Orang kata cinta itu indah.
Tapi kenapa aku rasa sakit?
Orang kata cinta itu manis.
Tapi kenapa aku rasa pahit?
Orang kata cinta itu bahagia.
Tapi kenapa aku sedih?
Kenapa ?! Kenapa ?! Kenapa?!
"Sebab aku mencintai orang yang salah."Ayat untuk diri sendiri.
Aku membuang ke arah pemandangan di depan aku.
Mereka berdua sedang gelak-tawa dan bergurau-senda.
Manakala aku pula? Mampu makan hati.
"Handsome sangat ke I ni?" Usiknya sambil menapak ke arah aku. Mungkin dia ingat aku pandang dia kut. Padahal. . . kau kebetulan kat depan tu,mat.
Aku diam dan tidak membalas.
"Oi! Jauh betul termenung. Teringat someone ke?" Usiknya lagi.
Aku kekal membisu.
Entah la. . .
Sekarang baru aku faham rasa sakit bila jatuh cinta dengan orang yang tak sepatutnya.
Emosi aku jadi kacau-bilau.
Aku rasa macam nak nangis .
Rasa nak jerit pun ada.
Terlalu sakit.
Terlalu terseksa.
Aku tak suka perasaan macam ni.
Pedih siot!
Ibarat macam kena tenggelam dalam laut yang paling dalam dan rasa sangat sukar untuk aku bernafas.
"You okay ke ni, Hazel?" soal Sofia kepada aku dengan wajah tertanya-tanya.
"Kenapa? Ada something ke kat muka, I?" Soal aku balik. Cuba untuk menyembunyikan perasaan.
"Okay je. Tu. Luke tanya you tapi you diam je." Suara Sofia sambil memandang Luke.
Aku pandang Luke.
Luke pandang aku.
"Kenapa la aku boleh terjatuh cinta dengan kau? Apa yang istimewa kau? Biasa je kalau fikir secara logik. Tak ada yang istimewa pun kau ni. Nak kata handsome, adik aku lagi handsome la kut. Nak kata gentleman, ada la kut tapi bukan dengan aku. More to Sofia. Haih. . . kenapa la wujud perasaan ni kat kau?" Keluh aku di dalam hati.
"Malas nak layan dia ni. Soalan selalu mengarut."Respon aku dan buat-buat senyum. Kemudian sambung melihat pemandangan di hadapan.
"Setuju. Soalan selalu masuk air. Hahaha." Sokong Sofia sambil ketawa kepada Luke. Apa yang kelakar pun aku tak tahu la.
"Ooo. . . kata orang masuk air. . .sini tarik telinga tu!" Luke ingin menghampiri Sofia tapi Sofia laju melarikan diri.
Mereka berdua terus main kejar-kejar pula depan aku.
Macam filem hindustan.
"Aku harap kau bahagia, Luke. Rasanya cukup la sampai kat sini." Monolog aku.
"Habis perasaan kau macam mana, Hazel?" Bisik suara hatiku.
"Musnahkan! Aku bukan perempuan yang akan merampas kebahagian perempuan lain!" Bisik suara hati aku sendiri memberikan semangat.
"Hai, kesayangan saya." Suara seseorang dengan nada yang mesra dari arah belakang.
Aku segera menoleh ke suara itu.
"Syazwan? Buat apa kat sini and bila balik Malaysia?" Soal aku dengan wajah terkejut.
YOU ARE READING
HAZEL NUR FILLEA (COMPLETE)
RandomAwal perkenalan Luke seorang lelaki yang biasa sahaja. Dia tak la handsome mana tapi sedap je la mata memandang. Dia bijak dan pandai. Erm...boleh dikatakan...Nerd? Dekan tu memang dia la, mat. Tapi! Penampilan nerd tu mula berubah bila dia mula ja...