Tenang. Sebuah kata yang amat sesuai untuk menggambarkan permulaan hari baru yang cerah. Namun kata-kata itu langsung tidak sesuai untuk menggambarkan suasana pagi di sebuah rumah. Di rumah Namikaze. Ya, rumah Naruto. Hari ini telah genap seminggu sejak Naruto dan sahabatnya pulang ke desa kelahiran mereka. Desa Konohagakure.
"NARUTOOO!!" Jerit sebuah suara. Terlihat seorang wanita berambut merah sedang memegang senduk sambil menatap garang anaknya yang baru sahaja bangun. Rambut merahnya yang cantik berkibar-kibar. Ya, dia adalah Uzumaki Kushina atau diberi gelaran Habanero Berdarah Merah Panas. Naruto memandang ibunya ngeri.
"Haik Kaa-chan, Naru sudah bangun ni dattebayo." Naruto berganjak mundur sedikit ke belakang. Seram melihat Kushina yang bagaikan seekor monster di pagi yang cerah.
Kushina yang melihatnya langsung menghembus nafas panjang. Menggeleng melihat tingkah laku anaknya yang amat susah untuk bangun pagi. Oke pembetulan, sekarang sudah hampir jam 12. Matahari telah pun naik meninggi.
"Bangun, sana mandi. Bukankah harini Naru-chan ada janji dengan Sasu-chan dan Saku-chan hm?" Kata Kushina sebelum berpaling dan berjalan keluar dari bilik anaknya.
Naruto mengeluh kecil. Bukankah masih terlalu pagi. Kenapa ibunya membangunkannya terlalu awal. Naruto mengambil jam lonceng yang terletak di atas meja kecil di sebelah katilnya. Tengok tu, baru jam 11.40. Dirinya kan berjanji ingin berjumpa jam 12.00. Naruto meletakkan kembali jam locengnya dan berbaring sekejap sebelum...
"APA!! JAM 11.40. ARGHH!" Naruto dengan pantas kembali bangun dan berlari ke sana ke mari. Apa yang dicarinya tiada. Kemudian dia berlari ke arah tangga rumah.
"KAA-CHAN, TUALA NARU DI MANAA?!" Jeritnya lantang.
"Ada di dalam bilik mandi." Balas Kushina dari arah dapur. Sepertinya ibu Naruto itu sedang sibuk berperang di dapurnya.
Naruto cepat-cepat berlari ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Tidak mungkin kan dia berjumpa sahabatnya dengan keadaan tidak bersih.
10 minit kemudian, Naruto telah siap mandi dan kini lengkap berpakaian. Naruto berjalan menghampiri Kushina yang berada di dapur. Kushina yang melihat Naruto datang, tersenyum.
"Kemari, duduk makan dulu sebelum keluar." Kata Kushina. Naruto duduk di meja makan. Hairan melihat dapur yang boleh dikatakan bersepah.
"Kaa-chan buat apa dari tadi lagi?" Kushina meletakkan sepinggan roti bakar di depan Naruto.
"Naru-chan lupa kah? Harini adalah ulang tahun kelahiran Tou-chan nya Naru-chan. Jadi Kaa-chan ingin membuatkannya sedikit kejutan. Kaa-chan menyiapkan kek dan sebagainya, ttebane." Jawab Kushina kembali menyambung kerjanya.
"Tapi Kaa-chan, bukankah bahan yang Kaa-chan sediakan ni terlalu banyak hanya untuk makan bertiga?" Soal Naruto sambil memakan roti bakarnya.
"Kaa-chan menjemput Kakashi, Obito, Rin, Keluarganya Mikoto dan keluarganya Mebuki juga malam ini." Di sini Kushina berkawan dengan Mikoto dan Mebuki sejak kecil lagi namun dia lebih rapat dengan Mikoto. Disebabkan itu dia lebih banyak menghabiskan masa bersama Mikoto berbanding Mebuki. Jadinya Naruto telahpun mengenali Sasuke sejak kecil, tetapi Naruto tidak mengenali Sakura pada mulanya.
Naruto terkebil-kebil mendengar pernyataan ibunya.
"Keluarga Mikoto Ba-chan dan Mebuki Ba-chan? Maksud Kaa-chan, Sasu-chan dan Sakura-chan juga datang malam ni, ttebayo?" Soal Naruto. Matanya bersinar melihat ibunya. Kushina tersenyum kecil dan mengangguk.
"Yeayyy!! Uhurk uhurk."
"Naruto. Makan dengan tenang lah." Kushina menepuk-nepuk belakang Naruto yang tersedak perlahan dan menghulurkannya air. Dengan gelojoh, Naruto meminum airnya.
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
FanfictionPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...