Suasana petang di desa Konoha menjadi riuh dek kerana tidak lama lagi akan berlakunya latihan di antara anggota Tim 7 Kakashi sekaligus merupakan pahlawan PDS 4. Terlihat bahawa kerusi-kerusi penonton dipenuhi oleh warga desa Konoha bahkan di suatu sudut khas, Gaara yang merupakan Kazekage sedang duduk ditemani Temari dan Kankuro. Gaara terlihat sedikit berbual dengan Kakashi yang berada di tempat duduk sebelahnya. Nasib sahaja tiga Kage lainnya tidak datang, kalau tidak, mungkin latihan mereka ini akan terlihat seperti Ujian Chunin tahap terakhir.
Di tengah-tengah stadium, terlihat empat orang berbeza rupa berdiri. Dua orang lelaki dan dua orang gadis. Mereka hanya diam tidak bersuara.
Hujung sebelah kanan, lelaki berambut kuning memerhati sekeliling dengan renungan mata sedikit tajam. Naruto. Di sampingnya, lelaki berambut hitam pendek hanya diam dan juga turut mmerhati sekeliling. Sai. Di samping Sai, terdapat gadis berambut pink yabg tersenyum cerah. Sakura. Dan hujung kiri, gadis berambut hitam kebiruan hanya diam. Sasuke.
Sakura berlari sedikit ke depan kemudian memandang ketiga sahabatnya.
"Hei, kenapa korang bertiga menggunakan pakaian serba hitam? Berjanjikah? Hahh.. Aku sorang saja kah yang menggunakan pakaian bewarna selain hitam." Sakura menggeleng sedikit. Nampaknya dia terpaksa menghabiskan sesi latihan dengan orang-orang yang berpakaian hitan seperti ingin berkabung.
"Gomen Saku-chan." Balas Sasuke perlahan sambil tersenyum.
"Ya, tak mengapa." Balas Sakura membalas senyuman Sasuke. Dia tahu bahawa Sai dan Sasuke terbiasa menggunakan pakaian berwarna gelap namun nampaknya Naruto masih tidak mengubah kebiasaan berpakaian gelapnya itu walau Sasuke sudah kembali.
Perbualan mereka terhenti apabila Kakashi yang tadi duduk bersama Gaara melompat turun di hadapan mereka.
"Baiklah, kita akan memulakan latihan kita petang ini. Latihan ini hanya memiliki satu sesi. Korang berempat akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan dua orang. Dua lawan dua." Kakashi menghulurkan empat batang aiskrim ke arah keempat mereka.
"Kumpulan akan dibahagikan dengan undian. Ambil lah. Maju seorang demi seorang. Mula dari Naruto. Jangan pusingkan dahulu okey kerana kita akan melihat undian secara serentak." Kata Kakashi lagi.
Naruto berjalan ke arah Kakashi dan mengambil batang aiskrim yang berada di kedudukan dua dari kanan. Kemudian kembali ke belakang. Kakashi memerhatinya sambil tersenyum.
"Sai." Panggil Kakashi.
Langsung sahaja Sai melangkah ke depan dan mengambil batang aiskrim ketiga dari kanan dan kembali ke tempatnya.
"Sakura." Panggil Kakashi lagi.
Sakura berjalan ke depan dan mengambil batang aiskrim yang terletak di hujung kiri.
"Baiklah, akhir sekali Sasuke."
Bukan Sasuke yang melangkah ke hadapan namun Kakashi lah yang menghampiri dan memberikannya baki batang aiskrim. Kakashi tersenyum kepadanya.
Kakashi kembali ke kedudukkannya dan tanpa disedari Naruto dan Sasuke, Kakashi tersenyum kecil memandang Sai dan Sakura yang juga turut tersenyum kecil.
"Baiklah, dua batang aiskrim memiliki warna hitam di belakangnya manakala dua lagi memiliki warna putih. Silakan melihat hasil undian korang." Kata Kakashi.
Serentak dengan itu, keempat mereka memutarkan batang aiskrim untuk melihat warna yang terdapat disebalik batang aiskrim.
Sasuke, hitam.
Sakura, putih.
Sai, putih.
Naruto, hitam.
Sasuke terdiam apabila melihat warna undiannya sama dengan Naruto.
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
FanficPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...