Chapter 11

182 7 0
                                    

Malam itu, Luke membawa aku ke rumah dia.

"Wait. Itu. . . motorbike you?" Berkerut dahi aku melihat motorbike yang sama warnanya dengan aku punya. Bezanya cuma nombor plat je.

"Haah. I punya. Dulu warna lain, sekarang warna lain. Sama macam you punya." Senyum penuh makna diukirkan oleh Luke.

"Jap. Kereta BMW M4 ni pun?" Aku hampir ingat kereta aku yang parking kat situ. Sebijik-bijik dia copy paste. Gila la!

"Yup. But, I jarang pakai. Kalau Haikal cuti, baru I pakai. Kereta BMW 7 series tu, I bagi Haikal pegang walaupun dia cuti. . . incase emergency, dia boleh terus datang dekat I. Lagi pun, untuk memudahkan dia juga bergerak bawa anak dia jalan-jalan." Jelas Luke.

"Tapi kenapa semua sama dengan warna kereta and motor I? Ke sebenarnya kebetulan je?" Aku rasa macam pelik. Hmm. . .

"Sebab I nak kehadiran you sentiasa ada. Dapat lepas rindu sikit."Jawab Luke dengan senyum.

"Jom masuk." Ajak Luke dan membuka pintu buat kami berdua.

Salam diberi dan kami berdua menapak masuk ke dalam rumah Luke.

"Luke. Rumah ni. . ." Aku macam terkaku sekejap.

"I dah agak reaksi you akan macam ni. Ini rumah kita, jadi design dia pun. . . I ikut macam mana design rumah yang pernah you impikan dulu." Betul-betul jam otak aku. Sebijik-bijik dia ikut design yang aku nak.

"Semua tu dah 10 tahun Luke. 10 tahun. But you. . ."

"Still ingat? Mesti la I ingat. Your dream is also part of my dream." Kenyitan mata diberikan buat aku.

"How?" Aku masih tak percaya. Luke dulu mana pernah ingat aku cakap apa kat dia. Contohnya, sekarang dia dengar, beberapa minit lepas tu. . . dia lupa dah.

"Let's go. I nak tunjuk bilik-bilik yang ada." Tangan aku ditarik melangkah bersama dengan dia untuk menaiki lif.

"Kenapa tak naik tangga je?" Tanya aku dan memandang Luke yang tak lepas dari senyum.

"I tak nak you penat. Banyak tempat I nak tunjuk you." Aku ditarik dekat dengan dia.

Ting!

Kami sampai di tingkat pertama.

"Jom." Tingkat pertama je ada lima bilik. Di situ ada bilik gym, bilik swimming pool, bilik belajar, bilik sauna dan bilik karaoke atau wayang.

"Luke. Bila pula you akan pakai semua bilik ni?" Bertambah pelik aku dengan Luke.

"Nanti kita akan guna. Kalau bukan kita, mungkin anak-anak kita." Kata Luke teruja. Kemudian, dia membawa aku naik ke tingkat dua pula.

Di tingkat dua, ada enam bilik tidur dan satu surau.

"Ada housemate ke? Banyak betul bilik." Semua bilik tu lengkap dengan pelbagai perabot dan tempat tidur untuk bayi yang direka khas.

"Bilik anak-anak kita nanti."

Jatuh rahang aku dengan jawapan Luke tu.

"Enam?"

Laju Luke mengangguk. Dia rancang dah semua. Aku macam. . .Whut?

"Jom tengok surau. Surau ni simple je dan belum siap sepenuhnya tapi boleh la pakai lagi." Bila masuk je bilik surau tu, rasa tenang sekejap dengan ukiran nama Allah dan Nabi Muhammad saw di dinding dan atap surau.

"Ukiran kalimah-kalimah ni, I tempah khas daripada kawan I yang sama masuk Islam dengan I dulu. Ingat tak Jonathan? Dia la yang ukir semua ni. Cantik dia buat. I suka. Kalau penat balik kerja, I suka duduk sini. Rasa tenang.

HAZEL NUR FILLEA (COMPLETE)Where stories live. Discover now