in our school Tomorrow!" ucap puan Vimala sambil menghulurkan borang-borang kemasukan sekolah.

   Selesai Puan Marina mengisi segala borang dia terus bersalaman dengan Puan Vimala, wanita yang bakal menjadi guru kelas anaknya itu.

  

 

Unrequited Love Where stories live. Discover now