MAWAR hela nafas lagi apabila Akbar sedang berdiri terpacak dengan sejambak bunga lili di tangan. Menyeringai jejaka terlajak usia itu tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi.
"You ni memang tak pandai putus asa ye?" Mawar bawa tangan menyilang di dada.
"For sure, only for you." Akhbar tergelak kecil. Keningnya diangkat naik dengan jambangan bunga dihulur pada Mawar.
"You tahu tak bunga lili ni tanda apa?" Mawar sambut juga jambangan bunga itu. Tak mahu memalukan Akhbar di hadapan para pekerjanya.
"Err.. I main beli je. Tak tahu pula bunga-bunga ni ada maksud. Semalam I dah bagi rose kat you. Hari ni I nampak bunga ni macam cantik pula. You suka?" Jujur Akhbar membalas.
Mawar ketawa kecil. Dato' Akhbar ini memang terlalu jujur orangnya. Memang semalam Akhbar sempat singgah berikan dia mawar merah jambu buatnya sebelum ke tempat kerja. Makin hari makin menjadi-jadi efford si Dato’ Akhbar ini.
"Bunga ni orang bagi bila ada kematian. Serius you tak tahu?" Mawar sengaja menduga. Sedikit sebanyak hati mula goyah. Bukan kerana ketampanan Akhbar. Tetapi kerana Akhbar yang langsung tak kenal erti putus asa. Begitupun, egonya masih menghalang. Dia tak mahu mudah cair hati dengan semua layanan Akhbar ini.
"Really? I'm so sorry. Give it back to me. I belikan bunga lain untuk you. Serius dear, I beli sebab cantik je. Cantik macam you." Gelabah Akhbar mahu mengambil semula jambangan bunga itu.
Cepat Mawar mengelak.
"Hey, you dah bagi I. Takkan nak minta balik. Buruk sikulah you ni." Mawar hidu jambangan bunga itu. Dia sengaja mengusik Akhbar. Suka pula dia lihat muka gelabah lelaki itu.
"Serius I tak tahu.. I tak ada maksud apa-apa. Sini ya, I bagi bunga lain." Risau Akhbar jadinya. Mana dia tahu bunga itu untuk kematian!
Sedang mereka berebutkan jambangan bunga itu.
"Mommy!"
Satu suara kecil menyapa ke halwa telinga.
"Lea? Buat apa kat sini?"
"Mommy?" Akhbar tercengang.
“Dato’ Akhbar?”
Ah, sudah, mak pun ada sama. Mawar sudah tidak terkata apa apabila mak berpimpin tangan dengan Lea mendekati mereka.
“I misyuu mommy!” Lea mendakap kakinya. Iris mata Mawar melirik Akhbar yang masih terkedu.
Akhbar pula hampir nak luruh jantung. Mawar ada anak? Kenapa dia tak tahu? Dia sudah selidik habis tentang Mawar. Mustahil Mawar ada anak!
“Dato’ buat apa kat sini?” Mak Siah menyoal Akhbar. Dia saja keluar berjalan dengan cucunya hari ini selepas menziarahi menantunya yang sakit. Sekaligus singgah ke Spa anaknya itu.
“ Err…” Akhbar menggaru leher belakang. Segan. Perlu ke dia mengaku yang dia sedang mengurat Mawar?
“Mak datang sini dengan siapa? Mak pergi tengok Bella ke?” Pintas Mawar sebelum Akhbar membuka mulut.
“Mail yang hantar. Ada tu dia tunggu. Baru balik tengok Bella lah ni.” Beritahu Mak Siah.
“Untel encem ni cape, mommy?” Soal Lea menatap atas bawah lelaki yang bersama dengan ibu saudaranya itu.
“Oh, ini anak saudara Mawar. Dia memang dari kecil panggil Mawar, mommy.” Mak Siah kenalkan cucunya pada Akhbar.
Dada Akhbar jadi selapang-lapangnya. Anak saudara rupanya.
Turunkan lutut ke bawah. Dia melutut sebelah kaki setara tinggi anak saudara Mawar itu.
“Hey… Nama uncle, Akhbar. Awak boleh panggil uncle, Uncle Akhbar okey?” Nak panggil daddy pun uncle tak kisah. Mommy Mawar awak tu kan bakal uncle punya. Sempat dia menyambung dalam hati.
“Untel Ateba? Cucah la cebut ame untel ni. Ame caye Lea.” Petah Lea menjawab. Tangan kecilnya di hulur pada lelaki dewasa di hadapannya itu.
“She’s only three. So..” Terlepas tawa kecil Mawar. Petahnya Lea tak ubah seperti umur lima tahun!
“Really? Bijaknya Lea ni. Lea boleh panggil uncle, uncle aje.” Akhbar rasa nak cubit-cubit aje pipi kanak-kanak perempuan itu. Comel! Macam mak saudaranya juga.
Kalau dia ada anak dengan Mawar. Pastinya akan secomel ini. Fikiran Akhbar sudah melalut jauh. Sudah membayangkan keluarga kecil mereka.“Untel encem oyeh?”
Akhbar tergelak kecil.
“Boleh my dear…”
KAU MAWARKU - Novel
Pre ord3r sehingga 25 jun
YOU ARE READING
KAU MAWARKU
Romansa🌹 KAU MAWARKU 🌹 MAWAR ARISSA, dia wanita mandiri. Tanpa insan bernama lelaki, dia masih boleh hidup dengan bahagia. Tambahan pula, dia langsung tidak percayakan cinta dan lebih tepat, dia tidak percayakan lelaki. Baginya lelaki sekarang tak boleh...