Bab 1.1

10 0 1
                                    

"Adi, boleh teman aku tak? Aku takut lah nak duduk luar sendiri. Sekarang pun dah pukul 1 pagi, lagi aku seram." Anis merungut sendirian sambil mencuba memujukku.

"Alah nanti aku minta izin Rina lah. Mesti dia kata okay." Anis terus memaling pandang ke arah Rina yang hanya duduk di sebelahnya.

"Rina, boleh tak aku pinjam Adi sekejap? Dua jam saja dia temankan aku. Aku takutlah sendirian kat luar pos tu. Please..." rayu Anis. Rina memandangku dengan mata yang mengantuk. Dia hanya mengangguk tanda setuju.

"Ya, pergilah. Tapi Adi, you jangan pulak macam-macam eh. Temankan Anis. Jangan takut-takut kan dia pulak." Rina berkata sambil melihat ke arahku.

Aku hanya tersenyum walaupun terkejut. Aku tidak sangka bahawa Rina akan membenarkannya dengan begitu mudah. Hatiku lega. Dia meletakkan sepenuh kepercayaannya terhadapku. Sudah 2 tahun Aku menjadi kekasih hati Rina. Selama 2 tahun itu, Rina tidak pernah menghalang aku berkawan rapat dengan sesiapa pun, termasuk Anis.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam berlalu begitu pantas. Tanpa ku sedar tinggal lagi sejam sahaja waktu kerja ku berakhir. Berbeza pula apabila aku bekerja pada shif pagi.

"Anis... Jangan lupa message aku bila dah sampai rumah nanti. Mana tau tertiba je kau kena culik.. Hahahaha..." Aku berseloroh sambil ketawa. Anis yang mengelamun di depan komputer, memalingkan wajah ke arah ku dan tersenyum.

"Siapa lah nak culik aku. Sekali aku pekik, semua lari," jawab Anis. "Yelah nanti aku message kau ya skandal ku," Anis berseloroh sambil ketawa. Aku memandangnya dengan mata yang terbeliak. Tiba-tiba, kami tertawa terbahak-bahak. Kami menganggapnya sebagai satu gurauan sahaja. Tidak mungkin kita berdua nak berskandal. Masing-masing sudah ada teman istimewa. Namun..... Tidak ada yang tidak mungkin kan..... Hahahahaha...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tritt..Tritt..

*Hai skandal ku. Aku dah sampai rumah tau. Hahahaha.. Aku selamat okay.*

Aku tersenyum bila membaca pesanan ringkas dari Anis. Hati rasa lega tak terkata. Sejak kebelakangan ini, aku rasa seronok bila Anis ada walaupun kita bertemu di tempat kerja sahaja. Kadangkala aku lupa pada Rina sedangkan dia juga ada bersamaku. Adakala aku rasa serba salah tetapi apakan daya, apabila hawa nafsu menguasai fikiran manusia, apa-apapun boleh berlaku.

*Okay. Anis... Hmmmm.. Aku ada sesuatu nak bilang kau.. tapi aku takut kau marah... :D *

*Apa dia? Alah bilang je lah. Nak takut apa. Aku bukan nya makan orang pun. Hehehe...*

"Apa nak jadi, jadilah. Dah lama sangat ni aku pendam. Lantaklah kalau lepas ni dia nak benci aku," hatiku mula berkata.

*Okay janji tau jangan marah aku. Sebenarnya...hmmmm... Aku dah lama ada crush kat kau... Aku suka kau Anis..*

                                            ..........Bersambung........

Cinta TrepassingWhere stories live. Discover now