6: Back To Village

25 3 0
                                    

Sasuke melihat sekeliling. Hairan. Dimanakah dirinya kini? Bukankah tadi dirinya sedang bertarung bersama sahabatnya. Sasuke cuba mengingat kembaki apa yang berlaku. Satu per satu memori kembali padanya. Dirinya meminta Sakura ke desa. Naruto menyerang ketua anbu. Dirinya marah. Rei Jii-chan mati. Bagai tersedar, dilihat sekeliling.

"Rei Jii-chan." Panggilnya perlahan.

"Hai Sasu-chan, sudah sedar ya?" Sebuah suara yang berada di belakang Sasuke memeranjatkan Sasuke. Langsung sahaja Sasuke berpaling ke belakang. Terkejut dirinya apabila melihat seekor makhluk yang cukup besar berwarna biru memandang ke arahnya.

"Bijuu." Kata Sasuke perlahan-lahan berjalan mundur ke belakang.

"Hei, hei, tak perlu takut. Aku tidak akan mencederakanmu Sasu-chan." Katanya lagi. Sasuke hanya memandangnya waspada.

"Perkenalkan, aku Matatabi, atau erm bukan lebih dikenali sebagai nibi." Melihat jinchuriki hanya diam merenungnya, Matatabi berkata lagi.

"Maaf ya Sasu-chan kalau kewujudanku didalam tubuh Sasu-chan telah menyusahkanmu dan rakanmu. Aku tidak pernah bermaksud ingin melukai sesiapa. Aku tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh shinobi-shinobi itu sehingga aku tidak mampu mengawal diriku sendiri. "

"Apa maksudmu Nibi? Dan kita berada di mana sekarang ini?" Soal Sasuke. Matanya tetap berwaspada kepada Matatabi.

"Kita kini berada di alam bawah sedar Sasu-chan. Sasu-chan pasti ingat tentang kejadian tiga tahun lalu dimana Sasu-chan dipaksa menjadi jinchuriki oleh shinobi dari Kumogakure kan?" Soal Matatabi. Sasuke mengangguk kecil. Bagaimana dirinya boleh lupa dengan kejadian yang baginya cukup menakutkan dan menyakitkan itu.

"Seperti yang Sasu-chan tahu, mereka menjadikan Sasu-chan seorang jinchuriki dengan tujuan untuk menghancurkan desa tempat tinggal Sasu-chan dimana apabila Sasu-chan melangkah masuk sahaja ke dalam desa Konohagakure, maka aku akan automatik berada diluar kawalan. " Sasuke hanya diam menyimak kata-kata Matatabi.

"Sebenarnya ketika itu, mereka telah meletakkan sebuah segel pada tubuh Sasu-chan dimana ianya akan secara semula jadi terlepas apabila Sasu-chan kembali ke desa Konoha. Apabila segel tersebut terlepas, aku tidak akan dapat mengawal diriku sendiri. Mungkin dengan bahasa mudah dan lebih difahami, ianya seperti genjutsu. Dimana sekiranya aku cuba untuk melepaskan genjutsu tersebut ketika itu, diriku akan semakin berada dalam keadaan tidak terkawal. Disebabkan itu, aku akan terus menerus menyerang desa Konoha sehinggalah kehabisan cakra dan mengakibatkan diriku dan Sasu-chan mati. " Matatabi berkata serius. Sasuke melihatnya bagaikan tidak percaya dengan kenyataan yang baru diterimanya.

"Kenapa baru sekarang Nibi muncul dan memberitahu Sasu? Kenapa tidak muncul tiga tahun lepas? Bagaimana jika ketika itu Sasu bertindak gegabah dan malah pulang je desa hah?" Soal Sasuke tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.

"Maaf Sasu-chan. Aku tidak boleh memunculkan diri tiga tahun lepas kerana segel yang ada pada tubuh Sasu-chan. Segel tersebut juga mempunyai fungsi seperti tidak memberi bijuu dan jinchurikinya untuk saling berhubung. Sekiranya aku memaksa untuk tetap berhubung dengan Sasu-chan ketika itu, maka ia akan mengakibatkan kesakitan yang luar biasa kepada Sasu-chan." Matatabi hanya memandang Sasuke yang diam.

"Namun sekarang kita sudah boleh berhubung kerana segel yang diletakkan oleh shinobi Kumogakure telah hancur. Aku menghancurkan dengan cara mengumpulkan cakra Sasu-chan sedikit demi sedikit selama tiga tahun dan menyesuaikannya dengan cakraku. Maka, dengan itu Sasu-chan kini bebas untuk tinggal di desa Konohagakure."

Mata Sasuke bersinar dan tersenyum memandang Matatabi.

"Betulkah?" Soal Sasuke tidak percaya. Matatabi mengangguk.

Naruto: The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now