Dari kejauhan, terlihat seorang gadis kecil berambut hitam kebiruan berusia sekitar 4 tahun sedang duduk bermain air di tepi sungai. Mata hitamnya yang tajam melihat ke dalam sungai yang mengalir. Kakinya dimainkan pada air. Fikirannya menerawang jauh.
Sekilas, orang pasti berfikir bahawa gadis kecil tersebut sedang bermain air. Namun, bukanlah begitu. Matanya dipenuhi air mata. Perlahan isak tangis mulai terdengar. Kepalanya tertunduk.
"Tou-chan, Kaa-chan, Nii-chan, hiks, Sasu rindu korang." tangisnya perlahan. Kepalanya semakin tertunduk dalam apabila teringat tentang kejadian yang berlaku beberapa bulan lalu.
Flasback On
Terlihat seorang gadis kecil sedang duduk sendirian pada jambatan di dekat sungai. Kakinya dihayun kasar tanda kesal.
"Huh Nii-chan, hanya pintar berjanji, tepatinya tidak." rungutnya kesal. Kakinya yang tergantung di jambatan dihayun kuat tanda kesal.
Sedang sibuk bersendirian, dari kejauhan terdengar suara bising. Terlihat beberapa orang genin sedang mengejar seorang anak lelaki berambut kuning. Anak berambut kuning tersebut malah sibuk berlari sambil tersenyum mengejek kepada si pengejar.
"Oii kesini kau budak." jerit si pengejar riuh.
"Orang bodoh mana yang akan berhenti bila kena kejar, bodoh!!" balas si anak berambut kuning sambil terus berlari.
"Dasar Monster!!" jerit si pengejar yang lain.
Larian si anak berambut kuning terhenti. Senyuman mengejeknya memudar. Kepala seketika tertunduk jatuh. Para genin yang mengejar juga turut menghentikan larian mereka tepat di hadapan si anak berambut kuning.
"Aku bukan monster." kata anak berambut kuning perlahan sambil kepala menunduk.
"AKU BUKAN MONSTER!" jeritnya kuat.
Para genin tersenyum mengejek kearahnya. Ada juga yang ketawa kuat.
Anak berambut kuning merenung tajam kepada para genin. Salah seorang daripada genin datang mendekat sambil tersenyum sinis.
"Kau kena sedar diri yang kau tu monster. PEMBUNUH!" kata genin tersebut lantang sambil menolak anak berambut kuning kuat sehingga jatuh berguling ke bawah bukit berhampiran sungai.
Terdengar para genin tertawa apabila melihat kanak-kanak tersebut jatuh tanpa berniat untuk membantu. Kemudian mereka melangkah pergi meninggalkannya begitu sahaja.
Anak berambut kuning tersebut meringkuk di atas tanah. Tangannya tergenggam kuat. Matanya nampak berkaca-kaca.
"Aku bukan monster. Tou-chan dan Kaa-chan kata aku bukan monster." katanya perlahan. Dirinya tiada sedikit pun niat untuk bangkit.
"Hei. Sampai bila nak baring dekat situ."
Anak berambut kuning tersebut perlahan mengangkat kepalanya melihat ke arah suara itu berasal. Tepat dihadapannya berdiri seorang gadis kecil berambut hitam kebiruan yang sedang memandangnya sedih.
"Sasu-chan?" ucap anak berambut kuning perlahan. Gadis yang dipanggil dengan nama 'Sasu-chan' tersebut menghulurkan tangan kepadanya. Disambut tangan tersebut dan berdiri perlahan.
"Mou, Naru-kun, jangan cakap Naru buat masalah lagi hm?" matanya menyipit memandang kearah anak berambut kuning.
"Haa, mana ada! Ini Uzumaki Naruto. Mana mungkin buat masalah. Kerana aku ni kan bakal hokage menggantikan Tou-chan ku kelak." balasnya sambil memalingkan wajah ke arah lain.
Si gadis semakin merenungnya. Naruto menelan ludahnya dengan susah payah. Kemudian tertunduk sambil memuncungkan bibirnya.
"Naru kan cuma nak berlatih dengan dia orang. Tapi dia orang tak bagi. Jadi Naru pun lempar lah shuriken dekat dia orang, lepastu terus dia orang marah. Niat Naru kan hanya mahu berkawan." Perlahan air matanya mengalir.
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
FanfictionPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...