Cerita 13: Ampaian rumsis

6 0 0
                                    

     Hafiz. Seorang anak teruna berasal daripada bumi Kanyalang. Ya Sarawak. Betul lah tu. Walaupun hebat di medan perdebatan, namun hatinya cukup tak kuat apabila melibatkan benda halus. Bukan lah dia "aww" ,sudah dari lumrah kehidupannya dia cukup tak suka benda benda halus ni.

     Pagi Isnin kelas bermula seperti biasa. Kelas Metodologi Dakwah. Ya. Dia berjurusan agama di kolej nya. Agama tak agama, hantu lebih menakutkan dan mengerikan baginya. Bukanlah dia menandingi takutnya kepada sang Pencipta, namun perasaan seram sejuk bersama iblis laknat itu sudah tentu ada dilubuk hati hampir setiap manusia.

  "Weyh kanyalang!" Pekik Nurul dari jauh memanggil dirinya. Si Gadis bertubuh chubby bertudung agak labuh. Namun perangainya, Tak boleh dibuat bini. Terlalu kasar baginya. Dibuat kawan sangat seronok kerana hatinya baik dan lebih kering berbanding wanita yang pernah dikenalinya.

   "Kau nak apa ?" Balas hafiz endah tidak endah sambil sibuk menyiapkan skrip debatnya yang bakal dipertandingkan hari jumaat depan.

    "Uyoo YB busy lah. "Usik Nurul yang masih duduk dihadapannya. Sekali-sekala dia menconteng tepi buku nota Hafiz. Kali ini dia melukis anime wanita pula. Sudah menjadi kebiasaanya menconteng buku Hafiz . Sengaja menyakat si lembut kanyalang itu.

   "Diam lah. Ey janganlah conteng buku aku " Tegah hafiz lalu menarik bukunya .Nurul mencebik.

   "Kau ni, kedekut betul lah. Aku nak bagitau kau ni, tandas fakulti kita dengar cerita dia membuat penampakan malam tadi. Budak meeting terserempak" Ujar Nurul semangat. Entah apa yang disemangatkannya. Hafiz malas mendengar bab begini. Dia tidak mahu terngiang ngiang sebelum tidur. Habis waktu tidurnya nanti.

    "Iyelah tu kau, malas aku dengar. Dah main jauh sana. Aku mahu siapkan kerja aku " Halau Hafiz. Nurul mengekek. Dia tahu yang hafiz takut benda halus, sengaja dia ingin menyakat. Sempat Nurul menundukan sedikit badannya lalu dia membisikan sesuatu kepada telinga hafiz.

    "Nanti kau terserempak tahu lah. Aku harap kau tenampak sikit je" bantai ketawa si Nurul. Muka Hafiz menahan marah. Tidak suka betul diperlakukan sebegini. Hafiz mengangkat penumbuknya kepada Nurul.Nurul masih mengekek lalu meningglkan hafiz sendiri.

******
Jam ditangan menunjukan pukul 4:30petang. Masih belum terlambat dia ingin memulangkan kunci bilik kuliah. Mengapalah dirinya begitu cuai. Dapat call dari fakulti baru gelabah memulangkan kunci. Haih apalah jadi pada dirinya. Banyak lakukan maksiat barangkali sehinggakan menjadi pelupa sebegini.

Langkahnya dipercepatkan. Sesampai di pejabat dia segera memulangkan kunci bilik kuliah. Sedikit usikan dari kak Mel membuatkan dia tersengih sipu kerana kecuaiannya sendiri.

Langkahnya dilajukan menuju ke tandas lelaki yang terdapat dihujung fakulti itu. Dia ingin membuang air dahulu kerana hampir hujung hujung sahaja. Langkahnya terhenti dek teringat kata-kata Nurul pagi tadi

"Eh ,siang kut. Tak kanlah ada jugak"hafiz bermonolog dalam hatinya. Dibuang prasangka buruk itu.

Selangkah kakinya mula melangkah ada desir angin aneh terkena pada kulit bersihnya. Segala bulu romanya automatic berdiri tegak bagai menyanyikan lagu kebangsaan. Perasaan buruk makin membuak. Dia berpatah balik ke rumsisnya. Seram.
Disudut hujung. Ada yang memerhati.

" bodoh penakut! Tuhan kau seakan tiada duhai manusia! hahahahah"
S

inis si pemilik suara hati .

**************

"Oi ,ambil angin jum? Dekat kedai ibu" Ajak si Aqil .Hobinya memang melepak saja. Baginya duduk di bilik tiada faedah. Apatah lagi bermain game mobila lagend. Demi Allah Telefon pintarnya suci dari permainan melalaikan itu.

Mereka berdua keluar dari keadaan bilik asrama yang agak usang itu menuju ke kedai ibu. Seperti biasa ,milo ais dan horlick ais menjadi pilihan mereka berdua.Sedang elok berbual tentang kerja kursus mereka,tiba-tiba aqil yang tadinya ceria bermuka pucat lesi,senang kata pucat orang mati. Hafiz melambai-lambaikan tangannya dihadapan wajah Aqil. Matanya berkelip.

"Kau okay tak?" Tanya Hafiz risau.

"A...aku okay..Jom balik. Dah pukul berapa ni" Kabut Aqil mengambil telefonnya dan bergegas ke arah asrama. Jelas penampakan keringat dingin di dahinya. Entah apa yang dia gusarkan. Hafiz yang masig terpinga masih mengikut jejak sahabatnya.Sekejap-sekejap matanya melirik jam di tangan. Rosakah jamnya? Ke Aqil punya saraf yang rosak? Baginya tidak lah lewat sangat jam 11 malam itu. Selalunya mereka pulang paling awal pun pukul 12:30 malam.Malas dia mahu fikir,kakinya laju meneruskan langkah.

Sesampai di bilik,Hafiz merebahkan badannya di atas katil yang agak tak empuk itu. Bak kata orang cukup la untuk sara-sara hidup. Tiba-tiba Aqil yang masih pucat lesi itu duduk secara drastik. Tanpa kemalasan dia bangun dari pembaringannya. Pantas bak latihan askar wataniah.Hafiz yang dari tadinya termenung terus tersentak.Dia mula cuak memandang gelagat Aqil.

Mata Aqil tajam memandang pintu.Garang. Setahu Hafiz,bila dia berwajah begitu adalah tu makhluk tak berjisim di kawasan itu.Aqil menunduk. Mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu. Hafiz masih kaku. Tak berani bertindak.

"Jangan kau berani jejak bilik ni" Aqil mula bersuara.Senyuman sinis mula terbit di bibir pinknya.

"Kenapa?Panas?Kau nak apa kesini?"Aqil bersuara.Mulutnya masih terkumat kamit membaca surah yang dipelajarinya. Maklumlah,Aqil ni pelajar Darul Syifa'.Kelebihan matanya digunakan untuk membantu orang yang memerlukan.

Mulutnya semakin pantas membaca.Hafiz masih kaku.

" HAFIZ ,KEMARI!" panggil Aqil berwajah cuak. Hafiz masih blur. "Hah?" Dipulangkan kata arahan dengan soalan.

"AKU KATA KEMARI CEPAT!!" Aqil bingkas bangun ingin menarik tangan Hafiz. Aqil melepaskan tangan hafiz serta merta. Wajahnya kelat."Kau siapa?" Tanya Aqil kuatir. Tangan jantannya sedikit menggeletar.Hafiz yang blur bertukar sinis. Ketawa hebat dilepaskan dari kotak suaranya.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAH BODOH MANUSIA BODOH! AKU INGAT KAU TAK PERASAN AKU!" suara garau kuat dilantunkan. Sumpah bukan suara hafiz. Hafiz bersuara lembut sahaja.

"Mana kawan aku?" Tanya Aqil lagi.

"HAHAHQHQH BODOH .AKU DAH BUNUH DIA!" Dia mula mereka cerita.

"Aku tak bodoh.Aku nak kau berambus dari tempat ni sebelum aku bakar kau." Aqil masih mendatar tetapi tegas.Hilaian tawa demi hilaian tawa dilepaskan. Besar gelak si sang hantu.

"Oh,degil. Okay" Aqil mula membaca ayat al-quran sebagai pedinding dirinya. Fokusnya kalah final exam. Berterusan ayat dibacakan. Katil dua tingkat lama itu mula bergerak dari tempat asalnya.

ARGHHHHHHHH!!!! AKU PERGI AKU PERGII!!! JANGAN BAKAR AKU! Rayu sang hantu.Aqil meneruskan bacaannya sehingga keadaan reda. Katil yang bergetar tadinya kini senyap.Aqil terduduk letih. Nafasnya dihela .

"Hey Aqil. How your malam ni?Bosan tak kitorang ke meeting tadi?" Hafiz yang tiba tiba muncul dengan cerianya dimuka pintu mula menyapa.Aqil hanya membalasnya dengan wajah yang kelat.

"Aku penat.Aku nak rest" Aqil terus merebahkan badannya di atas katil.Hafiz menggaru kepala bersahaja. Malas melayan. Dia terus mematikan lampu dan baring di katil miliknya.

Mata merah terus memerhati penuh dendam

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 18, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MISTERIWhere stories live. Discover now