2 - Jatuh cinta pandang pertama

362 45 6
                                    

"Falling in love, at first sight, has its own magic. The ignorance of knowing that it could ever end." – Anonymous




JATUH cinta pandang pertama? Mungkin itu yang Akhbar rasakan saat ini. Anggunnya Mawar membuat jantung Akhbar berdegupan tidak tentu arah.

Memerhati Mawar membelek ikan di pasar pun Akhbar nampak gadis itu kelihatan seperti bidadari yang berada di tengah-tengah taman bunga.

"Maaflah, Dato'. Ajak Dato' ke tempat macam ni pula. Sekejap ya, tunggu Mawar pilih ikan tu." Mak Siah menegur dari belakang Akhbar. Terus terbang taman bunga Akhbar tadi, diganti dengan hiruk pikuk di pasar pagi itu pula.

"Eh, tak apa Mak Siah. Saya okey je ni." Akhbar mengoyak senyum semanis gula. Kalau begini indah punya pemandangan, hari-hari ajak ke pasar pun dia setuju saja. Asalkan Mawar ada bersama.

"Err ... saya pergi tolong Mawar ya Mak Siah." Akhbar meminta diri mahu membantu anak dara Mak Siah itu. Mana tahu gadis itu memberi perhatian padanya. Lengan baju disingsing ke paras lengan. Dengan langkah penuh gagah dan bergaya dia menapak ke arah Mawar.

Sebaik saja dia menghampiri di belakang gadis itu...

"Dik, awak ni pandai berniaga ikan ke tak? Takkan nak masukkan ikan keli dalam plastik pun awak takut?" Nyaring suara Mawar menegur pemuda yang takut-takut mahu menyauk ikan keli yang berada dalam tong ikan.

Akhbar menelan liur. Anak matanya jatuh pada ikan-ikan keli yang berkeletek dalam tong ikan itu.

"Saya baru kerja, kak. Serius, saya geli la kak. Tauke balik rumah, saya ganti dia kejap je kak. Akak belilah ikan lain. Ni, ikan merah ni. Sedap masak kari ni kak." Anak muda itu menunjuk ke arah pelbagai jenis ikan yang lain.

"Eh, budak ni. Masalahnya tekak akak ni nak makan keli bakar, bukannya kari ikan merah." Kecil anak mata Mawar mencerun remaja lelaki itu sambil bercekak pinggang.

"Ada apa ni?" tegur Akhbar mencelah. Terhibur pula dia tengok situasi begitu. Sudah terbayang-bayang dia menemani Mawar saban hari ke pasar sekiranya gadis itu menjadi suri hatinya. Cecehan Mawar pastinya bakal menjadi satu hiburan di halwa telinganya.

Mawar tertoleh ke belakang. Ke arah Dato' Akhbar, kawan kepada Tan Sri Izhar itu.

"Ehem, I nak beli ikan keli tapi budak ni tak nak jual pula," sindir Mawar. Pertama kali dia jumpa penjual begini. Orang nak beli, tapi tak nak jual.

"Tak, bukan tak nak jual tapi saya tak berani tangkap ikan keli tu..." Si pemuda membela diri. Kalau tahu, dia tak kerja kat pasar. Baik dia main games aje kat rumah.

Ternaik kening Akhbar.

"Awak nak juga ke ikan keli tu?" soal Akhbar menoleh kepada Mawar dengan kening terangkat.

Mawar mengangguk laju. Dia sudah siap list apa yang dia nak buat hari ini. Mana boleh tak jadi!

"Bagi plastik kat saya." Akhbar menghulur tangan meminta plastik dari pekerja itu.

"Pak cik nak buat apa?" Polos remaja itu bertanya.

"Pak cik?" Tinggi kening Akhbar terangkat. Dia nampak tua sangat ke?

Mawar kulum senyum diam-diam di belakang. Memang patut kut kena panggil pak cik. Buat-buat terkejut pula Dato' Akhbar ini.

"Yalah, pak cik nak buat apa dengan plastik? Pak cik nak ikan ke?"

Eh, budak ni. Tak makan nasi ke sampai blur sangat ni?

"Ya, pak cik nak tangkap ikan keli ni. Dah awak tu penakut sangat. Macam mana boleh kerja jual ikan kalau penggeli macam ni?"

KAU MAWARKUWhere stories live. Discover now