BAB 12

10 4 0
                                    

Ace menyisingkan lengan kemeja berwarna putih yang dia pakai itu ke siku. Dia memandang hairan ke arah Qashaf yang berada di dapur.

Tangan memegang pisau dan dihadapannya mempunyai pelbagai bahan bahan masakan namun fikiran Qashaf nampak seperti bukan berada di situ.

Dia mendekati Qashaf yang sedang termenung itu. Namun masih lagi ada Jarak di antara mereka berdua. Dia berdehem.

"Ehem" terangkat bahu Qashaf. Terlepas pisau di tangannya. Ace melangkah 2 langkah ke belakang sebelum pisau tadi ditangkap.

Tergamam Qashaf saat melihat Ace di situ. "Ace" katanya.

Ace memandang lelaki itu tajam. "Apa yang kau buat ni Qash? Buatnya kalau masa kau nak potong bawang tu kau pergi potong jari kau macam mana? Tak pasal pasal kena bawa pergi hospital" katanya dingin.

Qashaf menunduk dan mengeluh. Dia bersandar di tepi kabinet dapur. Ace yang melihat keadaan rakannya seperti kusut itu terus meletakkan pisau itu kembali sebelum dia turut bersandar di sebelah Qashaf.

"Kau ada masalah ke?" Tanya Ace perlahan.

"Naura..."  kata lelaki itu. Satu baris nama yang sudah membuat Qashaf angau.

Kini tahu la Ace apa yang membuatkan rakannya yang satu ini kelihatan kusut. Baru kena reject kan.

"Kau betul betul nakkan dia?" Tanya Ace. Qashaf mengangguk kepala yakin.

"Then proof it to her," berkerut dahi Qashaf. Maksudnya?

"Buktikan?"

"Yup. Buktikan dekat dia yang kau boleh jaga dia dengan baik dan setia. Bukan macam ex dia" sampuk Drea yang baru turun dari tingkat atas.

Dia mendekati suaminya. Ace memeluk pinggang ramping  isterinya. Satu ciuman diberikan di tepi kepala wanita itu yang berlapik dengan tudung shawl.

Qashaf mengangguk kepala faham. Dia tersenyum ke arah pasangan itu.

"Thank you so much Drea and Ace. Kauorang banyak bantu aku selama ni" ucap jejaka itu ikhlas.

Ace angguk sekilas manakala Drea hanya tersenyum.

"Sama sama. Jaga Naura baik baik. Kau tau kan yang dia pernah broken sebelum ni." Kata Ace. Qashaf mengiyakan.

Dia memandang pasangan itu dari atas ke bawah. Nak pergi dating ke apa diaorang ni?

Tengok saja la baju kemeja Ace yang berwarna putih bersama seluar jeans hitam. Drea pula memakai cardigan berwarna hitam bersama sama dengan skirt labuh putih dan shawl yang senada.

"Kauorang nak pergi mana ni?"

"Ouh kami nak keluar kejap. Lama tak keluar berdua, kau tolong jagakan anak anak kami boleh?" Pinta Drea. Qashaf mengangguk setuju.

Lagipun benar apa yang dikatakan oleh wanita itu. Sejak Drea melahirkan anak bongsunya, Enrique mereka sudah lama tidak keluar berdua.

"Boleh je" balasnya lalu naik ke bilik Darren. Nak tengok anak anak buahnya.

To be continue..

RYSA ZACHARY 2Where stories live. Discover now