18: Chunin Exams (I)

10 2 0
                                    

"Erghh..."

"Sasu-chan?!"

Sasuke cuba membuka matanya perlahan.

"Sasu-chan sudah sedar?!" Terdengar sebuah suara memanggil Sasuke.

Sasuke mengepllipkan mata beberapa kali sebelum melihat ke arah orang yang memanggilnya.

"Kaa...san.."

"Sasu-chan!!" Mikoto langsung memeluk Sasuke.

"Kaa.. san.. se.. sak!!"

"Ehh gomen-gomen!" Mikoto langsung melepaskan pelukkannya.

Sasuke membetulkan kedudukannya bersandar di dekat Mikoto dengan bantuan Mikoto.

"Minumlah dulu." Mikoto menghulurkan segelas air kepada Sasuke yang langsung diminum olehnya.

"Arigato!" Sasuke menghulurkan kembali gelas kepala Mikoto.

"Kaa-san! Apa Kaa-san oke? Bagaimana dengan anggota klan kita yang lain? Tou-san dan Nii-san ke mana?" Sasuke terlihat sangat risau.

"Sabar Sasu-chan! Tanyalah satu-satu. Kaa-san oke cuma cedera sikit di lengan. Anggota klan yang lain dalam keadaan baik. Tiada seorang pun yang terkorban cuma ramai yang cedera. Tou-san dan Nii-san mu sedang membantu pemindahan anggota klan yang terselamat ke daerah baru kita. Mungkin kejap lagi dia datang!" Balas Mikoto. Wajahnya terlihat penat.

Tepat disaat itu, pintu bilik hospital yang ditempati Sasuke terbuka dari luar.

"Sasu-chan!!!"

Itachi dan Fugaku.

Itachi langusng cepat-cepat melangkah mendekati Sasuke. Dipeluk erat adik perempuannya itu.

"Nii-san, lepas! Urghh!!" Sasuke menolak perlahan Itachi. Itachi mengikuti kemahuan Sasuke. Air matanya sudah bertakung.

"Syukurlah kau dah sedar, Sasu-chan! Nii-san risau tahu tak?! Kaa-san dan Tou-san bahkan sudah tiga hari tak tidur sejak kau dibawa ke sini." Kata Itachi mengelap air matanya yang bertakung.

"Itachi-kun!" Mikoto menggeleng melihat Itachi.

"Tachi cuma jujur, Kaa-san!" Balas Itachi tersengih.

Sasuke menoleh ke arah Fugaku yang berada di sebelah Itachi sebelum menunduk. Masih jelas diingatannya Fugaku diselubungi olehh sebuah chakra berwarna hitam.

"Gomen Kaa-san, Tou-san, Nii-san! Sasu tak mampu menjaga diri sendiri! Sasu masih saja seorang yang lemah!"

"Jangan sedih macam tu Sasu-chan!" Mikoto mengangkat perlahan wajah Sasuke supaya menatapnya.

"Sasu-chan tak lemah cuma mereka saja terlalu kuat untuk dilawan. Mereka bukan orang biasa. Mereka merupakan anggota Akatsuki! Akatsuki cukup terkenal di kalangan orang atas kerana mereka adalah kumpulan orang-orang yang menculik jinchuriki untuk mengambil bijuu." Itachi terlihat serius.

"Jadi mereka ingin mengambil Tabi-chan dari Sasu?! Lalu kenapa Anbu itu terlibat?! Apa orang itu bekerjasama dengan Akatsuki? Dan kenapa mereka menyerang anggota klan kita?!" Sasuke memandang Itachi.

"Hahh. Tak tahu. Buat masa sekarang ia masih dalam siasatan! Namun kami tak dapat menjalankan siasatan dengan lebih meluas kerana Hokage-sama dan Tou-san tak mahu kejadian yang berlaku ini sampai ke telinga ninja dari desa lain. Mengingatkan ninja dari desa lain sudah datang sejak seminggu lalu kerana harini akan diadakan ujian Chunin." Itachi terlihat sedikit kusut.

Sasuke menghembus nafas perlahan sebelum tiba-tiba dia terkebil-kebil.

"EHHH! HARINI UJIAN CHUNIN! EHH BUKANKAH..." Sasuke baru perasan yang tadi Itachi mengatakan bahawa Kaa-san dan Tou-san nya sudah tiga hari tidak tidur sejak dia dibawa kesini. Bermakna sudah tiga hari dia tidak sedarkan diri. Tiga hari selepas hari kejadian itu adalah ujian Chunin.

Naruto: The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now