Entry 3 - Sambal Tumis Petai Pak Khamis Gemalai (Lepas Makan Hilang Longlai)

87 8 4
                                    


Sesambil belajar masak, nikmati dulu lagu Afrika yang sungguh memberikan inspirasi & penuh semangat kesukanan kat atas tu. Penyanyinya Bi Kidude (Fatuma binti Baraka) asal Tanzania. Setakat resipi ini ditulis, ia dah mencecah 42 jota tontonan /views. Kau hader?


Resipi ketiga aku ialah sambal tumis petai yang aku gabungkan dengan udang besar. Ala, ikut suka korang le, nak regukan dengan ikan bilis atau sotong pun okey je. Cuma jangan le guna ayam atau daging, tak sesuai la.. hee.

Kami, maksud aku, keluarga aku, akan masak petai tu bersekali dengan kulit-kulitnya untuk menambahkan lagi kepuasan serta khasiat dari tumbuhan hutan ini. Aku tau, ramai antara korang yang cuma makan biji/isi petai je, kan? Rugi le kalau cam tu. Cer nanti masak dengan kulitnya, baru best.

Okey le, tak nak cakap banyak kita teruskan ke bahan-bahannya.


BAHAN-BAHAN

1 • Dah tentu le petai (lebih kurang 10 papan, nak lebih pun okey je ikut suka korang le) FYI, model yang sedang memperagakan petai kat bawah ni bukannya diri aku, ye? Aku agak hensem & bergaya berbanding beliau.. hee 😁


2 • Cili kering (segenggam atau ikut berapa banyak petai & udang yang anda gunakan, agak-agak je la) Kalau nak guna cili boo atau serbuk cili pun boleh, tapi tak sedap & tak asli le

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cili kering (segenggam atau ikut berapa banyak petai & udang yang anda gunakan, agak-agak je la) Kalau nak guna cili boo atau serbuk cili pun boleh, tapi tak sedap & tak asli le

Udang saiz sedang (sekilo ke, tak kira le udang laut ke atau udang kolam, boleh belake)

Halia, bawang putih & bawang merah/bawang besar (untuk tumis kasi naik aromanya, dah nama pun sambal tumis, kan?)

Santan (satu kotak kecil) Kami memang guna santan untuk sambal tumis sebab akan menjadikan pekat, lemak & sedikit kelabu tak le merah sangat, ya Mak Ngah!

6 Garam halus, asam keping & serbuk perisa untuk menambahkan lagi rasa enak

7 • Minyak untuk menumis (pilihan aku dah tentu le Saji)



CARA-CARA MEMASAKNYA


1 • Berdiri ikut keselesaan & berpakaian yang sesuai. Tak nak pakai baju seluar pun okey, cuma berspender atau boxer  je pun boleh sebab di dapur ni panas, kan?

2 • Cili kering dipotong dengan gunting & buang bijinya (aku tak suka bijik, rimas rasanya kalau tergigit.. hee) Then, rendam dengan air panas untuk cuci & lembutkannya. Lepas tu kisar dengan sedikit air dalam blender  hingga agak halus.

3 • Petai dibasuh & dipotong kecil bersama kulitnya sekali

Tumis halia, bawang putih & bawang merah hingga naik bau & kekuningan

Masukkan cili kering yang dikisar tadi & kacau la sampai pecah minyak

6 • Bila pecah minyak, masukkan sedikit air. Then, humban le petai yang dipotong tu dalam kuali sambil dikacau-kacau mesra agar sebati

7 •  Masukkan asam keping, juga tambah lagi air supaya tak kering, nanti hangit plak

8 • Bila petai dah nampak empuk/masak, masukkan garam, serbuk perisa secukup rasa. Then, kacau lagi dengan manjanya. Kalau korang nak masukkan sikit gula pun boleh, untuk bagi rasa manis. Tapi jangan banyak sangat, nanti jadi bubur petai plak.. hee

9 • Masukkan santan kotak, then  kacau sambil ditambah air sedikit lagi. Sambal tumis ni tak le kering kontang, masih ade kuah yang pekat 

10 • Akhir sekali masukkan udang & kacau hingga nampak menatang tu masak. Jangan lama sangat, ye? Foto kat bawah ni menunjukkan udang agak terlebih masak sebab aku ralit dok layan Wattpad.. hee


Makanya, siap le sudah sambal tumis petai & udang. Nikmatinya dengan nasi putih. Nasi beriani atau nasi tomato tak sesuai. Nasi lemak okey gak.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku kekadang tu suka makan dengan roti atau roti canai ke. Sedap oo sebab bila ade santan pedasnya tu kureng sikit, tapi rasa lemaknya tu ade. Roti Arab atau roti bom pun sesuai. Ikut selera korang le, cuma jangan dicampur dengan ais krim je.. hee 🤪




• THUmis | 30052024 | 630 words •

• resipi r𝑒sipo • {rr}Where stories live. Discover now