23: Sayonara Naru-kun

26 3 2
                                    

Noted: skip sedikit kerana jalan ceritanya sama dengan di Naruto Shippuden.

.

.

.

Terlihat Naruto dan Sasuke menyatukan kedua tangan mereka membentuk sebuah segel. Seketika mugen tsukoyomi langsung lepas. Para shinobi mula kembali tersedar dari mimpi mereka.

Sasuke menoleh ke arah Naruto yang sejak tadi bahkan tidak mahu menoleh ke arahnya. Naruto hanya sebatas menghulurkan tangan kepadanya untuk bersama-sama membatalkan mugen tsukoyomi.

"Naru-kun..." Panggil Sasuke.

Naruto tidak mengendahkannya. Naruto langsung membelakangi dirinya. Dapat dia lihat bahawa tubuh Naruto sedikit berguncang. Naruto menangis.

"Sasu-chan!"

Sasuke langsung menoleh ke arah sumber suara. Sakura. Dia bersama Kakashi. Sasuke tersenyum kecil melihatnya. Langsung sahaja dia mendekati Sakura dan memeluknya erat.

"Gomen Saku-chan! Gomen jika selama ini aku selalu membuatmu kesal dengan sikapku yang kadangkala suka bertengkar dengan Naru-kun. Gomen jika aku membebanimu. Arigato kerana telah menjadi sahabatku selama ini! Arigato kerana selalu membantuku! Arigato kerana menjadi sahabat perempuan pertamaku! Aku menyayangimu Saku-chan!"

Sakura langsung tidak dapat mengeluarkan suaranya. Dia terlalu sedih. Air matanya mengalir deras. Masih segar diingatannya ketika mereka iaitu dirinya, Sasuke, Naruto dan Kakashi berada di dimensi milik Kaguya. Sasuke menghalangi tubuh Naruto dari terkena tombak milik Kaguya dengan tubuhnya sendiri.

Sasuke sampai sekarang masih mampu bertahan hidup kerana Naruto telah menciptakan klon yang mengikutinya sambil satu tangan di belakang Sasuke. Cuba memperlambatkan kehancuran tubuh Sasuke. Dengan cara itulah, mereka akhirnya berjaya menyegel Kaguya dan kembali ke dunia asal mereka.

Setelah beberapa lama, Sasuke melepaskan pelukkannya dari Sakura dan langsung memeluk Kakashi yang berada di samping Sakura yang sejak tadi memerhati.

"Sensei erm atau bolehkah Sasu memanggilmu Nii-san buat kali terakhir hehe?! Arigato kerana selalu membantuku! Nii-san telah banyak membantu Sasu sejak kecil. Sasu tahu, Nii-san selalu memperhati dan menjaga Sasu serta Naru-kun dari jauh kan ketika masih menjadi seorang Anbu. Arigato Nii-san! Arigato kerana telah membantu Sasu mempelajari elemen petir sewaktu kecil dulu. Ianya sangat berguna hehe! Arigato untuk semuanya! Gomen jika Sasu selalu menyusahkan Nii-san! Sasu menyayangi Nii-san! Bukan hanya sebagai seorang sensei tetapi juga sebagai seorang Nii-san!"

Kakashi hanya diam mendengar apa yang disampaikan salah seorang anak didik yang cukup dia sayangi. Dia tidak mampu berkata-kata. Bahkan air matanya mengalir sejak tadi. Dipeluk erat tubuh Sasuke yang semakin hancur.

"SASUKE!!"

Sasuke melepaskan pelukkannya dari Kakashi. Menoleh ke arah suara. Dia tersenyum lembut melihat orang-orang yang juga dia sayangi sedang berlari menghampirinya. Keluarganya. Tim Taka. Dan beberapa orang Konoha yang dia kenali.

"A-apa yang terjadi..." Tanya Itachi.

Mata Itachi bergetar takut melihat tubuh adiknya yang perlahan-lahan menghancur menjadi debu.

"Sasu-chan... d-dia terkena to-tombak Kaguya..." Sakura cuba memberitahu yang lain disela tangisnya.

Sasuke memandang keluarganya lembut. Dihampiri Fugaku dan Mikoto yang nampak sangat terkejut dengan air mata yang sudah membasahi wajah keduanya. Dipeluk keduannya erat.

"Kaa-san! Arigato kerana telah melahirkan dan menjaga Sasu hingga dewasa! Arigato kerana selalu bersabar melayan kerenah Sasu yang kadang tidak masuk akal! Arigato kerana selalu menyayangi Sasu dengan segenap jiwa dan raga. Arigato kerana selalu mengubati Sasu ketika sakit atau cedera! Tou-san! Arigato kerana telah memberi kepercayaan kepada Sasu untuk menjadi seorang Uchiha. Arigato kerana memberi peluang kepada Sasu untuk mempelajari jutsu asas klan kita sedangkan ketika itu Sasu sangatlah lemah! Arigato Kaa-san, Tou-san! Dan gomen jika Sasu selalu membuat Kaa-san dan Tou-san kesusahan. Gomen jika Sasu seorang anak yang degil. Sasu menyayangi Kaa-san dan Tou-san!"

Naruto: The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now