Cerita 10 : SILAP

170 9 0
                                    

Amili, ya nama aku Amili. Lebih dikenali sebagai Amiles. Gelaran yang dihadiahkan oleh sahabat di sekolah lama aku , Ain. Entah mana pangkalnya boleh pula si 'Amiles ' itu wujud di otak budak kecil itu. Memang kami sebaya, namun pemikiran kami jauh beza. Ain seorang yang keanak-anak kan. Suka bergurau ,gelak ketawa, senang kata payah lah nak tengok dia murung. Ada sahaja karenahnya. Lain pula ceritanya pada aku. Dulu, aku jenis yang agak matang. Suka belajar. Kurang bercakap. Tapi itu dulu lah. Sebelum ain muncul dalam hidup aku. Bila ain muncul dalam hidup aku, aku sentiasa malas belajar. Ini disebabkan Ain yang sentiasa mengacau konsentrasi aku belajar. Kadang aku letih melayan karenah budak nya. Dengan suka melanggar peraturan. Stokin pendek. Sudahlah pendek, bercorak pula tu .Jadi aku terpaksalah membutakan mata aku yang tak buta lagi.

Ya! Dulu aku rasa ada penceria buat hidup aku. Tapi sekarang aku rasa rindu pula dengannya. Memandangkan bapaku, Aminudin terpaksa berpindah kerana kerja, aku pun turut serta pindah. Bukan takat pindah sekolah dan rumah, negeri pun turut pindah.Dari selangor ke Perak . Aku redha seredhanya. Kini bermulalah hidup aku di perak ini.

*----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------*

Hari first aku jejakan kaki ke sekolah Asrama ini. Memandangkan keputusan PT3 aku yang lepas bagus dan terlalu bagus, maka senanglah aku nak diterima di sekolah Berasrama penuh ini. Sekali aku jejak kaki ke jalan tar yang berada di dalam kawasan sekolah itu. Aku melihat sekeliling dengan teliti. Sekolah itu nampak lama. Lagi lawa skolah aku yang dahulu. Sedang sibuk memerhati ......

"Woi kak! Kau nak aku campak beg kau ni kat muka kau ke baru nak sedar? Asyik berangan je. Cepatlah angkat beg kau ni "Marah adik lelaki ku yang satu satunya adik aku ada, adam.

"Eh budak ni, kurang asam, kurang ajinamoto, kurang gula, semua kuranglah. Kejap lah. Ish! "Rungut aku lalu pergi mendapatkan beg roda bewarna coklat gelap yang berada dihadapan adik ku.

MISTERIWhere stories live. Discover now