Senyap. Sepi. Aku hanya melihat telefon bimbit ditanganku. Hatiku gusar. Fikiranku melayang entah kemana.
"Anis marah ke dekat aku? Lama betul dia nak balas message aku ni," bentak hatiku.
Tritt.. Tritt.
* Aku pun sukakan kau Adi.. :) *
Seketika itu, aku merasakan seolah-olah duniaku sedang berputar. Aku tergamam seperti tidak percaya apa yang aku baca. Ini bukan lagi bertepuk sebelah tangan malah seperti berpimpin tangan terus. Hahaha... Tiba-tiba pipiku rasa hangat dan merah. Alah malu pulak kau Adi.
* Anis kau jangan main-main. Betul ke? Aku ni nampak je gagah tapi hati berbunga tau.. hehe *
* Aku tak main-main lah. Aku memang ada crush jugak kat kau tapi tu lah kau ada Rina. Takkan aku nak tunjukkan pulak. Lagi pun kau tau kan aku ada Faiz... *
Ya, siapa tak kenal Anis dengan Faiz. Mereka sudah lama bersama, seperti aku dengan Rina. Suatu ketika dahulu aku lah orang yang paling tak berkenan dengan mereka walaupun tak pernah bersua. Info yang aku dengar dari kawan-kawan ku, mereka selalu buat hal dekat kerja. Sombong, tak peramah dan sebagainya. Sampai lah satu hari, atas dasar disiplin, mereka terpaksa berpisah, iaitu mesti bekerja di bahagian yang berbeza dan Anis dipindahkan ke tempat aku. Aku masih ingat lagi buat pertama kali aku melihatnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Hei Adi, tu lah Anis yang mereka selalu gosipkan. Kau tak nak sambut dia ke? Kenal-kenal dengan dia ke," Fir tiba-tiba berkata sambil ketawa.
"Kau da gila ke Fir. Rina aku nak letak mana. Nanti dia dengar baru padan muka kau. Rina seorang sahaja dah cukup. Tak payah nak peningkan kepala aku," jawab aku dengan selamba. Lagipun memang aku tak nak tahu pun siapa Anis. Asalkan jangan buat hal dekat tempat aku sudah. Tiba-tiba bahuku ditepuk oleh seseorang. Baru sahaja aku hendak tepis kerana aku fikirkan Fir. Rupa-rupanya.......
"Apa Fir? Kau nak apa lagi? Aku tengah mengantuk ni," aku bertanya sambil memalingkan kepala ke arah tangan tersebut.
"Maaf, I cuma nak tanya mana tempat duduk I sebab pertama kali datang sini."
Buat pertama kalinya, aku dan Anis bertentangan mata. Aku tidak menyangka seorang gadis yang berwajah ayu dan manis, dan berdiri di hadapanku adalah Anis. Tiba-tiba jantungku berdetak kencang dengan cepatnya.
"Oi Adi! Orang tanya kau tu. Jawablah," tegur Fir sambil ketawa.
"Oh sori. Hmmmm.. Boleh je duduk mana-mana yang ada tempat kosong," jawab aku dengan nada yang acuh tak acuh. Aku sengaja memberikan jawapan begitu untuk mengelakkan rasa malu. Hahaha... Malu sebab mataku tidak lepas memandang Anis.
"Thanks," jawab Anis ringkas. Ada nada tidak ikhlas disitu tetapi tidak boleh disalahkan jugak sebab aku yang terlebih dahulu bersikap dingin dengannya. Sejak hari itu, kami secara tidak sengaja semakin rapat. Ada sahaja benda yang kami nak bertengkar tetapi lama kelamaan menjadi satu gurauan. Rina pula tidak pernah menghalang malah kami bertiga termasuk Fir menjadi rapat.
..............Bersambung............
YOU ARE READING
Cinta Trepassing
Romance"Kau fikir kau siapa huh? Kau tak ada hak nak larang aku kahwin dengan sesiapa pun! I HATE YOU!!" ~Adi hanya mahukan cinta sejati... Bukan cinta trepassing (menceroboh cinta seseorang)...~ *Ini adalah karya fiksyen. Sebarang persamaan dengan orang s...