6- Mimpi ngeri Mawar

345 41 8
                                    


P/s : Some parts may disturbing you. Sila baca dengan lapang dada. 


HARI YANG sangat mendebarkan dan memenatkan. Mawar pejamkan mata, kejadian siang tadi kembali menerewang ke dalam ingatan.

"Maafkan aku, Har. Maafkan aku. Aku ingat dia dengan Mawar. Mawar pula ingat dia dengan aku. Allahu... Aku betul-betul minta maaf. Huda, saya sungguh-sungguh minta maaf. Saya tak sangka boleh jadi begini." Berkali-kali Akhbar meminta maaf akan khilafnya. Salah dia yang leka.

"Maafkan saya juga Tan Sri, Puan Sri. Saya tak perasan. Saya nampak dia main tepi pokok tu tadi. Tak jauh dari saya. Then, bila dia tak ada, saya ingat dia dengan Dato' Akhbar. Saya..." Mawar pula menyatakan rasa bersalahnya.

Izhar hanya mengangguk tanda memahami. Takkanlah Akhbar dan Mawar mahu semua ini terjadi.

"Sayang minum air dulu. Duduk dengan Kak Siah. Abang dan Akhbar cari lagi." Izhar bawa Huda ke kerusi rehat yang dibawa mereka. Lalu dia dudukkan Huda.

"Mawar, tolong jaga budak-budak."

Mawar mengangguk laju. Tangannya kejap menggenggam tangan kecil Ashmal. Sungguh dia tak sangka perkara sebegitu boleh berlaku. Sedangkan mereka cuma mahu menikmati alam sambil beriadah bersama-sama.

"Baba! Ir jumpa ni!"

Tertoleh Mawar ke arah Irmal yang muncul bersama topi di tangannya. Berkerut dahi Mawar melihat topi itu. Siapa punya? Rasanya baik Tan Sri Izhar atau Dato' Akhbar, keduanya tidak memakai topi.

Mawar bertatapan dengan Akhbar sebaik nampak Izhar mendecit halus dan berlalu agak jauh dari mereka.

Nampak wajah lelaki itu tegang semacam.

Pandangan Mawar kembali pada Huda yang sedang teresak-esak sambil merintih memanggil anaknya.

Allahu, rasa bersalah makin menghentam dada. Risau Mawar sudah tidak tertanggung.

"Hey, don't blame yourself. InsyaAllah, Naira tak apa-apa."

Seolah tahu apa yang dirasakannya, Akhbar memujuk dia dengan lembut. Walaupun dia tahu, dalam tenangnya Akhbar pastinya lelaki itu turut risaukan Naira.

Tangan kecil Ashmal digenggam erat dengan tangan kanannya. Sementara tangan kirinya menarik Irmal ke dalam dakapan.

"Jangan menangis, bonda I'm sure baba akan jumpa Naira." Anak sulung Tan Sri Izhar itu melepaskan dakapannya dan mendapatkan si bonda.

Tubuhnya bondanya didakap dari sisi.

Luluh hati Mawar melihatnya. Sekeras-keras personalitinya, bab begini tentulah dia tersentuh juga.

"Mawar?" Akhbar menyeru gadis di sebelahnya. Pasti gadis itu keletihan dengan kekecohan yang berlaku siang tadi.

Terasa namanya diseru. Serta merta Mawar membuka mata.

Berdeham halus, dia betulkan duduk.

Menoleh ke luar tingkap, kelihatan bangunan kondominium yang dihuninya.

"Kita dah sampai," beritahu Akhbar. Bibir mengulum senyum lebar.

Teringat betapa degilnya Mawar tadi.

Beria-ia menolak perlawaannya yang mahu menghantar gadis itu.

Mujurlah Mak Siah berkeras. Jika tidak, tak ada peluanglah dia nak hantar Mawar.

"Oh, thanks hantar I. I naik dulu." Laju Mawar membuka pintu kereta tanpa menunggu balasan Akhbar. Tak selesa rasanya duduk berdua dengan si dato' di tempat pemandu itu. Mak la punya pasal ni!

KAU MAWARKUWhere stories live. Discover now