bab 6

3 1 0
                                        

Kawasan lorong yang terletak di bawah jambatan itu dipenuhi dengan ramai orang apabila mereka terdengar bualan mulut orang berdekatan mengenai seorang lelaki separuh abad yang dijumpai meninggal dunia akibat di bunuh di kawasan berkenaan.  Pita polis telah pun diikat di kawasan kejadian kalau tidak sudah pasti ramai yang akan masuk dan melihat dari jarak dekat. Pihak polis dan forensik masing-masing telah lama sampai di kawasan kejadian untuk melakukan beberapa siasatan di kawasan berkenaan.

   Seorang lelaki dalam usia 30 an memasuki kawasan tersebut selepas menunjukkan kad polisnya itu bersertakan dengan seorang pegawai wanita yang sebaya dengannya. Mereka berdua turut melakukan beberapa siasatan untuk melihat sama ada si pelaku ada meninggalkan sesuatu yang boleh dijadikan bukti atau sebaliknya.

   "Selamat pagi tuan" ucap seorang pegawai polis sambil mengangkat tangannya menunjuk hormat kepada Detektif Adam dihadapannya itu. Usai menunjukkan tanda hormat, mereka kembali kepada tujuan utamanya itu.

   "Tuan kami mendapati, mangsa merupakan seorang lelaki 50 an bekerja sebagai pemandu lori di sebuah kilang sawit tetapi telah diberhentikan atas sebab disiplin kira-kira sebulan lepas" ucap anggota polis berkenaan.

   "Macam mana dengan keluarga?" Tanya Detektif Adam.

   "Mangsa dikatakan duda anak dua. Isteri dan anak-anak mangsa berada di Sarawak tapi kami dah pun maklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kematian mangsa tersebut dan mangsa juga didapati ada berhutang duit dengan ahlong." Ucap pegawai polis itu.

   "Mangsa juga didapati lari dari serbuan Ahlong semalam di rumahnya. Jadinya sinilah tempat terakhir dia pergi sebelum dia dibunuh." Sambung pegawai polis itu lagi sebelum mengangkat tadbir hormat kepada Detektif Adam.

   "Adam" laung detektif Helena yang duduk tidak jauh dari kawasan sahabatnya itu. Tanpa menunggu masa detektif Adam terus menghampiri sahabatnya itu. Matanya memandang ke arah sahabatnya itu sebelum dialihkan ke arah seorang lelaki yang berdiri di hadapan sahabatnya itu.

   "Aku dah cakap dengan kau jangan panggil aku guna namakan! Kita dekat tempat kerja sekarang. Be professional!" Ucap Detektif Adam kepada rakan setugasnya itu. Sudah banyak kali ditegur tetapi Helena hanya buat tak endah sahaja. Masih dengan sikap yang sama.

  "Apa salahnya nama kau Adamkan than?" Ucap Detektif Helena bersahaja. Detektif Adam hanya bersabar sahaja. Nasib baiklah kawan baik kalau tak memang dah kena maki dah!

  "By the way back to the our topic, Adam ni saksi terakhir yang berjumpa dengan mangsa. Saksi terserempak dengan mangsa di 7eleven. Katanya mangsa masuk kedai tu sebab nak beli rokok." Ujar Detektif Helena selepas dia dengan saksi berbual seketika sebentar tadi. Itu pun selepas Detektif Helena ternampak reaksi yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut seakan-akan fishi baginya. Mana tidaknya, lelaki tersebut tiba-tiba sahaja berhenti di kawasan kejadian lepas itu mengerutkan dahi seakan-akan cuba untuk mengingati sesuatu.

  Adam mengangguk faham sebelum matanya dialihkan ke arah saksi yang berumur awal 20-an yang berada di hadapannya itu.

   "Ya tuan saya nampak dia beli rokok dekat 7eleven semalam sebab masa tu saya cashier dekat situ. Muka dia masa tu pun  nampak macam bengis je semacam" ujar lelaki tersebut seakan-akan faham dengan isyarat mata yang ditunjukkan oleh detektif Adam itu.

   "Mangsa beli rokok dekat 7eleven tapi lepas pihak forensik buat siasatan tadi diorang cakap diorang tak jumpa pun rokok or pemetik api" ucap Detektif Helena lagi usai sahaja saksi beredar dari kawasan berkenaan.
"Takkanlah mangsa kena bunuh semata-mata disebabkan rokok pulak kan?" Sambung Detektif Helena lagi.

   Buat kesekian kalinya detektif Adam hanya mengangguk. Tiba-tiba dia teringatkan tentang Ahlong yang baru sahaja diberitahu oleh pegawai polis padanya tadi. "Ahlong! !" Ucap Detektif Adam. "I rasa kita kena keluarkan waran tangkap untuk siasatan lanjut. Kemungkinan besar Ahlong ada kena mengena dengan pembunuhan yang berlaku ni!" Ucap Detektif Adam kepada detektif Helena sebelum dia berlalu ke arah pegawai-pegawai polis yang berada disitu.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 27, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Unrequited Love Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang