Cerita 12: Lelaki histeria?

85 2 0
                                    

Nama aku hafizie. Orang panggil aku Pg,piji, dan sekutu G dengannya. Ada juga yang panggil aku monster . Kenapa ? Ntahla aku pun tak tahu kenapa. Mungkin riak muka ku yang garang. Well, muka aku nampak saja garang, namun dalam hati ada taman. Ciaaa ciaa ciaa. Ok hambar. Marilah aku cerita kisah histeria aneh ni. Mungkin agak mengarut dan tak seram sangat.. tapi bole la untuk meremangkan segala bulu roma korang ni. Huhu

Aku salah seorang ahli badan disiplin sekolah . Well nampak tak aku ni budak berdisiplin . Fuh riak takbur semuanya aku skarang ni. Istighfar. Suatu malam, habis sahaja solat isyak, aku nampak seorang budak lelaki pergi masuk tandas yang huuujuuung sekali. Tanpa lampu yang terang di situ. Aku awalnya tak pelik sangat. Aku pun ajaklah beberapa makhluk rakan aku ni sebagai peneman aku nak serbu budak ponteng prep. Aku masuk dalam tandas tu, aku seorang kay. Member lain cam apa tanak masuk. Aku je paling gagah. Ya Allah riak lagi. Haish..
Aku pelik. Pintu tandas terbuka tapi aku panggil tak sahut. Aku pun jenguk la dia dalam tu. Bila aku jenguk je tiba tiba suara dia yang sedia kala garau bertukar lagi garau. Means garau lagi misteri plus seram!

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"Pergi kau ! Jangan kacau aku !" Kata sihantu. Kakinya mula memanjat pintu tandas.

"Kau tak ada hak nak halau aku. Siapa kau? Kluar dari badan budak ni sekarang!"

"HAHAHAHAHHA... siapa kau? Budak ni tuan aku.! Aku takan kluar dari badan dia !"

" kau degil ya,. Sini ikut aku " hafizie menarik budak yang lebih dikenali sebagai Aiman itu keluar dari tandas.

"Aku tanak !! Pergi kau jangan ganggu aku !" Raung Aiman. Aiman berlari sepantas mungkin. Tanpa hala tuju.

Allahuakhbar... Allahuakkhbar....

Aiman berhenti. Dia mula menjerit tak tentu hala.

"PANAS!!! PANAS!! AKU KATA DIAM LAH TAK GUNA!!" Aiman bertempik

"Kau tu yang tak guna. Cepat pegang dia." Arah hafizie . Dua tiga orang rakannya membantu memegang kaki Aiman. Mulut terkumat kamit membaca ayat suci. Hafizie menyapu air yassin ke muka Aiman.

"ARHHHHH... " jerita terakhir Aiman. Aiman pengsan akhirnya.

"Tahniah piji. Kau hebat gila tadi. Gempak aku tengok" puji Mirul.

"Ngokngek kau hebat. Seram gak aku tadi. " kata hafizie merendah diri. Mereka berbual sambil berjalan masuk kedalam Asrama. Tiba-tiba...

"Eh piji.. tunggu lah aku. Aduih.. lupa member bhaii dia ni. " Laung seseorang dari belakang. Hafizie menoleh. Mirul dengan baju melayunya berlari kearah hafizie.

Jap. Tapi tadi siapa?.... hafizie monolog dalam hati. Matanya menoleh kekanannya perlahan -lahan.

"Ppp...piji.. kau gerak kat aku pelan pelan.. baca ayat sekali.. aku nampak... ttttuuu.. benda hitam sebelah kau " mirul gagap. Mukanya pucat lesi. Hafizie kaku. Dia hanya redha waktu itu.

MISTERIWhere stories live. Discover now