Cerita 9 : Patung

189 12 4
                                    

Langit yang berwarna biru tadinya beransur bertukar menjadi oren kekuningan.  Budak kecil yang bermain di kawasan kampung itu mula pulang kerumah masing-masing untuk bersiap untuk mengikuti bapanya menunaikan solat dimasjid yang berdekatan.

"wey angah cepatlah sikit, lembablah kau jalan ."Marah Azrul kepada adik perempuannya yang pendiam dan asik membawa patung pelik itu kemana sahaja dia pergi.Fizikal  patung itu sungguh mengerikan .Baju gaun yang dipakai patung itu comot.Mukanya diconteng dengan crayon.Rambut kuning patung itu kusut dan serabai.Entah mana dijumpa patung itu pun tidak tahu.

Adik Azrul ,Syahira berjalan membontoti abangnya yang umurnya hanya beza lima minit.Pasangan kembar tak seiras itu berjalan melintasi satu rumah kosong.Syahira berhenti.Abangnya yang membebel tadi terus kehadapan.

"Woi budak! Apa kau buat kat situ hah ?Cepatlah nanti abah marah,Abah tak marah kau tapi marah aku."Azrul berpatah balik kearah adiknya berhenti lalu ditarik tangan adiknya supaya pergi jauh dari rumah yang menakutkan itu.Mata Syahira masih tak lepas dari memandang rumah usang itu.

"Azrul Hafiz,mana kamu pergi hah?Dah senja macam ini baru balik?"Encik Aiman memarahi anak sulungnya."kasihan adik kamu ini sudahlah perempuan ,tak elok balik senja macam ni!"Tambahnya lagi.Azrul diam dan hanya masuk pintu bilik nya.Keindahan biliknya yang dipenuhi bintang hiasan tak lagi menarik perhatiannya.Satu susuk tubuh yang sangat dibenci berada di depan matanya .

Almari dibuka kasar .Baju ditarik dari lipatan dengan kasar.Habis lipatan yang lain tumbang dan terabur.Amaran untuk si adik yang kononnya dia sedang marah.Adiknya masih membatu diatas katil.

"Kau pergi keluar sekarang ! semak saja kau dihadapan mata aku !"Azrul menempik.Matanya dibulatkan sebesar yang boleh.Anak mata coklatnya jelas kelihatan .Jerkahan Azrul didengari Syahirah yang sedang menyikat rambut kusut patungnya.Syahirah meletakkan sikat kecil itu ditepi lalu meninggalkan patungnya sendirian. Bibir comot si patung mengukir senyuman.

Pintu dikuak perlahan.Dilihat wajah  putih milik abangnya bertukar  merah kerana menahan marah terhadap sesuatu.Kakinya kaku dihadapan pintu.Bagai digam sama gam gajah.Kelibat yang dinampak sedang duduk dikatil bujang abangnya cukup seram.Matanya beralih kepada si abang.Azrul yang perasan kehadiran syahira itu menoleh kebelakang.Adiknya elok berdiri dimuka pintu.Jantung mula berdegup pantas bagai baru selesai lari keliling padang sekolahnya.'mana mungkin aku ada dua orang adik.' Hatinya musykil.Ditoleh kearah katil pula.Lesap. 

   *----------------------------------------------------------------------------------------------------------------*

"Kau buat apa dengan abang aku?"Syahira menjerkah dari arah belakang.Gaun Biru laut yang menyukarkan pegerakannya diangkat kasar.Langkahnya laju kearah susuk tubuh kecil yang memegang pisau .Abangnya yang terbaring kelihatan penat yang teramat.kepala si tubuh itu berpusing menoleh kearah syahira.Senyuman terukir di bibir hodohnya.Tangan kecil nya naik keatas dan menikam dada Abang syahira,Azrul.

"ABANGGGGGG!!!!!!" 

Pintu dibuka kasar,Azrul meluru masuk kedalam kamar adiknya.Sebenci kepada adiknya ada juga rasa sayang dasar hati kecilnya.Adiknya mula meracau.Peluh membasahi dahi .

"Angah?woi bangun bangun."Azrul mengejut adiknya.Ditepuk-tepuk pipi syahira.

"Abang!"Syahira terjaga.Air mata mula membasahi pipi comelnya.Pantas dipeluk abangnya dengan erat.Bersyukur dia abangnya tidak diapakan. Azrul yang terpinga-pinga membalas pelukan adiknya.Senyuman terukir dibibir pinknya.Syahira melepaskan pelukannya.Matanya beralih kepada patung yang dijumpai di tepi sungai yang berdekatan itu.Matanya dilirik kepada jam hello kitty yang tergantung di dinding bercat warna pink sakura itu. Pukul 3 pagi.Cukup takut dia ingin meneruskan tidurnya bersama si patung yang misteri.

"Abang,syahira nak tidur bilik abang boleh?Syahira takut lah."tangan kecilnya mengenggam tangan abangnya.Riak muka kasihan diberikan pada Azrul.

"Okey" Azrul menjawab sepatah.Dua beradik itu berjalan keluar dari bilik itu .

 Patung yang menakutkan diatas katil Syahira ditinggalkan bersendirian.Matanya yang sentiasa terbuka itu tertutup seolah-olah sedang tidur.

Pagi yang sediakala indah diindahkan lagi dengan burung berkicauan riang.Syahira yang tidur di katil Azrul terjaga .Dilihatnya  Azrul yang menggigil kesejukan dilantai .Selimut tebalnya diberikan pada Azrul yang hanya menggunakan selimut nipis.Syahira tersenyum melihat abangnya yang cukup baik dengannya.Dia turun dari katil dan melangkah keluar dari kamar abangnya.

Syahira melangkah masuk kekamarnya.

AAAAAAAHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!

Jeritan nyaring Syahira berjaya mengejut penghuni rumah agam itu.Azrul yang enak diulik mimpi itu terjaga lantas meluru kearah kamar adiknya.Kakinya bagai dipaku dilantai berwarna coklat itu.Bilik Adiknya yang bewarna pink sebelum ini ,kini sudah seperti sebuah stor yang usang lagi lama.Tulisan pelik yang mengatakan sesuatu ditulis merata didinding.Tulisan itu diperhati lama.Tak dapat dibaca.

"Syahira okey?"Abahnya datang dari aras 3 bermuka cuak mendengar jeritan anak perempuannya.

"Ya Allah, abang apa dah jadi ini?"Puan Izzah terbeliak biji matanya melihat kamar anak keduanya tak serupa bilik.

"Tulisan apa ni?"Encik Aiman bersuara.Matanya meneliti setiap sudut ruang bilik.

"Along rasa ada cara nak baca tulisan ini "Azrul yang memang cerdik sejak azalinya mula melangkah kearah cermin adiknya.Ditolak cermin itu menghadap tulisan itu.

'Aku akan ada sentiasa dengan kau' Tulisan hodoh tadi akhirnya berjaya dibaca.Syahira mencari patung yang dijumpainya bulan lepas.Elok dia bersandar dikerusi malas milik syahira.Senyuman diukir dimukanya.

"Abah kita kena buang dia!"Syahira berkata tegas.Langkahnya laju menuruni aras bawah.Bapanya mengikut.Along dan ibunya menurut juga.BIlik yang disepahkan itu ditinggalkan begitu sahaja.

"Campak dia dalam sungai itu."Arah Azrul .Syahira mendekati sungai lalu meletak patung tersebut dan membiarkannya dibawa arus air yang deras.


*-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------*

Jam menunjukan jam 12 tengah malam.Isi rumah semuannya sudah pun mahu masuk ke kamar masing -masing untuk berehat setelah penat meluangkan masa bersama seharian suntuk.Tiba-tiba ..

TOK TOK TOK ! TOK TOK TOK!

Pintu kayu jati itu diketuk kasar.Encik Aiman turun lalu mengintai keluar.Pelik .Tiada kelibat apa pun.Dia meneliti tab nya.Kot kot Alarm sudah rosak.Pelik juga ,alarm hidup je, kalau ada pencuri pasti sudah berbunyi.

Encik Aiman membuka pintu.Anak dan bininya yang ada dibelakang tertanya tanya.Encik Aiman mengambil sesuatu di muka pintu.Patung yang dibuang minggu lepas telah kembali.Syahira terkejut.Begitu juga ibunya dan alongnya.Satu nota ditinggalkan.

'Kau tak boleh buang aku.Aku akan sentiasa ada dengan kau .Aku sayang kau Syahira'

MISTERIWhere stories live. Discover now