BAB 2

11 4 0
                                    

"Irfan" panggil wanita itu. Dia memandang ke arah tangga. Menunggu kehadiran Irfan dari atas.

Irfan yang baru saja turun ke bawah selepas selesai mandikan Irsyad itu memandang ke arah isterinya. Kening diangkat sebagai balasan.

"Yes sweetheart?" Balasnya lembut.

Dia berjalan mendekati Rysa yang sedang duduk di sofa berhadapan dengan televisyen di ruang tamu itu.

Irfan duduk di sebelah isterinya. Irsyad pula diletakkan di atas riba kanannya. Tak menunggu lama, Rysa bangun dan duduk di atas riba kiri suaminya. Leher Irfan dipeluk erat olehnya.

Tangan Irfan naik memeluk pinggang wanita itu. Tidak mahu isterinya terjatuh ke belakang.

"Kenapa ni sweetheart? Hm?" Soal Irfan. Rysa mengemam bibirnya.

"Kalau saya tanya awak jangan marah tau" kata Rysa. Irfan bergumam perlahan.

"Hm ok"

"Saya kan pernah tinggal awak selama 6 bulan hari tu. Tapi Farhan kata tak pernah sekali pun nama saya hilang dari bibir awak. Kenapa awak tak lupakan saya je?" Duga Rysa. Irfan tersenyum nipis. Bibirnya didekatkan dengan telinga wanita itu.

"Bagaimana aku hendak melupakanmu jika kehadiranmu saja seperti sihir tanpa abracadabra" bisik Irfan. Terkebil kebil Rysa memandang ke arah suaminya.

Senyuman Irfan semakin melebar. Dia mencium sekilas hidung isterinya sebelum perhatiannya kembali pada anak lelakinya.

"Irfan......" panggil Rysa meleret. Lelaki itu kembali memandang ke arah Rysa.

"Yes princess?" soal Irfan lembut. Kepala isterinya digosok perlahan.

"Saya dah besar la, dah jadi mak orang dah pun. Bukan anak dara lagi. Kenapa awak still panggil saya Princess?" Tanya Rysa hairan.

Irfan memegang tangan kedua dua belah tangan isterinya. Matanya menikam tajam mata Rysa. "Listen here, sweetheart. No matter how old you are, you're still my princess. Always my princess"

Rysa memeluk tubuh suaminya erat. Irfan terkekeh perlahan. Bahagianya hidup.

"Suka la tu kena peluk" Irfan mengangguk setuju dengan kata kata Rysa.

"Suka suka" kata Irfan laju.

"Haaaaaa ya....yah" Irsyad yang tersepit di antara Rysa dan Irfan itu mula merengek tidak selesa. Cepat cepat pasangan itu melepaskan pelukan mereka.

Irfan mendukung anak lelakinya. "Sorry Irsyad, ayah lupa pula pasal anak ayah ni"

Rysa menggelengkan kepala sebelum dia mencubit pinggang suaminya.

Irfan mendesis sakit. "Sweetheart..." bibirnya memuncung namun hanya jelingan tajam yang dia dapat.

Rysa mengambil Irsyad dari dukungan suaminya sebelum dia membawa si kecil itu naik ke atas. Meninggalkan Irfan sendirian di bawah.

Irfan tersenyum kecil seraya menggelengkan kepalanya. Dia suka melihat Rysa yang penuh dengan sifat keibuan itu.

Dia tak salah memilih isteri dan ibu kepada anak anaknya.  Rysa, seorang yang baik dan bertanggungjawab.

To be continue..

RYSA ZACHARY 2Where stories live. Discover now