Mungkin ada yang tak boleh accept dengan ending Rysa Zachary hari tu. So, this is for you. Cuma story ni slow update.
TING TONG!
Ace membuka pintu rumahnya. Tersenyum lelaki itu tatkala melihat rakan dan ahli keluarganya disitu.
"Selamat hari raya!" Ucap Qashaf, Farhan, Amir dan Haikal riang. Anak anak mereka tertawa suka.
"Selamat hari raya. Masuk masuk" jemput Ace. Mereka semua masuk ke dalam mansion mewah itu.
"Aunty Drea" panggil Zaffran, Iskandar dan Ammar. Mereka berlari ke arah wanita itu.
Drea yang sedang memakaikan tudung kepada Dalia itu memandang ke arah kanak kanak kecil itu.
Zaffran, Iskandar dan Ammar menyalam tangan Drea sebelum mengambil tempat di sebelah Darren dan Xaivier.
Mereka semua menjamu selera sambil berbual bersama. Mata Ace memandang ke arah Irfan.
"Irfan" Irfan menoleh ke arah Ace. Dia mengangkat keningnya sedikit sebagai balasan.
Ace melihat wajah kesemua rakan rakannya yang lain sebelum kembali memandang Irfan.
"Kau ni dah kenapa, Ace?" soal Irfan hairan. Ace mengeluh perlahan.
"Aku ada something nak bagi dekat kau sempena hari jadi kau hari ini" kata Ace datar.
"Apa dia?" Soal Irfan tenang. Ace berdehem. Dia memandang ke arah tangga rumahnya. Semua mata turut tertumpu ke situ.
Terkedu Irfan saat melihat satu sosok tubuh perempuan yang berdiri sambil tersenyum di atas tangga.
Dia berdiri, Irsyad diberikan kepada Qashaf. Dia berjalan mendekati perempuan itu.
"R-rysa" pangil Irfan perlahan. Rysa tersenyum manis sebelum memeluk tubuh suaminya.
"Hi husband. Selamat hari raya" Irfan tersentak. Perlahan lahan tangannya naik membalas pelukan dari isterinya.
"But how you-"
"Dia cedera parah masa lahirkan Irsyad. Kami semua sepakat nak bawa dia ke Itali untuk rawatan. Dia baru je sihat minggu lepas." Jelas Haikal tenang.
Irfan memandang wajah Ace. Dia tahu semua arahan itu diarahkan oleh jejaka dingin ini.
"Thank you, Ace sebab buat semua ni" ucapnya ikhlas. Ace mengangguk mengiyakan.
Qashaf menepuk bahu Irfan. "Kami semua pun ada isteri, Fan. Kalau Naura ada di tempat Rysa pun, aku sanggup buat apa saja asalkan dia sentiasa berada disisi aku" katanya.
Naura? Ya, Qashaf dan Naura sudah selamat menjadi pasangan suami isteri yang sah seminggu yang lalu. Macam mana diorang boleh kahwin? Haa nanti kita cerita.
Irfan mengosok lembut kepala isterinya sebelum puncak kepala Rysa dicium.
"Ha sudah sudah. Jom minta maaf" kata Amir. Jejaka itu tersengih saat mendapat jelingan dari Irfan, Farhan dan Ace.
Kesemua isteri isteri mereka duduk di bawah. Sudah bersedia ingin menyalam tangan sang suami. Begitu juga dengan anak anak kecil mereka.
"Selamat hari raya abang. Haz minta maaf kalau Haz ada terkasar bahasa atau ingkar arahan abang. Maafkan Haz ya." Kata Drea.
"Selamat hari raya juga. Abang pun nak minta maaf. Abang maafkan semua salah silap Precious. Abang sayang Hazel" Drea menyalam tangan Ace sebelum tubuhnya dipeluk erat oleh Ace.
"Selamat hari raya daddy! Nak duit raya!" Kata Darren, Xaivier dan Dalia serentak. Cahaya yang berada di sebelah Xaivier turut tersenyum teruja.
Ace menggelengkan kepalanya. Tangannya mengeluarkan sampul duit raya dari poket baju melayunya.
Kesemua Third generation yang melihat itu terus berbaris di belakang Xaivier. Membulat mata ayah ayah mereka.
"Woi minta maaf dulu" kata Haikal dan Amir. Tergeleng kepala Qashaf dan Eykal. Zaffran, Iskandar, Ammar, Faiq, Adian Ayden, Arden dan Irsyad tersengih malu.
"Nah untuk anak anak daddy" Ace menghulurkan sampul duit raya tersebut kepada keempat empat anaknya. Dia mengosok kepala Dariel yang berada dalam dukungan Drea.
Dariel Arjuna Enrique, anak bongsu Ace dan Drea. Baru saja lahir 2 bulan lalu. Nia pula sedang mengandung 3 bulan.
"Nah, ni pula untuk korang" tersenyum senyum third generation apabila mendapat duit raya dari Ace.
"Wahhhh 200 kot" kata Faiq teruja. Darren, Dalia, Cahaya dan Xaivier memeluk tubuh ibu bapa mereka.
"Thank you mummy, daddy!" Ucap mereka serentak. Drea tergelak kecil seraya mengangguk.
"Weh jom ambil gambar raya dekat luar nak?" Ajak Amir. Semua bangun dan berdiri di taman bunga Drea.
Anak anak mereka berdiri dihadapan sekali sebelum isteri isteri kesayangan mereka dan akhir sekali, ahli ahli The Devil.
Ace dan keluarga kecilnya memakai baju melayu dan baju kebaya berwarna hitam. Amir dan keluarganya pula berwarna emerald green. Farhan, Arsyana dan Faiq berwarna kuning. Irfan, Rysa dan Irsyad dark brown. Kayden dan keluarganya berwarna navy blue. Haikal, Aireen dan Zaffran oren. Qashaf dan Naura berwarna kelabu. Eykal dan Nia memakai baju berwarna maroon dan tidak dilupakan, Khalish sekeluarga pula berwarna lilac.
"Ni video" kata Farhan. Ace berdehem.
"Dengan ini, kami ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari kami," Ace menghentikan ayatnya.
"THE DEVIL!" sahut yang lain. Mereka tertawa besar.
To be continue..
Selamat hari raya. Korang pakai warna apa hari ni? Sama dengan siapa? Kalau saya, tema baju raya saya sama dengan Kayden hehe.
YOU ARE READING
RYSA ZACHARY 2
RomanceIRFAN ZACHARY & MAYA RYSA Sambungan dari Rysa Zachary. Sila baca ketiga tiga story sebelum Rysa Zachary 2 ini untuk mengelakkan apa apa kekeliruan. Terima kasih. START: 10/4/2024 END: 19/5/2024