1- Anak Mak Siah.

561 56 7
                                    

"An independent woman is like a rose that blooms in adversity and shines even in darkness. She is not afraid to be alone, for she knows that her own company is more than enough."


     



RIUH rendah kediaman Tan Sri Izhar dengan keletah anak-anaknya. Membuatkan Mawar tersenyum sendiri. Perkahwinan yang bahagia mungkin impian semua orang. Tadi tidak bagi Mawar. Sehingga sekarang, dia rasa tiada keperluan untuk dia berumah tangga. Dia baik-baik saja sendiri. Wanita mandiri sepertinya tidak perlukan lelaki untuk merasa bahagia.

"Lama dah kamu tak datang sini kan?" Mak Siah, ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah agam itu menegur sambil menarik kerusi. Wanita tua itu melabuh punggung berhadapan dengannya di meja makan.

Mawar mengoyak senyum kecil.

"Mak pun tahu Mawar sibuk. Dengan spa, flight lagi. Tapi, insya-Allah lepas ni Mawar lebihkan masa untuk mak, ya." Mawar mencapai kekura tangan berkedut si emak. Mawar tahu, emak pastinya selalu rindukan dia. Cuma emak tak mahu mengaku.

"Yalah tu, lepas tu kamu sibuk pula dengan spa kamu tu. Betul ke kamu nak berhenti jadi pramugari ni?" Mak Siah menyoal lagi buat ke sekalian kalinya. Bukan dia tak tahu yang anak daranya itu begitu sayangkan kerjayanya. Menjadi pramugari memang cita-cita Mawar dari kecil. Kerana itu dia tidak pernah menghalang Mawar dari mengejar cita-citanya.

Tetapi seiring waktu. Mawar mula serius mencari pendapatan sampingan. Kata Mawar, dia sudah merasa terbang ke hampir seluruh pelusuk dunia. Sudah tiba masanya dia memijak bumi. Dia mahu menyambung cita-cita mak pula.

Dahulu, di zaman mudanya Mak Siah bekerja sebagai tukang urut. Mawarlah yang selalu menemani selepas kematian bapa Mawar iaitu arwah suami pertamanya. Selalu dia katakan pada Mawar yang dia mahu membuka kedai rawatan spa.

Tetapi semua itu cuma impiannya yang telah berkubur selepas mengahwini suami keduanya, seorang lelaki yang bertopengkan syaitan.

Mawar tergelak kecil. Serius betul muka emak!

"Ya, mak. Mawar dah tua pun. Biarlah bagi peluang kat budak-budak muda yang lain pula. Lagipun, Mawar ingat nak tambah cawangan spa Mawar tu. Penatlah nak handle dua kerja."

Mak Siah terangguk-angguk. Terbang segala ingatan lalu. Ya tak ya juga. Si Mawar ini memang terlalu kuat bekerja. Sampai lupa yang dia sudah meningkat usia. Sebut pasal umur ini...

Pandangan Mak Siah mengecil kepada anak daranya itu.

"Tahu pun kamu tu dah tua. Kalau kamu bersuami, agaknya anak kamu lagi ramai dari anak Tan Sri."

Erk! Tercekik liur Mawar apabila emak beri hint begitu.

"Ermm... Mawar masuk tidur dululah. Esok mak nak ke pasar, kan? Mak pun tidurlah awal. Budak-budak tu pun dah senyap. Dah tidur agaknya tu." Cepat Mawar mengangkat punggung.

Hari ini dan esok adalah hari cutinya. Mak ajak berkelah dengan keluarga Tan Sri Izhar esok hari. Mawar pun setuju aje. Dia pun sudah lama tidak melayan anak-anak Tan Sri Izhar.

Mak Siah tergeleng kecil. Baru sebut suami dah nak lari. Macam dia tak kenal anak daranya itu.

"Esok kamu teman mak ya?"

"Ya mak, apa saja untuk mak." Mawar mengoyak sengihan. Langsung dia memaut bahu emaknya dan memimpin wanita tua itu ke bilik yang disediakan majikan emaknya itu. Bilik yang pernah menjadi saksi zaman remajanya.

KAU MAWARKUWhere stories live. Discover now