"Daddy? Mummy? Bila sampai?" Aku, Syazwan, Firdaus, Levent, Jayden dan Jordan membulat mata bila turun untuk sarapan nampak Daddy dan Mummy dah bersedia untuk di meja makan terlebih dahulu.
Masing-masing terkejut beruk bersama rambut serabai. Pembetulan. Firdaus, Levent, Jayden, dan Jordan je la. Aku dengan Syazwan tak. Sebab kitaorang berdua dah bersiap awal untuk pergi bekerja.
"Bertuah betul punya anak. Nampak mak bapa boleh diorang terkejut beruk pula. Sini sarapan." Ajak Mummy dengan senyum.
"Hazel. Syazwan. Awal bersiap hari ni." Tegur Daddy memandang aku dengan Syazwan.
"Hazel ada meeting pagi ni." Balas aku sambil mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Syazwan.
"Wan nak kena fly lagi." Ucap Syazwan pula.
"Ya la. . .sarapan dulu. Anak bertuah empat orang lagi ni?" Daddy memandang setiap seorang muka yang lain tu.
"Levent handle projek kat site nanti. Tapi gerak lambat sikit sebab time ni jam." Balas Levent.
"Firdaus, jumpa client kat luar kejap lagi. Sama. Keluar lambat sikit sebab jam."
"Jayden lepas sarapan, mandi and then gerak." Jawab Jayden pula.
"Jordan gerak dengan Jayden sekali." Balas Jordan pula.
"Good." Respon Daddy ringkas dengan senyum.
"Nak dating dengan Mummy la tu. . ." Usik Jordan.
"Awak single apa tahu? Kahwin cepat." Balas Daddy. Menyebabkan Mummy malu-malu kucing.
"Untung la dah kahwin. . ." Balas kami berenam serentak.
Kemudian, kami sama-sama gelak. Macam siot je perangai masing-masing.
"Bila Mummy dengan Daddy sampai? Tak dengar pun." Suara Firdaus.
"Mananya nak dengar kalau masing-masing dibuai mimpi. Lagi satu, kamu semua tidur kat bilik Hazel semalam dah kenapa? Tak cukup besar ke bilik kat rumah masing-masing?" Soal Mummy di pagi hari yang indah.
"Semalam kami berborak. Borak punya borak. . . Kata punya kata. . . Tahu-tahu je masing-masing dah tertidur." Balas Levent mewakili semua pihak.
"Rancak benar. Masalah negara ke tu?" Usik Daddy.
"Negara bukan. Tapi sekadar isu semasa. Pasal kerja. Biasalah kalau dah mula bercerita, sampai lupa ada hari esok kalau nak sambung pun." Balas Jayden pula.
Adik-adik tolong jawab. Abang dengan kakak sambung makan dengan tenangnya. Seronok. Tak payah penat menjawab.
"Daddy. Mummy. Hazel dengan Wan gerak dulu." Aku dan Syazwan mencium tangan dan pipi kedua-dua orang tua kami sebelum bergerak.
"Kamu gerak dengan apa Hazel?" Soal Daddy.
"Boyfriend." Jawab aku sambil mengenyitkan mata kepada mereka.
"Wan pula?" Soal Daddy kepada Syazwan.
"Girlfriend." Syazwan melakukan aksi yang sama.
"Ya la. Elok-elok bawa motor tu." Pesan Mummy kepada kami berdua.
Kami berdua angguk bersama senyum.
Aku dan Syazwan berlaga penumbuk dengan adik-adik yang lain sebelum menapak keluar.
Vrumm! Vrumm! Vrumm!
Aku dan Syazwan memanaskan enjin terlebih dahulu sambil mengenakan jaket dan helmet. Kemudian, kami berdua naik ke atas motor masing-masing.
"See you when I see you, mate!" Ucap kami berdua serentak sambil berlaga penumbuk sebelum masing-masing beredar ke destinasi yang tuju.
-
YOU ARE READING
HAZEL NUR FILLEA (COMPLETE)
RandomAwal perkenalan Luke seorang lelaki yang biasa sahaja. Dia tak la handsome mana tapi sedap je la mata memandang. Dia bijak dan pandai. Erm...boleh dikatakan...Nerd? Dekan tu memang dia la, mat. Tapi! Penampilan nerd tu mula berubah bila dia mula ja...