teaser - Bila dato' nak jadi hero

165 12 0
                                    

MAWAR regangkan tubuh. Tangan naik mengurut leher sebelum iris matanya menatap jam di tangan kirinya. Tahu-tahu sudah masuk waktu makan tengahari.
Bangkit berdiri, dia kemaskan meja yang berselerak.
Tas tangan dicapai lalu langkah di bawa keluar dari bilik pejabatnya.

“Kan aku dah cakap. Aku, nak jumpa bos kau!”

“Kan saya dah beritahu. Encik kena buat temujanji dulu.”

Mawar terdengar bunyi pertelingkahan dari meja penyambut tetamu.

“Pergi mampuslah dengan temujanji. Beritahu dia musuh lama dia nak jumpa!”

Dang! Jantung Mawar terus terasa mahu luruh ke lantai. Langsung dia bersembunyi di sebalik dinding. Tangan naik menekup mulut. Macam mana lelaki itu tahu tentang spa ini?

“Kalau kau tak panggil dia, aku masuk sendiri!”

“Nanti encik!”

“Tu pun kau! Kau nak lari mana? Hah?”

Mawar cuba melangkah. Dia mahu melarikan diri. Namun entah mengapa kakinya terasa lemah. Sama seperti tempohari. Ah, dia masih Mawar yang sama!

Dia cuma mampu pegun berdiri sambil memejamkan mata menanti raksasa itu melayangkan tangan padanya seperti masa lalu.

“Kau sentuh dia, tahulah nasib kau!”
Mawar membuka mata sebaik mendengar nada garau dan keras yang sedang membelanya.

Menoleh, dia nampak susuk  belakang seorang lelaki bertubuh tegap menahan tangan raksasa itu. Seorang lelaki yang memakai jubah pelanggan butiknya.

“Kau ni siapa? Jangan nak masuk campur! Lepas tangan aku!”

“Call polis sekarang Cik Fatin! Lelaki ini dikira menceroboh dan membuat kekecohan di premis orang.” Suruh Akhbar. Lengan lelaki separuh abad itu dicengkam kuat.  Kalau dia tak keluar dari bilik rawatan tadi. Entah apa yang akan jadi pada Mawar.

“Ba.. baik!” Terketar-ketar Fatin menelefon pihak polis.
Tajam anak mata Akhbar mencerun lelaki itu.

“Kau memang nak kena!” Sebelah tangan lelaki itu tergawang mahu melayangkan penumbuk. Namun, sepantas kilat Akhbar berjaya menahan dan mengilas kedua tangan ke belakang tubuh lelaki separuh abad itu. Sekaligus mengunci pergerakannya orang tua itu 

“Sial!” Mendengus-dengus si lelaki tua itu cuba melepaskan diri.

“Kau ingat kau boleh larikan diri? Jangan harap kau boleh apa-apakan Mawar!” desis Akhbar keras. Ah, tua tak tua. Sekali kau cuba angkat tangan pada Mawar. Mampus kau aku kerjakan!

Sedang Akhbar cuba mengetatkan pegangannya. Lelaki itu menyiku perut Akhbar, serentak itu pegangan Akhbar terlepas tanpa dia bersedia.

“Aduh!” Akhbar tertunduk sakit. Kurang ajar!
Sepantas kilat lelaki tua itu melarikan diri. Tanpa sempat mereka yang berada di menahannya. Masing-masing dalam keadaan terkejut dan panik.

“Damn it!” Akhbar menyumpah sambil menekan perut yang pedih. Tak padan dengan tua. Kuat lagi rupanya.

“Apa yang korang tunggu? Kejar dia!” Suruh Akhbar pada staf lelaki Mawar yang masih pegun berdiri. Apa dia orang ingat ini drama ke?

“Ba.. baik!” Barulah yang lain mahu bergerak. Mana mereka pernah melihat situasi begini!

Mawar yang terkedu melihat pergelutan Akhbar dan lelaki tadi kembali tersedar.

Melihat Akhbar yang masih menekan perut,  dia mendapatkan lelaki itu.

“You okay tak, dato’?” Mawar menyentuh bahu Akhbar. Rasa risau serta merta menyebulungi diri.

“Siapa tu? Kenapa dia nak serang you?” Soal Akhbar seraya bangkit berdiri sambil dibantu Mawar.

“I bawa you masuk bilik I dulu.” Tidak menjawab, sebaliknya Mawar memimpin Akhbar ke bilik pejabatnya.

Pandangan Akhbar jatuh pada jemari Mawar yang sejuk dan menggeletar yang sedang memegang tangannya.
Wanita ini masih dalam keadaan terkejut .

Naik menatap sisi wajah Mawar. Dia tahu Mawar sedang sedaya upaya menyembunyikan perasaannya di sebalik wajah anggun itu.

 Dia tahu Mawar sedang sedaya upaya menyembunyikan perasaannya di sebalik wajah anggun itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KAU MAWARKUWhere stories live. Discover now