Bab 1.3

2 0 0
                                    

Sebulan berlalu selepas meluahkan perasaan masing-masing, aku dan Anis begitu kerap berjumpa pada waktu malam.

"Adi, you okay ke kita jumpa selalu macam ni? Maksud I, Rina tak rasa apa-apa ke bila you tak selalu luangkan masa dengan dia?" Aku memandang wajah Anis. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh jatuh cinta dengannya. Aku tahu perbuatan kami ini salah. Senang kata, kami curang dengan pasangan masing-masing.

"I akan minta putus dengan Rina," aku bersuara. Itulah keputusanku cuma tak sampai hati untuk memberitahu Rina. Rina cukup setia denganku tapi perasaan cinta padanya sudah tiada lagi. Malah sebelum aku dengan Anis lagi, hatiku sudah tiada untuk Rina tetapi disebabkan rasa serba salah, aku hanya berdiamkan diri.

"Tapi buat masa ni, I tak boleh putus dengan Faiz. You tahu kan, Daddy I sure tak hepi. Dia nak sangat I dengan Faiz kahwin," Anis mengeluh sambil memeluk tanganku. Aku diam sahaja. Walaupun hatiku memberontak tapi aku tidak boleh buat apa-apa. Aku terpaksa menerima hakikatnya yang hubungan kami terpaksa disembunyikan. Cukuplah Anis menanggung segala beban untuk Daddy nya. Aku cuma mampu berharap supaya satu hari nanti, Anis hanya untukku seorang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Maafkan I Rina. We have to stop here. I tak nak lukakan hati you lagi. I tak boleh nak berpura-pura lagi."

Rina hanya berdiamkan diri. Kelihatan titisan air mata mula membasahi pipinya. Aku cuba untuk mengesatkan airmatanya tetapi tanganku ditepis kuat buat pertama kalinya. Aku terkejut. Rina yang aku kenali selama ini sangat lembut perwatakannya tiba-tiba menjadi garang.

"I tak nak cakap apa-apa. Kalau itu yang you nak, okay," Rina bersuara selepas sekian lama berdiam diri lalu meninggalkan aku. Aku membatu dan membiarkan dia pergi. Tiada rasa untuk mengejar dan memujuknya lagi. Maafkan I Rina. Maafkan I.

Tritt.. Tritt..

~ Jumpa Aku sekejap dekat luar. Ada benda aku nak cakap dengan kau- Faiz ~

Faiz? Macamana dia tahu nombor aku ni. Aduh... Patut ke aku jumpa dia. Aku baru selesaikan satu masalah, ni datang pulak lagi satu masalah. Nasib kau lah Adi. Nak sangat kan main dengan api. Hadaplah kau. Bisik hatiku.
Aku sempat melihat Rina masuk ofis kembali dengan wajah yang sugul dan sedih. Terdetik perasaan serba salah terhadapnya. Aku harap Rina akan berjumpa dengan seseorang yang lebih baik dariku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana berasa sangat tegang. Di hadapanku, Faiz dan Fina memandang tajam ke arah ku dan Anis. Aku tidak menyangka yang Anis dan Fina juga ada sama. Fina, kawan baik Anis dan Faiz. Aku ingatkan Fina baik orangnya. Aku tak pernah melihat Fina bermusuhan denganku. Tetapi tidak hari ini.

"Anis, Daddy nak u nak kita kahwin secepat mungkin. I tahu u ada hubungan dgn Adi dibelakang I. Kalau u tak nak I beritahu Daddy pasal u dengan Adi, lebih baik kita mempercepatkan perkahwinan kita," Faiz bersuara dengan nada yang sangat marah.

~~~~~~~~~~Bersambung~~~~~~~~~

Cinta TrepassingWhere stories live. Discover now