Cerita 1 : Telaga

504 19 12
                                    

Langit Mendung seakan- akan memahami perasaan Alis yang beremosi. Nak menangis, tiada bahu ingin bersandar. Ini semua gara-gara si Haram Jadah Geng berlagak Diva di SMK Tujuh Telaga Hitam itu.Mahu saja aku sumbat sumbat kepala 4 manusia yang acah diva di tujuh telaga usang di belakang sekolah yang penuh semak samun itu. Mana tak berapi hatinya,buku rujukan biologi yang baharu dibeli minggu lepas dengan harga mencecah RM 40 telah uzur bagai sudah 20 tahun ditinggalkan akibat dikoyak dan disertakan rendaman ekstra air semula jadi yang disalurkan terus ke longkang penuh lumut hasil daripada air basuhan tandas dan mencuci pinggan dikantin.

Segala kerjaya penuh hasil ini dilakukan oleh geng limited girls yang berlagak diva. Muka serupa aiskrim seringgit dua puluh send yang penuh dengan manik yang menakutkan.Mujur di cover dengan bibi cream, kurang sedikit kegerunan yang hadir dalam jiwa ini.Sudahlah tinggal lagi 2 minggu menjelangnya ujian penggal satu. Terpaksalah dia menelaah buku teks biologi yang berwarna hijau yang tak menarik minatnya lansung. Hatinya masih merungut ditambah pula sumpahan yang dikeluarkan secara lansung dari bibir pinknya itu. "kau akan terima pembalasannya minah sial"
desis hati kecil Alis sehinggakan pensel 2 B nya patah digenggam terlalu kuat tanpa disedari.
*--------*
"Hoi betina kau berhenti sekejap " Kata Nora sebagai ketua bagi kumpulan limited girls dengan tangannya membuat gaya ala- ala seperti bermain galah panjang

Eh sial lah, kenapalah aku boleh terserempak dengan si lahanat ini. Desis hati Alis dalam hati.Alis berhenti lalu memandang Nora dengan pandangan maut serupa cikgu disiplin .

"Hoi,apa fasal kau pandang aku macam itu,? kau fikir kau cantik? " Berang Nora setelah terlihat pandangan maut yang baru dihadiahkan oleh Alis .
Memanglah aku cantik.Tidak seperti kau. muka tidak Asli.Sudah macam baru accident dengan lori tepung cap sauh pagi tadi.Kalau aku bagi penampar kat pipi dia.. maunya jerebu satu sekolah ini. kutuk hati Alis tanpa berkata apa-apa.

"Hoi, kau bisu ya? Aku tanya kau nak kemana! "tempik Nora.

"Ah,ya? Akak cakap apa tadi? saya nak ke library. kenapa ya? " kata Alis berbasi-basi. puih!

"Dah bisu, pekak pula itu! Aku nak duit kau."kata Nora siap menghulur tangan gaya Ah long minta cukai kawasan.

"Saya tak ada duit "kata Alis cuba lari.

" Guys, check this bullshit! " Arah Nora pada konconya,lalu menjumpai not RM 10 dua keping.

Ah shit, lahanat betina ini, perangai serupa syaiton. Ini confirm geng syaiton ni.Terpaksa aku berlapar dua minggu ini.Memang tak guna geng limited girls ini. hati Alis membuat sumpahan ikhlas yang lahir dari sudut hatinya yang paling dalam. Aku tak akan berdiam diri.

*--------------------*
Sudah 4 bulan dia bersekolah di kampung halamannya. SMK Tujuh Telaga Hitam yang ditakluk oleh geng diva celup.
Alis membuang pandangnya ke luar jendela tanpa makna. Memikirkan Strategi untuk merendam limited girls dalam tujuh telaga hitam di belakang sekolah. Patutkah aku mengumpannya dengan berlari kearah telaga itu? hatinya berbisik.

Petang yang suram. Angin dingin menyentuh diri.Seakan ada aura kejadian tidak elok bakal berlaku.Khusyuk Alis mencuci pakaian busuk limited girls dia terfikir akan rancangannya.Dia tersengih sendiri.

"Baju kami dah cuci? "soal Amira selaku assistance geng limited girls.

"Sudah. " jawab Alis bersahaja

"Bak mari aku ingin lihat. Bersih ntah tidak. Jangan -Jangan kau cuci bersama air longkang baju kitorang " Bebel Amira yang sedikit pun tidak didengari Alis. Sedang sahaja bakul berisi baju ingin bertukar tangan dan....

"Hoi! Apa fasal kau biadap sangat? kau fikir kau siapa? mari sini kau aku kerjakan. "Tempik Amira sambil kain batiknya diangkat paras lutut seperti dalam filem Tamil part ingin bergaduh bawak parang itu .Diikuti juga rakannya yang sedar akan kemarahan beruang hilang anak itu.Sepantas halilintar aku berlari kearah belakang sekolah. Empat nenek itu masih mengah dibelakang.

"Kau nak kemana hah,?" Sinis Nora bertanya.

"Nak rendam kau "jawab Alis. Senyumannya bertukar syaitan .

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHA tawa 4 sekawan itu meletus menjadi hilaian yang mampu menaikan segala bulu yang ada. Alis terpinga. Dia pandang sekeliling. Sekolahnya .... Satu helaian akhbar melekat pada kasutnya. Tajuk utama SMK Tujuh Telaga Hitam terlibat dalam satu kebakaran yang besar berpunca daripada makmal kimia. Tahun 2001 .
shuuu~ Terlepas helaian akhbar itu tadi dibawa angin seram. Sekolahnya yang indah kelihatan usang secara tiba-tiba.
Ah memang shit. Dengan siapa aku duduk di sekolah ini selama ini?


*--------*


Berita Harian
Remaja perempuan hilang selama 4 bulan telah dijumpai di tepi Tujuh Telaga Hitam yang misteri.

MISTERIWhere stories live. Discover now