2: Catastrophe

54 3 0
                                    

Suasana hiruk pikuk yang terjadi di Desa Konohagakure kian mereda. Namun kini, mereka malah disambut dengan sedikit kehancuran di desa mereka. Nyawa warga yang menjadi korban pula tidaklah banyak namun yang mengalami kecederaan tidak boleh dibilang sedikit.

Terlihat seorang lelaki dewasa terduduk di kerusi kebesarannya. Lelaki berambut kuning itu kini sedang terlihat tertekan dengan situasi yang melanda desa pimpinannya. Dahinya berkerut. Tiada yang tahu apa yang kini sedang difikir olehnya.

'Tuk. Tuk'

"Masuk" sahut lelaki berambut kuning tanpa semangat. Terlihat seorang lelaki berambut hitam dengan wajah tegas masuk diikuti dua orang wanita berambut hitam kebiruan dan berambut merah.

"Minato-kun! Apa yang terjadi di sini ha!?" jerkah wanita berambut merah. Panik. Yang ditanya malah menampakkan riak wajah sedih dan letih.

"Ouh, Kushina dan Mikoto sudah pulang dari misi ya?" balas Minato tanpa menjawab soalan istrinya. Dipaling wajah melihat ke arah lelaki berambut hitam.

"Fugaku, bagaimana dengan keadaan warga desa?" Lemah sahaja suaranya bagai tiada langsung semangat.

"Seperti yang anda lihat, Hokage-sama. Hampir separuh warga desa kita mengalami kecederaan yang boleh dikatakan cukup parah. Banyak jounin yang juga terluka. Terdapat beberapa anbu juga turut terluka. Apakah anda telah tahu, siapakah gerangan yang menyerang desa kita? " soal Fugaku tegas namun riak wajahnya yang risau tidak dapat disorok olehnya.

Minato mengeluh keras. Tangannya menggenggam rambut yang sudah cukup kusut. Belum sempat bertanya lagi, kini seorang anbu dengan rambut perak masuk tanpa mengetuk dengan wajah panik.

"Minato-sen.. Maksudku Hokage-sama!!"

"Kakashi? Ada apa? Cuba tenangkan diri dahulu." katanya masih dengan nada tanpa semangat. Dipandang muridnya yang kini memegang jawatan sebagai kapten anbu dibawah pimpinannya. Terlihat jelas diwajah muridnya itu kerisauan.

"Naruto.. Hokage-sama.." Ekspresi wajah Minato kian berubah. Dirinya langsung berdiri dari kerusi apabila mendengar nama satu-satu anaknya disebut.

"Kenapa? Apa yang berlaku? Kakashi, cepat cakap sekarang!" Bukan Minato yang menyoal melainkan Kushina yang juga merupakan ibu kepada Naruto. Mikoto yang berada disebelahnya cuba untuk menenangkan sahabat merahnya itu.

"Naruto.. hilang Hokage-sama.." balas Kakashi perlahan. Wajahnya langsung tertunduk jatuh.

"Apa maksudmu Naruto hilang, Kakashi?" soal Minato pula. Wajah cemasnya tidak mampu dosorokkan lagi.

"Saya menjumpai.. anbu yang ditugaskan anda untuk menjaga Naruto telahpun mati..." tersekat-sekat balasnya. Kepalanya tertunduk. Tidak mampu untuk memandang ke arah gurunya itu.

"Minato-sensei!!" Dari arah luar bilik tersebut terdengar jeritan kuat sebelum pintu dibuka kasar tanpa diketuk. Terlihat tiga orang lelaki berbeza umur dan seorang gadis masuk dengan wajah panik ditambah cemas.

"Obito, Rin, Shisui dan Itachi juga?!" balas Minato.

"Hokage-sama. Ada beberapa orang warga desa berkata tentang shinobi yang menyerang desa. Mereka kata, mereka melihat ada berlakunya penyerangan shinobi tersebut kepada beberapa orang kanak-kanak." Rin berkata cepat.

"Mereka juga berkata, kanak-kanak tersebut berasal dari keluarga berpengaruh di desa kita. Kanak-kanak tersebut adalah..." Obito menghentikan kata-katanya. Riak wajahnya terlihat takut dan panik.

"Siapa kanak-kanak tersebut, Obito?" Mikoto menyoal lembut dan perlahan. Cuba untuk tidak mendesak anak saudaranya itu.

"Naruto.. dan Sasuke..." Kepala Obito tertunduk jatuh. Minato terdiam. Kushina menggelengkan kepala tanda percaya. Fugaku terkejut. Mikoto menutup mulut. Itachi yang berada di sebelah Obito juga turut terkejut.

Naruto: The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now