Arzel memandang lama ke arah wanita yang sedang tertidur di sebelahnya. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan sebelum meletakkan hoodie hitamnya di atas tubuh wanita itu.
Dia kembali memandu menuju ke kondominium mewah miliknya. Tiba tiba terlintas di fikirannya tentang apa yang berlaku di rumah wanita itu sebentar tadi.
Flashback.
"Terima kasih sebab hantar saya balik, tuan" ucap gadis yang duduk di sebelah Arzel.
Gadis itu jugalah yang merupakan kliennya untuk kes penceraiannya bersama dengan bekas suami. Mereka baru saja balik dari mahkamah.
"Sama sama" balas Arzel tanpa sebarang senyuman di wajahnya.
Gadis itu turun dari kereta Arzel. Baru saja Arzel ingin keluar dari kawasan rumah itu, dia terkedu saat melihat wanita tadi ditampar dan ditolak oleh ibunya.
Tak menunggu lama Arzel terus keluar dan menghampiri mereka.
"Makcik? Kenapa ni?" Soal Arzel kalut.
"Aku dah cakap dengan kau, tak payah pergi mahkamah, tak payah minta cerai tapi kau degil. Ha kau degil kau nak juga bercerai dengan dia kan" jerkah ibu kepada perempuan itu. Dia menunjal nunjal dahi anaknya.
Pantas Arzel menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Gadis itu mula menangis teresak esak.
"Apa makcik ni? Memang patut kan Rifqah bercerai dengan Naim tu. Naim tu dah la kaki perempuan, tak cukup tu kaki pukul pula" kata Arzel mempertahankan Rifqah.
"Aku tak kisah la dia kaki perempuan ke apa ke yang pastinya aku tak nak betina ni cerai dengan laki dia!" Kata wanita tua itu lagi.
"Mak tak pernah fikir pun tentang perasaan Rif, hidup Rif ok ke tak. Yang mak kisah pasal duit duit duit. Itu je yang mak fikir" kata Rifqah yang sudah lama berdiam diri.
"Ah lantak kau la. Sekarang ni kau dah bercerai dengan dia kan? Mulai dari harini aku tak ada anak lagi dah. Anak aku dah mati, kau boleh keluar dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau lagi sampai aku mati!" Hembur ibu kepada Rifqah itu.
Dia terus masuk ke dalam meninggalkan Rifqah dan Arzel di luar.
"Bangun Rifqah" arah Arzel namun tiada balasan yang dia terima. Dia terus mendukung tubuh kecil itu dan dibawa ke tempat duduk bersebelahan dengan tempat pemandu.
End Flashback.
Arzel menggelengkan kepalanya. Hanya disebabkan duit, perasaan anak tidak dihargai.
Dia kenal siapa Naim itu. Naim adalah bekas suami Rifqah dan juga bekas kawan baiknya dahulu namun persahabatan mereka putus disaat Naim mengetahui bahawa Arzel pernah menaruh harapan pada Rifqah.
To be continue..
YOU ARE READING
RYSA ZACHARY 2
RomanceIRFAN ZACHARY & MAYA RYSA Sambungan dari Rysa Zachary. Sila baca ketiga tiga story sebelum Rysa Zachary 2 ini untuk mengelakkan apa apa kekeliruan. Terima kasih. START: 10/4/2024 END: 19/5/2024