"Tak sabar nak tengok anak Nia dengan Eykal nanti" kata Aria teruja tanpa memandang ke arah suaminya.
Kayden memandang ke arah sisi wajah Aria yang sedang melihat ke arah luar tingkap itu. Sekarang, mereka dalam perjalanan ke hospital.
Selepas saja Kayden menerima panggilan dari Eykal tentang Nia yang sudah mahu melahirkan itu, mereka berdua cepat cepat bergegas ke sana. Sama juga dengan yang lain. Ace dan Drea turut ikut bersama.
"Itu la. Mesti bila besar perangai macam mak bapak diorang kan" balas Kayden. Aria bergumam.
Kayden memberhentikan keretanya dihadapan pintu masuk hospital sebelum mereka berdua bergerak masuk ke dalam.
Kereta mewah itu hanya ditinggalkan begitu saja. Nak risau apa, kalau hilang beli baru la jawabnya. Diorang orang kaya kan? Berlambak lagi kereta ada dekat rumah.
"Eykal" sapa Kayden. Eykal mendekati rakan baiknya itu. Kayden mengosok bahu Eykal.
"Weh Kay, macam mana kalau Nia-" Kayden menggelengkan kepalanya. Eykal diam. Dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan wad isterinya. Dia meramas kuat rambutnya.
Ace yang baru saja tiba di situ menarik perlahan tangan Eykal. Dia duduk di sebelah jejaka itu.
"Sabar Kal. Berdoa banyak banyak. Insyaallah tak ada apa apa jadi dekat Nia tu" pujuk Farhan.
Eykal mengeluh berat sebelum mengangguk mengiyakan. Tersenyum yang lain. Jarang jarang boleh tengok Eykal yang dingin ni jadi gelabah sebab bini nak bersalin.
"Suami kepada Puan Nia Darya?" Terus tegak badan Eykal. Dia bangun dan mendekati doktor perempuan itu.
"Saya suami dia. Wife saya macam mana?" Soal Eykal tentang Nia terlebih dahulu.
Doktor bertag nama Qalisha itu tersenyum manis. Dia menunduk sedikit ke arah Eykal.
Wajah Eykal gelisah. Dia diam sambil memandang ke arah doktor itu.
"Alhamdulillah, Puan Muda Nia Darya selamat melahirkan sepasang anak lelaki kembar" kata Doktor Qalisha. Terkaku tubuh Eykal mendengar ayat itu.
"K-kembar?" Patut lah perut Nia besar semacam.
Doktor Qalisha mengangguk mengiyakan. Eykal mengucapkan syukur berkali kali.
Doktor itu meminta diri sebelum dia berlalu dari situ. Ahli The Devil yang lain memeluk tubuh Eykal.
"Congratulations Eykal" kata Qashaf, Kayden dan Haikal serentak. Eykal tersenyum manis.
"Terima kasih" Ace menepuk bahu lelaki itu. Eykal memandang hairan ke arah ketuanya.
"Pergi la masuk dalam. Nia tengah tunggu kau tu. By the way, tahniah" kata Ace. Eykal mengiyakan sebelum dia melepaskan pelukan mereka dan masuk ke dalam wad VVIP itu.
To be continue..
YOU ARE READING
RYSA ZACHARY 2
RomanceIRFAN ZACHARY & MAYA RYSA Sambungan dari Rysa Zachary. Sila baca ketiga tiga story sebelum Rysa Zachary 2 ini untuk mengelakkan apa apa kekeliruan. Terima kasih. START: 10/4/2024 END: 19/5/2024