BAB 9

14 4 0
                                    

"Kau nak bawa aku pergi mana ni Qash?" Soal Naura hairan. Qashaf yang sedang memandu itu hanya diam.

Naura mencebik. Baik tak payah tanya kalau macam tu.

Qashaf tertawa kecil menyebabkan kepala Naura berpaling ke arahnya.

"Apa gelak gelak ha? Orang tengah lapar ni kau jangan sampai kita tak sempat sampai cafe, kita lepak underground terus" marah Naura namun langsung tidak menakutkan Qashaf.

Makin nampak comel ada lah. Naura Naura.

Qashaf berhenti ketawa sebelum dia mengosok kepala Naura. Pantas Naura mengelak ke tepi.

"Ish jangan sentuh sentuh aku lah" bengang gadis itu dibuatnya.

"Aku nak bawa kau pergi makan lah tapi bukan dekat cafe" berkerut dahi Naura. Habis tu dekat mana? Kubur ke- eh astaghfirullah. Maaf maaf.

"Dekat mana pula tu?" Soal Naura. Qashaf tersenyum sinis.

"Ada lah. Tunggu je bila dah sampai nanti, kau akan tau" Qashaf kembali memandang ke arah jalan raya.

Naura menjuihkan bibir. Kalau tahu dia Qashaf akan balas begini, baik tak payah tanya langsung membazir air liur je!

Qashaf tersenyum dalam diam. Sampai saja di tempat 'rahsia' yang Qashaf mahu bawa Naura, Naura melihat ke arah sekeliling.

"The Devil Mansion?!" Bukan main terkejut lagi Naura saat dia melihat tulisan yang ada di pintu pagar mansion mewah itu.

Qashaf angguk. Dia keluar dari kereta. Naura turut membuntuti langkah jejaka itu.

"Assalamualaikum" Qashaf memberi salam.

"Waalaikumussalam" jawab Farhan dari dalam. Dia membuka pintu mansion itu.

"Eh Qashaf! Masuk masuk" ajaknya. Baru saja Farhan ingin menutup pintu, dia terpandang Naura yang bersembunyi di belakang Qashaf.

"Naura? Kau buat apa dekat sini?" Soal Farhan. Naura tersengih. Dia memegang erat hujung baju kemeja Qashaf.

"Aku yang bawa dia datang sini" Farhan mengangguk faham. Dia menunjukkan ke arah dapur.

"Pergi la dekat dapur, ada kawan kawan kau aka bini bini kitaorang dekat sana tengah masak" jelas Farhan.

Naura tersenyum manis saat teringat akan rakan rakannya. Dia terus melangkah ke arah dapur.

Wajah Qashaf yang tadinya turut tersenyum manis melihat pemergian Naura kini telah bertukar masam saat Farhan memandang dirinya.

"Kenapa kau bawa dia datang sini?" Dia seperti sudah tahu apa muslihat Qashaf membawa Naura ke sini.

"Saja ja. Lagipun isteri kauorang kawan kawan dia kan" dalih Qashaf namun dia tahu yang dia tak akan dapat menipu Farhan.

Qashaf mengeluh. "Fine, aku suka dia. Aku nak lamar dia dekat taman belakang rumah ni sebelum hantar dia balik kejap lagi"

Farhan tersenyum nakal. "Goodluck" dia menepuk bahu Qashaf sebelum pergi ke isterinya.

To be continue..

RYSA ZACHARY 2Where stories live. Discover now