"Wahh, banyak betul ramen ini Sasu-chan." Naruto makan dengan lahap ramen yang terhidang dihadapannya sehingga habis.
"Naru.." Naruto mencari-cari suara yang memanggilnya. Dihadapannya kini hanya ada Sasuke seorang yang tersenyum kepadanya sambil menghulurkan mangkuk ramen lain yang masih pernuh. Diambil mangkuk ramen dan memakannya.
"Naru-kun.." Lagi-lagi suara tersebut kedengaran. Dipandang Sasuke yang berada dihadapannya. Sasuke hanya tersenyum sambil menghulur mangkuk ramen yang ketiga kepada Naruto.
Naruto memakannya sambil melihat Sasuke pelik. Sasuke hanya tersenyum sambil menghulurkan mangkuk keempat dan kelima.
"Naruto!" panggil suara itu lagi. Naruto melihat Sasuke takut. Siapa yang bersuara? Sasuke terlihat hanya senyum sambil terus menghulur mangkuk ramen kepadanya. Perlahan-lahan Sasuke tersenyum kejam.
"UZUMAKI NARUTOO! BANGUN TOLOL!"
"WARGHHH" Naruto langsung terduduk. Terbangun dari mimpi indahnya. Memandang sekeliling. Dihadapannya terlihat Sasuke merenung bengis ke arahnya. Disampingnya terlihat seorang gadis kecil berambut pink sedang cuba menahan ketawa dengan menutup mulutnya.
"Susah betul nak bangun. Tidur mati ke apa haa!?" Marah Sasuke. Terkebil-kebil Naruto. Mimpi rupanya.
"Mou Sasu-chan! Kenapa ganggu Naru tidur. Tadi Naru sedang mimpi makan ramen tahu tidak, dattebayo?!" Bibirnya tercebir tanda merajuk.
"Tidurnya nanti sajalah. Sekarang kita perlu pergi dari tempat ini. Kita tidak tahu akan apa yang terjadi selepas ini. Baik kita pergi sekarang. Kemungkinan nanti bantuan pihak musuh akan tiba." kata Sasuke sambil mula berdiri, berjalan ke arah luar gua. Gadis kecil berambut pink turut bangun. Menghulurkan tangan kepada Naruto untuk membantunya berdiri. Naruto menerima huluran tangannya.
"Terima kasih urmm.."
"Sakura. Haruno Sakura." balas gadis kecil berambut pink sambil tersenyum manis. Naruto tersenyum lebar.
"Terima kasih Sakura-chan! Ouch, badan Naru sakit sekali." rungutnya apabila mula merasakan sakit dan penat. Perlahan-lahan mereka berdua melangkah keluar gua. Diluar gua, terlihat Sasuke sedang memeriksa shinobi-shinobi yang telahpun kaku. Mati.
Naruto dan Sakura meringis melihat pemandangan yang cukup mengerikan. Darah-darah shinobi tersebut telahpun kering. Ada yang mati dalam keadaan mata terbeliak. Lidah terkeluar. Jari putus. Mengerikan.
"Ne, ne, apakah Naru yang buat mereka jadi begitu?" soal Naru perlahan kepada Sakura disampingnya tanpa mengalihkan pandangannya dari mereka semua.
"Eh. I-iya.." jawab Sakura perlahan. Naruto terdiam. Kemudian matanya kembali melihat Sasuke yang berjalan ke sana ke mari mengutip sesuatu.
"Apa yang Sasu-chan lakukan?" soalnya ingin tahu. Sasuke berbalik kemudian berjalan kembali ke arah Naruto dan Sakura.
"Nah." Sasuke menghulurkan masing-masing sebuah kunai dan tiga buah shuriken yang terlihat mempunyai kesan darah kepada Naruto dan Sakura. Naruto dan Sakura berkerut dahi tanda keliru. Memandang Sasuke kembali.
"Ambillah. Mungkin berguna nanti. Tak mungkin kan kita pergi dari sini tanpa sebarang persediaan. Mungkin dalam perjalanan nanti kita akan berjumpa dengan banyak bahaya. Sekurangnya senjata ini boleh kita gunakan."
Naruto dan Sakura ber'oh' sambil mengangguk-nganggukkan kepala tanda memahami sebelum mengambil kunai dan shuriken yang dihulur Sasuke.
"Wah, Sasu-chan sangat pintar ya, dattebayy." Naruto tersengih lebar memandang sahabatnya dengan mata bersinar-sinar. Sasuke menjeling ke arah lain. Bosan. Mahu sahaja Sasuke mengatakan "Potong sahaja namaku dari senarai nama Klan Uchiha kalau perkara macam tu pun tak boleh terfikir."
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
FanfictionPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...