4- Naira hilang!

275 43 2
                                    


PETANGNYA mereka sudah berada di tapak berkhemah. Yang paling gembira tentulah anak-anak Izhar yang seramai tiga orang itu. Irmal, Ashmal dan Naira. 

Pandangan mata Akhbar menyapa Mawar yang sedang melayan kanak-kanak riang gembira di tepi sungai sana.

Aduh, penuh sifat keibuan.

Kalih pandangan, iris matanya menyambar aksi gedik Izhar yang sedang membakar ayam sambil menayang tubuh sasanya yang tak berfabrik. Terus berbulu matanya.

Tak boleh jadi ni.

"Aduhai! Tolonglah Har. Hormatkan aku sikit. Aku bujang lagi kawan oii..." Akhbar mencelah menghalang pandangan galak Izhar pada sang isterinya, Huda. Geram pula dia lihat gelagat pasangan suami isteri itu. Sangat mendera jiwa bujangnya.

"Mujur tak hangit ayam aku." Akhbar membebel lagi. Nak bercinta pun tak agak-agak!

Izhar tergelak besar.

"Siapa suruh kau membujang? Lain kali jangan memilih sangat. Nikah tu wajib kalau dah tak tahan," sakat Izhar membalikkan ayam yang dibakarnya.

"Mestilah memilih. Dapat baik macam bini-bini kau tak apalah. Dapat macam bekas-bekas girlfriend aku tu? Hei... tak sanggup aku." Akhbar menggeleng laju. Bukan dia tak pernah mencuba tapi semua tak kena dengan jiwa. Ada yang kaki kikis. Ada yang mengongkong. Ada yang manja melampau-lampau. Dia belum jumpa wanita yang boleh buat dia tersungkur mengharapkan sebuah cinta. Kecuali... si Mawar anak Mak Siah.

Tak, tak. Belum sampai ke tahap itu lagi. Laju Akhbar menggeleng kecil. Membuang bayang si gadis.

"Dah tu? Membujanglah kau sampai kerepot. Nak cari serba sempurna pun tak akan dapat, pak cik! Jangan nanti kau dah bertongkat, anak kau baru nak bertatih." Izhar letak ayam bakar yang sudah siap dibakar itu ke atas pinggan.

"Mohon buka spek mata kau tu ya, Dato' Akhbar. Nanti bernanah mata kau tengok aku beromantis dengan kesayangan aku tu." Sempat lagi Izhar mengena sahabat baiknya itu sebelum mengatur langkah mendapatkan isterinya.

Akhbar... Akhbar. Mengajar orang bercinta nombor satu tapi sendiri pun takut nak jatuh cinta.

Kecil anak mata Akhbar melihat belakang Izhar. Lagi rasa nak baling si Izhar itu dengan batu sungai apabila Izhar menayang aksi mesra depannya. Memang dia kena buka cermin mata agaknya. Baru kabur pandangannya dari melihat aksi-aksi yang mendera jiwa itu.

Akhbar kembali menyambung membakar ayam dan ikan keli yang diperap tadi. Haruman ayam dan ikan keli bakar menusuk ke rongga hidung.

"Wei! Bar! Kau beli ayam busuk ke tadi?" Tiba-tiba Izhar melaung dari jauh. Menanya soalan pelik.

"Apa pulak? Aku beli fresh dekat pasar dengan Mawar tadi wei!" Akhbar mempertahankan dirinya.

"Abang rasa tak busuk pun ayam tu, sayang. Abang yang bakar ayam tu tadi. Tak busuk pun. Dah, jom masuk khemah dulu." Izhar pimpin tangan Huda menuju ke khemah mereka.

Masuk ke dalam khemah, Izhar tolong bukakan tudung yang tersarung di kepala Huda. 

"Tan Sri, Kak Siah ada minyak cap kapak ni. Sapu kat kepala Huda." Mak Siah memanggil dari luar khemah.

"Ya, Kak Siah. Terima kasih." Izhar menjengah dan mengambil minyak cap kapak itu dari tangan Mak Siah.

"Bar! Tolong jaga budak-budak ya. Kak Siah, tolong ya."

"Ya, jangan risau. Tu si Mawar pun ada tolong jagakan dorang." Mak Siah menjuih mulut pada anak daranya yang ikut serta dalam perkhemahan mereka.


SEMENTARA MAWAR begitu seronok melayan anak-anak majikan ibunya itu.

"Aunty Rose! Look , ada ikan! Here! Here!" Irmal, anak sulung Tan Sri Izhar memanggil namanya dengan teruja.

"Mana? Mana?" si kecil Ashmal turut ingin tahu.

"Iye? Mana?" Mawar mengikut langkah Irmal. Melayan sahaja keterujaan mereka.

Jarang-jarang Tan Sri Izhar bawa anak-anaknya beriadah di luar. Sejak sudah berbaik dengan isterinya itu, barulah Mawar nampak anak-anak lelaki itu kembali ceria. Berbanding waktu Tan Sri Izhar yang kemurungan selepas isteri pertamanya meninggal.

Sekilas dia menoleh melihat Naira yang sedang bermain batu di tepi pokok. Tak jauh dari Naira, Akhbar sedang membakar perapan ayam dan ikan keli tadi.

"Ssshh... sini. Sini." Gamit Irmal sambil menekap telunjuk di bibir. Suara sudah berbisik kecil. Tumpuan Mawar kembali pada Irmal.

Comel betul gaya Irmal itu. Langsung Mawar mengatur langkah mendekat pada Irmal.

"Nak tengok! Nak tengok!"

Begitu juga dengan Ashmal. Si bujang kecil itu kalau tak menyibuk tak sah.

"Eya! Sini tengok ikan!" Irmal melaung memanggil adik tirinya itu.

"Eya!"

Mawar menoleh ke belakang.

"Naira!" berderau darah Mawar apabila bayang-bayang Naira langsung tidak kelihatan.

"'Dato'!" Laung Mawar memanggil Akhbar dengan cemas. Baru tadi nampak Naira. Mana pula perginya budak ni!

"Mak! Mak nampak Naira tak?" Cepat Mawar menarik tangan Irmal dan Ashmal naik ke atas semula.

Kelam kabut Akhbar membasuh tangan dan mendapatkan Mawar dan Mak Siah.

"Naira mak, mana Naira? Mawar nampak dia tepi pokok tadi. Ya Allah, mana dia ni.." Terteleng kiri kanan Mawar mencari kelibat kanak-kanak perempuan itu. Terengah-engah dada dihentam rasa risau.

"Mak tak nampak. Mak pergi carikan minyak cap kapak untuk Huda tadi. Dia pening." Beritahu Mak Siah.

"Ya Allah, mak. Mana Naira ni.." Mawar ketap bibir.

"Bertenang Mawar. Beritahu I apa yang sedang berlaku ni?" Akhbar yang baru tiba,cuba menenangkan Mawar yang jelas-jelas sedang diamuk gelisah.

"Dato' nampak tak Naira? I ingat dia pergi kat you tadi. Sebelum tu dia main tepi pokok tu." Mawar tunjuk ke arah pokok yang tidak jauh dari situ.

"Are you sure?" Kali ini, kepala Akhbar pula yang tertoleh sana sini mencari Naira.

"I don't know.. I betul-betul ingat dia pergi dekat you." Mawar sudah hampir menangis. Risau!

"Ya Allah, Naira. Mana pulak perginya?" Mak Siah turut gelabah.

"I pergi cari." Tanpa menunggu, Akhbar terus melilau sana sini mencari anak tiri Izhar itu.

Tak boleh jadi, dia kena beritahu Izhar.

"Har! Keluar cepat! Naira hilang!"

"Apa?" Serentak itu Izhar dan Huda keluar dari khemah. 


KAU MAWARKUWhere stories live. Discover now