17: Uchiha Clan

9 2 0
                                    

Beberapa bulan telah berlalu, hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum ujian Chunin berlangsung. Para Genin diberikan cuti dari menjalankan misi oleh Yondaime Hokage supaya mereka dapat menumpukan diri untuk membuat persiapan sebelum ujian Chunin.

"Arhh kenyangnya, dattebayo!"

Naruto mengusap perutnya berkali-kali. Dia baru saja selesai makan di Ramen Ichiraku bersama-sama Shikamaru dan Chouji yang habis latihan bersama. Kini Naruto hanya duduk seorang diri di Training Ground kerana Shikamaru dan Chouji sudah pun pulang ke rumah mereka masing-masing. Dan Naruto tidak mahu pulang ke rumah lagi sekarang kerana masih awal baginya. Baru jam 4 petang.

"Sekarang aku nak buat apa hm? Berlatih? Malas! Tidur? Idea bernas!" Naruto membaringkan dirinya di dekat bawah pokok. Tempat biasa dia bersama Sasuke dan Sakura berehat setelah penat berlatih.

Cakap pasal kedua sahabatnya itu, dia tak nampak mereka di mana-mana. Bahkan tadi dia sudah ke rumah keduanya tapi mereka tiada di rumah. Entah apa yang keduanya lakukan sekarang.

"Hahhh! Ke mana perginya Sasu-chan dan Sakura-chan?! Kalaulah mereka ada di sini, mesti aku tak merasa sebosan ini, dattebayo!" Naruto merungut. Entah kenapa dia berasa sangat kesal kepada kedua sahabatnya. Mungkin kerana mereka berdua hilang bersama? Mungkin mereka sedang berseronok tanpa dirinya?

'Srett!'

Naruto langsung menoleh ke arah bunyi itu berasal.

"Siapa?!" Soal Naruto lantang. Kini dia sudah bangkit berdiri dengan memegang kunai di tangannya.

"H-hantu kah?! Tak! Tak mungkin! Sekarang masih siang!" Naruto terlihat takut-takut.

"Keluarlah sebelum aku memaksamu untuk keluar! Aku tahu kau ada di situ!" Naruto cuba menghilangkan rasa takutnya.

Beberapa saat kemudian, terlihat seseorang keluar dari semak. Tingginya hanya lebih sedikit dari Naruto. Mungkin sama tinggi dengan Sasuke. Mungkin mereka sebaya. Dan dia seorang lelaki.

"Kau siapa? Kau buat apa kat dalam tu, dattebayo?!" Naruto masih memegang kunainya. Dia langsung tak mengenali siapa yang ada didepannya sekarang.

"Uzumaki Naruto!" Lelaki itu memanggil Naruto.

"Macam mana kau tahu namaku?!" Kali ini Naruto terlihat hairan.

"Entahlah. Tapi ada sesuatu yang aku beri kepada kau. Ambilah ini." Lelaki itu menghulurkan sebuah kertas kepada Naruto.

Naruto memerhati wajah lelaki itu dan kertas yang dihulurnya silih berganti. Lelaki itu tidak menampakkan apa-apa reaksi. Seperti patung.

Dengan hati-hati, akhirnya Naruto menerima kertas tersebut.

"Baiklah kalau begitu! Langkah selanjutnya bergantung pada dirimu sendiri Uzumaki Naruto!" Habis sahaja ayat yang dikatakan lelaki itu, dia langsung menghilang dengan hanya satu kelipan mata.

Naruto melihat kertas yang diberikan oleh lelaki yang mungkin sebaya nya tadi. Lukisan? Kertas itu mempunyai sebuah lukisan.

"Apa maksud dia memberi aku sebuah lukisan?!" Naruto terlihat bingung.

"Arh entahlah dattebayo! Biarkan sajalah!" Naruto mencampak kertas lukisan itu di atas tanah dan kembali membaringkan diri. Dia langsung tidak memerdulikan lukisan itu. Naruto terus memejam mata hendak tidur. Tidak sampai dua minit, dia sudah terbang ke alam mimpi.

.

.

Setelah tidur agak lama. Naruto kembali terbangun. Dilihat langit sudah hampir gelap menandakan malam akan tiba sekejap lagi. Naruto langsung terduduk sambil melihat sekeliling.

Naruto: The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now