Kuil Naka
"Selama penyerangan Kyuubi, kita para Uchiha tidak begitu dipercayai oleh warga desa kerana mereka takut kita akan menggunakan Sharingan untuk mengawal Kyuubi" Kata Salah seorang anggota klan Uchiha.
"Bahkan ada yang kata bahawa klan Uchiha yang menjadi dalang penyerangan Kyuubi!" Kata Uchiha lain yang terlihat seperti berada di lingkungan umur 20-an.
"Mereka mahu mangasingkan kita di hujung desa kerana mereka ingin mengawasi kita!" Seorang Uchiha bercermin mata menambah.
"Ini dah macam di era Nidaime Hokage di mana Uchiha diasingkan dari desa." Tambah Uchiha yang lain.
"Kali ni malah semakin melampau. Desa sudah mencurigai kita." Uchiha bercermin mata berkata lagi.
"Taichou, kita tak boleh menerima keputusan ini! Kita harus tetap menolaknya!"
"Kita mungkin boleh merampas kuasa desa!"
"Betul, dengan gabungan kekuatan kita, kita mampu untuk melakukannya."
"Taichou!!"
"Fugaku-sama!!!"
Para Uchiha yang kini berada di Kuil Nakano menunjukkan rasa tidak puas hati mereka akan tindakan petinghi desa. Suara saling bersahutan di antara mereka meminta Fugaku untuk membuat keputusan.
Perlahan-lahan Fugaku mengangkat kepalanya, merenung para anggota klan Uchiha.
"Apa yang dikatakan kamu semua adalah benar. Namun klan lain telah menerima perpindahan wilayah mereka juga. Uchiha tidak boleh membantah sendiri." Kata Fugaku dengan nada tegas.
"Tapi Taichou..." Seorang Uchiha cuba membantah.
"Aku akan cuba melakukan rundingan. Tapi kita harus tetap menerima perpindahan ini. Sebarkan berita ini. Hanya itu saja. Bubar." Kata Fugaku tegas.
Ke semua para anggota Uchiha langsung beredar. Fugaku berjalan keluar. Di luar Kuil Naka, berdiri Shisui yang terlihat serius. Disampingnya berdiri Itachi dan Obito yang masih berpakaian Anbu.
"Tou-san!" Panggil Itachi.
"Oh Itachi." Sahut Fugaku sedikit tersenyum kecil.
"Fugaku-sama etto maksudku Jii-san. Apa yang perlu kita lakukan sekarang?" Soal Shisui perlahan. Dirinya cukup tahu bahawa ketua klan Uchiha itu tidak suka dengan panggilan formal jika tidak di dalam urusan rasmi atau perkerjaan.
"Buat masa ni kita akan laksanakan apa yang mereka pinta." Balas Fugaku.
Mereka berjalan bersama perlahan-lahan.
"Huh, kenapa dengan para petinggi desa tu eh. Apa yang dia tak puas hati dari kita sehingga kita disuruh pindah ke hujung desa. Bahkan mereka menuduh Minato-sensei sengaja menyerang desa dengan menggunakan Kyuubi." Obito berkata dengan nada perlahan.
"Entahlah. Haih." Itachi mengeluh. Menghembuskan nafasnya kasar. Dirinya terlalu runsing memikirkan terdapat beberapa anggota Uchiha yang ingin mengkudeta desa.
"Tou-san. Tou-san tidak berfikir untuk merampas kuasa desa hanya disebabkan masalah ini kan?" Itachi menghentikan langkahnya, melihat tepat ke mata seorang ayah yang sangat dihormatinya.
Fugaku merenung Itachi lama sebelum akhirnya menghembuskan nafas kasar.
"Tidak. Tapi anggota Uchiha lain berfikir macam tu." Balas Fugaku. Mereka semua terdiam cukup lama.
"Macam mana kalau diriku menggunakan Kotoamatsukami kepada mereka yang ingin melakukan kudeta?" Soal Shisui. Wajahnya terlihat bercahaya.
"Mungkin itu idea yang bernas. Tapi jangan risau, buat masa ni kita tidak perlu buat apa-apa. Lagipun rancangan mengkudeta desa tidak akan terjadi. Kerana anggota klan kita tidak mungkin melakukan sesuatu perkara yang berbahaya seperti itu tanpa arahan dariku." Balas Fugaku. Wajahnya serius apabila mengatakannya.
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
Hayran KurguPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...