Bab 1.4

4 0 0
                                    

Aku memberikan renungan tajam pada Fina. "Jangan bilang aku yang kau buka semua cerita aku dan Anis pada Faiz kan? Aku ingatkan kau kawan. Tapi tidak. Mulut kau serupa puaka kau tahu tak!" Aku tidak dapat menahan marah lagi.

"Adi, Faiz kawan aku. Anis dengan kau pun kawan aku. Aku tak sampai hati melihat kau orang berdua memperbodohkan Faiz. Lagipun Adi, kau tahu kan Faiz dan Anis nak berkahwin. Dan kau ada Rina. Kenapa mesti buat benda ini semua?" jawab Fina. Hendak sahaja aku tampar si Fina ni tapi aku sedar aku pun salah juga. Aku memandang ke arah Ainis. Perasaan marah, geram, sedih bercampur aduk pada waktu tu.

"You buat lah keputusan you. I ikutkan sahaja," kataku lalu pergi meninggalkan mereka di situ. Aku tak mampu untuk mendengar apa-apa lagi. Aku baru sahaja melukakan hati Rina dan sekarang ini pula. Aku berserah. Apa nak jadi, jadilah. Tapi di sudut hatiku ini, aku tahu Anis tak akan tinggalkan aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari demi hari, keadaan di dalam pejabat sangat berlainan. Aku tidak dapat memberi sepenuh perhatian pada kerjaku. Sudah dua hari Anis tidak datang kerja. Aku cuba menghubunginya tapi tak berhasil. Rina pulak membawa diri. Kusut kepala otak aku ini. Baru sahaja hendak bangun dari tempat duduk, Encik Han pula datang ke meja ku. Dengan muka yang bengis, dia menyuruhku masuk ke dalam biliknya. Aduh...

Encik Han memandangku dengan tekad yang tegas, "Adi, apa yang berlaku kepada Anis? Sudah dua hari dia tidak datang kerja."
Aku menggelengkan kepala perlahan, "Saya tidak pasti, Encik Han. Saya juga cuba menghubunginya tetapi tidak berhasil."
Suara telefon berdering, memecah keheningan pejabat. Encik Han segera mengangkatnya. Dia mengangguk faham, "Terima kasih. Saya harap dia akan pulih secepatnya.." Setelah meletakkan telefon, Encik Han memandangkan ku.

"Adi, abang Anis memberitahu saya bahawa Anis dalam keadaan yang tertekan. Saya tidak pasti apa yang berlaku tetapi saya harap awak boleh cuba bantu Anis kerana saya tahu awak berdua memang rapat. Selesaikan masalah kamu berdua jika ada."
Aku terkejut dengan penjelasan Encik Han. Apa dah jadi pada Anis ni. Selepas meminta izin untuk sambung kerjaku diluar, aku terus keluarkan telefon bimbitku.

~ Anis, u okay? Boleh tak u balas message I ni. I risaukan u. Kalau u betul masih sayangkan I, balas balik. I sanggup buat apa sahaja untuk u. Percayalah. ~

Dalam pejabat yang sunyi, aku duduk di hadapan meja kerja dengan berat hati. Fikiran masih dihantui oleh keadaan Anis yang tidak menentu. Kesedihan yang melanda hatiku membuatkan segala-galanya terasa seperti mimpi buruk yang tidak berkesudahan. Aku mencuba untuk mengekalkan semangat, tetapi gelisah yang membelenggu benakku tidak membenarkan aku berbuat demikian. Bahuku terasa semakin berat, dan aku mula merasa putus asa. Tugas-tugas yang menumpuk seperti gunung membebani bahu ini, namun aku terlalu lemah untuk melayaninya.

Tanpa aku sedari, waktu kerja sudah berakhir. Aku kembali melihat telefon bimbitku. Masih tiada balas dari Anis. Pada waktu yang sama aku terkesima melihat Rina memandangku dari kejauhan. Tetapi reaksi dinginnya menyakitkan hatiku. Hatiku berkecamuk, tidak pasti dengan perasaan yang bermain-main dalam diriku. Langkah kakiku terasa berat ketika aku cuba mendekatinya.

"Tunggu sebentar," suara lembutku cuba memecah keheningan di antara kami. Rina hanya memalingkan wajahnya tanpa sepatah kata pun. Hati aku semakin gusar. Aku hanya memerhatikan dia berlalu pergi. Sedang aku melangkah keluar dari pejabat, tangan kuat tiba-tiba merangkul lenganku.

                ~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bersambung ~~~~~~~~~~~~~~~~

Cinta TrepassingWhere stories live. Discover now