Luke Pov:
Aku duduk diam menghadap mereka berlima. Membuatkan aku rasa keadaan aku tak ubah macam tengah menjadi suspek yang kena soal siasat dengan pihak polis je sekarang. Hmm. . .
"Kenapa kau suka kakak aku?" Syazwan menyoal terlebih dahulu bersama renungan mata tajamnya.
"Sebab aku suka." Jawab aku jujur.
"Ya la. . . Itu aku tahu. . . Maksud soalan aku, apa yang buatkan kau sukakan kakak aku?" Nampak gayanya jawapan aku tadi kurang memuaskan.
"No reason. Aku tahu, aku suka dia." Jawab aku lurus.
"Haih. . ." Keluhan berat dilepaskan mereka berlima.
Salah ke jawapan aku?
Tapi aku jawab jujur.
Ada yang tak kena ke dengan jawapan aku?
Terkelip-kelip kelopak mata aku memandang mereka berlima.
"Ya. . . Kau suka kakak kami . . . Tapi sebab apa? Sebab dia cantik ke? Pandai ke? Baik ke? Bijak ke? Ciri-ciri yang buat kau suka kat dia." Nampak macam Firdaus sedang menahan sabar ketika mengutarakan kata-katanya.
Complicated sangat ke jawapan aku tadi?
"Hmm. . . ciri-ciri?" Aku mula tertanya-tanya kepada diri sendiri.
"Haah. Ciri-ciri yang buat kau suka kat dia." Balas Firdaus. Mereka nampak menanti dengan penuh sabar jawapan aku.
"Susah la aku nak jawab soalan yang ni." Aku mengaru kepala aku yang tak gatal.
"Asal pula susah? Bukannya soalan yang melibatkan subjek Algebra atau Geometry pun. Ke nak kena guna bahasa France? Algertina? Portugal? Spanish? Italy or Jerman untuk kau faham?" Suara Jordan pula.
"Aku masih boleh faham bahasa Melayu lagi la. . . Walaupun aku ni berbangsa kacukan British, Chinese, Japanese and Korean. Aku ambik exam Bahasa Melayu, okay? I got A+ for it. . ." Aku tak pasti jawapan apa yang mereka nak sebenarnya. Sebab aku tak pernah letak ciri-ciri pun untuk sukakan Hazel. Aku tahu, aku suka dia dan aku tak nak kehilangan dia. Itu sahaja.
"Habis tu. . . kenapa payoh bebenornya menjawab soalan nye?" Loghat Perak terkeluar dari lidah Levent. Agaknya sebab geram sangat kut dengan respon aku yang masih blur alam.
"Idok ler payoh bebenor. . . Temey dah menjawab soalan kamu awai-awai tadi. Temey suka kakak kamu, sebab temey suka ler. Itu jer. . ." Masing-masing terus bantai gelak mendengar ke-pelatan lidah aku membalas dengan loghat Perak.
"Reti pula kamu berbahasa peroqk. . . Sapa ngajor kamu?" Soal Levent lagi setelah tawanya sedikit reda.
"Temey ada kawan peroqk . Reti la sikit-sikit." Balas aku dengan sisa tawa yang masih ada.
"Boleh masuk line juga kau ni rupanya. Oright. . . Oright. . . Setengah angka aku naikkan rate sebagai Brother-In-Law." Bahu aku ditepuk lembut oleh Jayden.
"Asal setengah pula kalau okay? Ini mesti student kau banyak yang menangis kalau kau bagi markah. Kedekut gila doh!" Tak puas hati pula aku dengan rate yang diberikan. Tak pernah dibuat orang se-kedekut tu bagi penilaian.
"Cantik sikit erk . . . Aku bagi markah berdasarkan standard penilaian jawapan ya. Kau punya jawapan tu, tak menjawab soalan sepenuhnya. Kira aku bagi markah kesian je untuk kau. Syukur sikit!"
Buk!
Bahu aku yang ditolak Jayden kasar itu telah menyebabkan aku tergolek dari bangku tanpa diduga.
Sekali lagi, aku diketawakan oleh mereka berlima. Tapi, hanya dalam beberapa saat saja sebab lepas tu ketawa mereka bertukar menjadi senyap secara tiba-tiba. Mereka kemudiannya laju mendekati aku bersama air muka masing-masing yang bertukar cuak dan takut seperti nampak hantu.
YOU ARE READING
HAZEL NUR FILLEA (COMPLETE)
RandomAwal perkenalan Luke seorang lelaki yang biasa sahaja. Dia tak la handsome mana tapi sedap je la mata memandang. Dia bijak dan pandai. Erm...boleh dikatakan...Nerd? Dekan tu memang dia la, mat. Tapi! Penampilan nerd tu mula berubah bila dia mula ja...