Cerita 6: Spirit of the coin

288 10 4
                                    

Cuti penggal pertama telah pun bermula. Para pelajar bersorak riang tidak perlu kesekolah selama 2 minggu.Pelajar Asrama SMK Mutiara Hitam berpusu-pusu keluar dari kamar mereka dengan menarik bagasi besar mereka. Kini dia boleh tidur sepuasnya.Tiada kelas prep. Aman hidupnya.Berlainan pula dengan mereka yang tidak pulang ke pangkuan keluarga kerana tempat tinggalnya yang jauh. Terpaksalah stay di Asrama .

Ah bosannyalah.Apa aku nak buat sepanjang cuti sekolah 2 minggu ini? Desis hati Kashrina yang lebih dikenali dengan panggilan Ash.

"Weyh Ash! kau tak balik? "Tanya zulhaiqal setelah ternampak Ash berjalan sendirian di koridor kelas.

"Hoi bro!" panggil Ash dengan mengangkat tangan kanannya kearah Zulhaiqal. "Tak,,mak bapak aku balik siam. Dia cakap tak payah balik. Terpaksalah aku mereput kat sekolah ni. "Sambungnya lagi.Zul hanya mengangguk-ngangguk tanda memahami. Dia tidak balik ke rumah seperti Ash cuma kes agak berlainan.Dia membuat keputusan tidak mahu balik kerana Suasana dirumahnya masih tidak tenang. Pertengkaran antara ibu bapanya membuatkan dia benci menjejakan kakinya ke dalam Bangunan 4 tingkat milik CEO khalis bin Adam yang tersergam indah di Damansara itu.

"Kau sorang saja? " Tanya Ash kepada Zul .Mukanya didekatkan sedikit pada muka mix chinese Malay milik zul. "HOI! " Ash menjerit dengan suara yang agak tinggi.Tangannya siap ditepuk pula dihadapan muka milik Zulhaiqal.Sudah macam tepuk nyamuk pun ada juga. Zul tersentak.Tindakan tanpa diduga dilakukan oleh Zulhaiqal. Tak semena mena Ash kena cepuk dengan Zul.Mujurlah lembut sahaja penampar yang hinggap dikepalanya.
"Auch! Sakitlah sakai " Kata Ash sambil mukanya dicebik cebik.

"Alololo.. sorry lah, kau buat aku terkejut sapa suruh." balas Zul sambil mengusap kepala Ash yang baru dicepuknya tadi. Mahu pujuk barangkali.

"Hoi! dah sesi dating sudah tamat. ting ting ting "Sergah Naim ubaidillah dari belakang Zul.Kacau betullah Naim ini Hati Zul mengutuk kerana Naim kacau daun. Naim juga tidak pulang kerana semua sedia maklum dia bagaikan anak yatim walaupun Ibu bapanya masih bernyawa. Dia akan diberi duit poket 500 setiap bulan. Ibu bapanya sibuk bekerja menguruskan syarikat masing -masing.Oh tak lupa ditepinya ada rakan karibnya Nisah yang dari tadi matanya tertumpu pada skrin telefon pintarnya. Entah apa yang dibaca tidak tahulah.

"Kacaulah kau."Zul meluahkan ketidak puasan hatinya. Naim dan Ash hanya mengekek ketawa.

"Kaurang pernah dengar fasal spirit of the coin? "Soal Nisah sambil meletakan Iphone nya ditengah empat sekawan itu. "Tengok ini,aku buat research pasal benda nih.kita main nak? "Ajak Nisah lagi.

"Kau dah gila ke? Mainan ni bahaya sial " Naim pantas membantah.Sementara itu Zul dan Ash berbisik sesama sendiri.

"Kami setuju! "hampir serentak mereka berdua menyatakan keputusannya.

"Alaaa naim, jomlah .." Rayu Nisah.Apa pun yang berlaku dia kena juga bawa teman sejatinya bersama.Naim mengeleng tidak setuju.

"Tak nak kawan Naim lagi "Nisah mula mengumpan Naim. Dia tahu Naim akan takut perkataan "taknak kawan " keluar dari mulutnya.

"Haih, ,yelah yelah..Sekali seumur hidup eh? "Naim akhirnya bersetuju dan membuat perjanjian.Nisah tersengeh kerana jeratnya berjaya.

"Sekali seumur hidup! " Balas rakannya sambil mengangguk pasti.

"Jap! mana nak dapat papan ouija ni? "Soal Ash kepada Nisah.

"Dont worry beb! Aku ada. Haritu aku amik kat blakang sekolah "Kata Nisah selamba. kakinya laju kekamarnya diikuti rakannya.

*---------------------------------*

MISTERIWhere stories live. Discover now