Pergh, semakin galak & gatal aku menghasilkan karya (buku) terbaru kat Wattpad ni, ekk?
Ini karya non-fiction kelapan aku. Tentang ape? Hmm, semuanya tentang masakan, makanan, resipi, petua di dapur & sekelonet erotika tak melampau tatkala berpakaian semasa memasak.. hee. Aku akan perturunkan resipi ciptaan aku yang bagi aku amat sedap & mudah. Bagi orang lain tak tau la pulak. Manusia ni ade cita rasa berbeza, tak sama walau lidah kita semua sama bentuk & kaler.. hee.
Tapi, bukan semua resipi tu aku yang cipta, ade beberapa je pun. Yang lainnya aku dapat dari pengalaman makan masakan mak aku & resipi turun temurun keluarga aku kat kampung yang indah permai ni. Juga, resipi lama orang kita (Melayu) sejak dari zaman Hang Tuah & era Kuswadinata lagi 😋
Seperti yang pernah aku mention sebelum ini, aku memang suka masak sebab lebih bersih, banyak pilihan, berkhasiat, tak mahal & boleh melantak banyak sebab kita sendiri yang masak, kan? Aku ni pembersih sebenarnya. Geli arr bila tengok orang lain yang pegang makanan aku time depa memasak. Kekadang tu, time dok masak depa garu ketiak, garu kemaluan dalam kain atau seluar, meludah, peluh masuk dalam periuk, korek hidung, korek taik telinga atau batuk koh koh bersembur masuk periuk belanga.. uwekkh 🤮🤧💩
Kalau korang bernasib baik, aku akan masak & lepas tu ambik foto untuk ditempelkan kat dalam ni. Maka, korang akan nampak le sebahagian tangan serta jari-jemari lentik aku tatkala sedang memasak atau menghias hasil masakan aku ke dalam pinggan, tray atau talam.
Layan je, ekk? Tapi belum ade lagi entry nya sebab aku masih menilai resipi-resipi tersebut. Lagipun, banyak citer aku yang belum berkesempatan nak diupdate lagi. Harap korang faham. Aku ni sorang author yang produktif & giler buat citer baru, tapi malas nak update karya aku.. hee 😁
YOU ARE READING
• resipi r𝑒sipo • {rr}
Non-FictionIni karya non-fiction kelapan aku. Selain mengarang novel, cerpen & cerpan, aku jugak suka memasak. Kekadang, aku akan reka sendiri masakan tu. Ade gak aku masukkan resipi turun-temurun & resipi tradisional Melayu yang lain. Jugak, aku sertakan petu...