Suasana di meja makan sunyi sepi hanya ditemani dengan bunyi sudu dan garfu berlaga di atas pinggan sahaja. Mata puan Marina dan encik Rafael kejap-kejap memandang ke arah Rose. Selama 16 tahun mereka hidup bersama jarang sekali Rose ingin turun makan bersama mereka. Kalau mereka makan bersama pun itu sudah pasti ada masalah yang ditimbulkan oleh Rose berkenanaan mentornya.
Encik Rafael memberi isyarat mata ke arah Puan Marina supaya bertanyakan soalan kepada Rose sekaligus memecahkan kebisuan antara mereka di meja makan itu.
"Rose..."
"Kejap lagi Rose nak keluar... Nak beli sesuatu" ucap Rose seraya memandang wajah ibu dan ayahnya silih berganti. Puan Marina tak sempat nak menghabiskan ayatnya lagi Rose sudah mencelah.
"Why tak suruh papa je tadi yang belikan? Kan senang" tanya Encik Rafael pada anak gadisnya itu.
"Rose tak nak susahkan papa. Lagipun barang tu tak adalah penting sangat pun so papa tak payahlah nak struggle cari barang tu" ucap Rose sambil menghadiahkan senyuman manis ke arah bapanya.
Puan Marina dan encik Rafael hanya mengangguk sahaja. "So Rose nak pergi dengan siapa nanti lagipun dah lewat malam dah ni" tanya Puan Marina pula.
"Sorang jew." Ucap Rose sambil mengesat mulutnya dengan kain tisu di sebelahnya. Lantas itu Rose terus bangun dari duduknya sebelum dia berjalan naik ke biliknya matanya sempat pandang ke arah puan Marina. Kemudian terus berlalu pergi ke tingkat atas.
Puan Marina agak terkesima dengan pandangan yang baru diberikan oleh Rose itu tadi. Matanya sempat memandang ke wajah suaminya yang berada disebelah itu. Encik Rafael hanya mengangkat bahunya sahaja tanda tidak tahu.
…ᘛ⁐̤ᕐᐷ
Sejak dari tadi, mata Rose hanya memandang ke arah susunan buku latihan Matematik tingkatan 4 yang berada di rak tersebut. Terlampau banyak pilihan sehinggakan dia pening ingin memilih yang mana satu. Tetapi itu bukanlah tujuan utama dia datang ke pusat buku Popular itu. Tujuan dia keluar dari rumah bukanlah semata-mata untuk membeli buku tetapi ada tujuan lain lagi.
Mata Rose kemudian tertancap ke arah buku Matematik yang diterbitkan oleh Penerbitan Focus itu. Tangan Rose kemudian cuba untuk mengambil buku tersebut tetapi belum sempat dia ingin membuat demikian satu suara menyapa dirinya.
"Kalau awak nak start basic matematik awak boleh cuba belajar guna buku ni." Ujar satu suara dari sebelah sambil menghulurkan sebuah buku matematik. "Lagipun buku ni berwarna so senang nak faham kalau buku yang tu it's not colouring so maybe susah nak faham" ucap suara itu lagi.
Rose tidak terus menyambut huluran buku lelaki tersebut malah dia menganalisis gerak tubuh lelaki yang berada di sebelahnya itu. Dari atas ke bawah dia memerhati. Dari wajah lelaki tersebut dia dapat membuat kesimpulan yang mungkin lelaki itu genius. Kemudian matanya jatuh ke penampilan lelaki tersebut. Kemas dengan mengenakan baju putih yang tertulis California bersertakan dengan seluar slack berwarna hitam. Baju yang dipakai olehnya itu sengaja dimasukkan ke dalam seluar lagak seperti seseorang yang sangat mementingkan kekemasan. Rambut pula digayakan dengan gaya potongan undercut lagilah menyerlahkan kekemasan lelaki itu.
Seakan-akan terasa dirinya diperhatikan, Mikhail berdehem agar dapat menyedarkan gadis tersebut dari perbuatannya itu. "Dah puas dah tenung aku macam tu?" Ucap Mikhail dengan sinis. "Aku cuma nak tolong kau je... Lagipun aku tengok kau tu dah macam lost je dari tadi nak cari buku, ni buku ni kalau kau tak nak aku boleh letak je dekat tempat dia balik!" Ucap Mikhail lagi sambil berkira-kira ingin meletakkan semula buku tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Unrequited Love
Misteri / ThrillerRose Amanda - mempunyai nama yang cantik bak bunga sama seperti tuan badannya juga. kecantikan Rose menjadi buah mulut ramai orang. tetapi siapa sangka bunga yang cantik itu juga mampu menyakiti orang dengan durinya. - Dimata orang lain, Rose bagai...