Terlihat beberapa orang di sebuah hutan yang sunyi. Hanya diterangi oleh teriknya cahaya matahari. Mereka menggunakan sebuah alat perhubungan jarak jauh di telinga masing-masing.
"Sasuke, dititik B"
Terlihat Sasuke sedang menyembunyikan diri di sebuah sebatang pokok. Sakura berada tidak jauh darinya.
"Sakura, dititik C"
Sakura memerhatikan sasaran mereka dengan fokus.
"Naruto, dititik A"
Naruto memaklumkan keberadaannya beberapa saat kemudian.
"Kau terlambat, Naruto!" Balas pemuda di lingkungan umur 20 tahun. Kakashi
"Oke, tim 7... Hm?! Sasaran telah bergerak. Terus Ikut dia." Arah Kakashi apabila melihat sasaran mereka bergerak ke arah lain.
Dengan cepat ketiga Naruto, Sasuke dan Sakura mengikuti sasaran mereka. Sasuke dan Sakura kembali menyembunyikan diri di balik sebatang pokok yang berhampiran di antara satu sama lain. Sementara Naruto menyembunyikan diri di atas dahan pokok di mana Sakura berada.
"Baiklah, itu dia di sana!" Kata Naruto melalui alat perhubungan yang dipakainya.
Dengan pantas, mereka bergerak laju ke arah sasaran. Sekali lagi mereka bersembunyi. Kali ini sasaran berada tepat di hadapan mereka.
"Berapa jarak dari sasaran?" Soal Kakashi.
"Lima meter. Disini sudah bersedia, ttebayo!" Balas Naruto. Matanya fokus melihat ke arah sasaran.
"Hn, disini juga sudah bersedia!" Sahut Sasuke. Sama seperti Naruto, matanya fokus ke asarah sasaran.
"Haik, disini juga sudah." Tidak mahu ketinggalan dari kedua sahabat, Sakura pantas menyahut.
"Yosh..." Kakashi diam seketika sebelum kembali memberi arahan.
"Tangkap sekarang!"
Dengan cepat, Naruto, Sasuke dan Sakura melompat ke arah sasaran. Cuba untuk mengepung.
"Ohh yeahhh!" Jerit Naruto serentak apabila ia melompat keluar dari tempat persembunyiannya.
"Aku menangkap dia!" Jerit Naruto lagi sambil memeluk sasaran yang meronta-ronta.
"Meowwwww!!!"
"Arghhh, jangan cakarr!!" Kata Naruto yang sudah terbaring tergolek di atas tanah. Tangannya tidak lepas dari sasaran mereka yang merupakan seekor kucing. Sakura memerhatikan keduannya sambil tergelak kecil.
"Apakah ada reben di telinga kanannya? Apakah korang yakin itu adalah Tora?" Soal Kakashi lagi melalui alat perhubungan mereka.
"Ya, aku sangat yakin kucing ini adalah Tora." Balas Sasuke. Langsung tidak memperdulikan Naruto yang sedang cuba melindungi diri dari cakaran Tora.
"Baiklah, misi menangkap kucing perliharaan yang hilang bernama Tora selesai!" Kata Kakashi.
"Apakah takde misi yang lebih berbahaya daripada iniiiii!!" Jerit Naruto.
"Wuarghhh." Kakashi terkejut.
.
.
Sementara itu di sebuah ruangan pada bangunan pejabat Hokage. Terlihat beberapa orang sedang duduk mengelilingi meja besar. Mereka adalah para ketua klan. Minato yang merupakan Hokage juga berada di situ. Namun dia duduk di meja lain bersama para petinggi desa seperti Koharu dan Homura. Mereka semua sedang mengadakan mesyuarat.
"Serangan Kyuubi beberapa tahun lalu telah menyebabkan kerosakan parah di seluruh desa. Sama seperti serangan Sanbi yang suatu ketika dulu juga turut memusnahkan hampir separuh desa. Sejak saat diserang Kyuubi, desa kita tidak pernah dapat dibangun seperti dulu lagi. Kini kita akan kembali membangun desa yang lebih tersusun. Dalam pembangunan semula desa, kami para petinggi desa telah membuat beberapa semakan mengenai sempadan-sempadan di dalam desa." Danzo berkata sambil berdiri di dekat meja yang diduduki oleh para ketua klan. Dibelakangnya terdapat meja yang diduduki Minato dan petinggi desa.
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
FanficPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...