Cerita 3 : Kor Kadet

311 9 0
                                    

" Skuad! skuad sedia! " Arahan dikeluarkan oleh SI Izzat Nabil dengan penuh berwibawa.Keseluruhohan ahli kadet polis Klang Utara mengikut arahan yang baru dikeluarkan oleh SI Nabil.

"Assalamualaikum. sudah sedia maklum ,Pada bulan 5 ini kita akan menyertai Hari Kor Kadet Polis bertempatkan di Kuala Kubu Bharu. Kita akan bermalam disana, di Pusat Latihan PlKN Kuala Kubu Bharu. Kita akan buat pemilihan untuk mencari yang terbaik dan akan dibawa kesana. " panjang lebar sarjan Yusoof memberitahu tentang program itu.Seperti kebiasaan yang akan berlaku,ada yang tarik diri, dan tersingkir.

2minggu berlalu .... harinya tiba.

*-------------------------*
Didalam bas,ahli-ahli kadet polis klang Utara begitu gembira. Menyanyi lagu tema mereka tanpa menjangka perkara yang bakal berlaku .
"Eh, weyh korang selfie jom! "Ajak kashrina yang nama famousnya Ash.Maka berpusu-pusu lah anak KU membuat posing masing-masing. "bergembiralah dahulu sebelum menempuhi malam yang menakutkan " desis si sang hati.
Sesampai di Kuala Kubu Bahru,mereka meneruskan latihan kawad kaki. Dari pagi sehingga matahari ingin terbenam.Mereka pun diarah untuk masuk kedalam bilik masing-masing.
"Eh kau tak rasa tempat ni creepy ke reen? "Soal wirda sambil membuat mimik muka acah-acah takut.

"Ish, mulut jangan cam babih lah.Diam je "kata reen memberi amaran keras pada sahabatnya. Mujur sahaja rakannya yang seorang lagi tak mengikuti,jika tidak sudah tentu nampak macam -macam.

*-----------------------------*
"weyh kau tengok ni" Atinn terkocoh-kocoh sambil menunjukkan bantal yang berada ditempatnya. Bertuliskan dengan darah haid "BANTAL INI BERPUAKA". Semua terkelu.Diam tanpa memberi riaksi. Mereka berpandangan sesama sendiri. Segala bulu roma kian berdiri tegak. Angin sejuk yang lalu melengkapi suasana yang seram itu.

"Takpalah ,kau tidur guna bantal aku lah Atinn" Mimi support rakan satu sekolahnya.

"Thanks Mie "Balas Byla ringkas seringkasnya. Hati masih berasa tidak sedap. Pasti Ada yang bakal terjadi. bisik hatinya penuh kerisauan.

*-------------------*

"Eh, aku dengar pompuan kena kacau duh."Terkocoh-kocoh Amri selaku reporter tersohor dikalangan kaum lelaki.

"Hah? Serious? macam mana diorang kena? " Kata Ikhram yang sememangnya menggemari cerita hantu.

"Yang kau suka semacam saja kenapa? "Tingkah Zulhaiqal yang tidak senang dengan riaksi muka ikhram yang kelihatan begitu teruja.

"Mana ada aku suka. Aku tanya je kan? "Kata jejaka tinggi lampai berkulit gelap itu.Cukup dia pantang ada manusia yang berani mengikut campur urusannya.

Zulhaiqal hanya mendiamkan diri.Malas dia mahu membalas. Makin dibalas makin berang nanti si gelap itu.Meletus pula segala peperangan disitu.

Sementara itu diblok perempuan............

"Aku tak kuat piqa! "Rayu Anis ingin menangis.Pegangannya pada tangan Fatin kian longgar.Fatin berhenti meradang. Ditenung muka Anis lalu....... senyum. Anis terkejut, pegangannya lepas.Fatin bangun.
Fatin lari keliling kawasan itu termasuk juga kawasan lelaki. Kadang kala mengilai. Ketawa dan mengatakan sesuatu yang tak difahami. Mantera barangkali.

*----------------------*

"Ulik... mayang diulik...." Tyha berbadan kecil yang dari tadi jarinya ligat menari di skrin handphone nya mengalami perubahan secara drastik. Ah shit! Ada lagi!

"hoi Tyha,! kau ok tak? " Tanya Syida penuh kerisauan.Mana tidaknya, kes fatin lari keliling kawasan pun tak selesai lagi inikan kes baru. Melibatkan budak sekolahnya pula itu. Sumpah bulu roma dia bukan takat tegak sahaja, sudah ada yang gugur agaknya. Malam ini bakal menjadi mimpi paling ngeri yang pernah dialami olehnya.
Tyha yang menari ulek mayang tadinya sempat ditenangkan dengan bantuan azan yang dilaungkan oleh Zulhaiqal yang kebetulannya lalu disitu. Alhamdulillah.

*------------------------*
Akhirnya Fatin yang berlari keliling kawasan berjaya ditangkap oleh Sarjan Hassan. Fatin diletakkan ditengah bulatan yang telah dibuat. Semua Ahli Kadet Polis bersatu Membina bulatan. Fatin menjerit-jerit ditengah bulatan. Jeritannya mampu memecahkan gegedang telinga setiap makhluk yang hidup atas muka bumi ini.
Bismillahirahmanirahim, Allahulailahaillahhualhaiyulqayum... Kalimah suci bergema seluruh sudut dewan. Fatin menjerit kesakitan.Tiba-tiba dia bertukar rupa lalu dia cuba melawan ayat suci Al-quran. Terkumat kamit mulutnya membaca mantera. Fatin terapung diudara secara tiba-tiba. Hilaiannya sangat membingitkan telinga . Bacaan ayat suci semakin kuat dibacakan. Fatin berasa lemah .
Dia jatuh kebumi. Darah yang keluar dari lukanya jelas kelihatan.
Keesokan harinya, pertandingan berjalan seperti biasa. Mata ahli kadet semua lebam seperti anak panda berpunca tidak cukup tidur.
Mereka pulang seperti biasa.
"Nabil, kira semua pelajar cukup tidak? " Arah bonda kepada izzat Nabil.

"Semuanya 65 orang cikgu "
Jawab izzat Nabil bersemangat.
Muka bonda mula berkerut.65? bukan semuanya 64 orang sahaja kah? kenapa lebih seorang? ... hati bonda mula tertanya-tanya.

Dari arah belakang, ada yang memerhati lalu tersenyum.

MISTERIWhere stories live. Discover now