Hmm, kerana mulut celopar, budak kat atas tu dah kena demah kat muka. Dah tak cute, ekk? Hee 😁 Korang boleh faham tak kenapa aku letak tajuk 'Muka Demah' ni? Cer sebut berulang-ulang kali. Kan?
SEJARAH PEMASAKAN AKU
Macam yang aku mention dalam autobiografi 'Kikilala', aku memang suka memasak. Tapi minat tu tak timbul time aku bebudak dulu, sesekali je aku memasak. Contohnya buat mi segera sendiri yang aku campur sayur & telur. Kekadang aku bancuh air sendiri, teh atau kopi ke.. hee. Masa kecik, aku ade gak pengalaman main masak-masak dengan kekawan pompuan atau budak lelaki comel. Tapi kami main masak daun atau pasir je, konon-kononnya itu le ikan dan beras.. hee.
Masa bebudak dulu, kalau teringin nak makan sesuatu aku akan suruh mak atau kakak aku yang masakkan. Time tu tak ade langsung keinginan nak memasak walaupun keluarga aku semuanya terrer masak.
Time sekolah menengah/remaja, kat asrama ade gak aku & kekawan masak mi segera guna heater yang agak bahaya tu. Kalau kami teringin nak makan sesuatu, kami mintak tolong kakak kantin asrama masakkan. Kakak/pelayan tu memang suka kat aku, cuma aku je tak suka kat dia 🙃
Aku mula rajin & jadi berminat memasak time merantau kerja & hidup sendiri kat satu bandar ni. Nanti le aku akan citerkan dalam 'Kikilala' tu. Aku banyak belajar dari buku resipi, program TV, pemerhatian bila mak & kakak aku sedang masak, juga bertanya kepada yang pakar. Lama-lama aku pun jadi pakar le.. hee.
antara buku masakan yang aku pernah rujuk 👇
Kekadang, aku rasa masakan aku lebih sedap dari para Youtuber di luar sana tu. Betul, tak caya? Cer tanya orang yang pernah merasa masakan aku. Dia orang tentu akan mengangkat jari tunjuk isyarat peace & thumbs up berulang-ulang kali 👍✌ terutama kekawan seopis di mana kami selalu buat majlis makan-makan tak formal sesama kami je. Kami pakat-pakat bagi tugas untuk masak itu, masak ini, buat itu, buat ini & lelain lagi. Aku plak selalu volunteer untuk masak main dish iaitu kari. Lepas makan semua orang gerenti jilat jari.. hee 😋
Walaupun aku suka memasak, tapi aku tak minat langsung & tak berahi pun nak masak jenis reroti, bebiskut atau kekek (baking) Aku lebih suka masak lauk-pauk, mi, goreng-gorengan, nasi-nasi & bubur-bubur je. Dessert pun aku tak suka, kecuali agar-agar.
Aku paling suka makanan/masakan Melayu. Makanan dari Asia Barat pun aku minat gak (India, Pakistan, Negara Arab, Turki) Makanan Barat? Hmm, boleh le contohnya burger, sandwich, french fries. Aku paling tak suka makanan dari sebelah Asia Timur (Jopun, Koria, Chena, Taivan, Pilibina, Betnam, Laus, Tailen) Jangan marah, ekk? 🥴
PERHATIAN/ACHTUNG!
KESEMUA RESIPI DALAM 'RESIPI RESIPO' INI AKU NAMAKAN SEMPENA WATAK-WATAK CIPTAAN AKU YANG PERNAH MUNCUL DALAM KARYA-KARYA SEBELUM INI
Okey le, dah banyak aku membebel. Tunggu entry pertama 'RR' ni berupa resipi yang aku hasilkan dari pengalaman masa kecil & pemerhatian aku tatkala dewasa. Layan je.
Dengan dapur cantik berkilat ni aku masak banyak hidangan yang menakjubkan. Pergh, masuk bakul lagi.. hee 🤪
Foto ini diambil ketika baru beli. Sekarang dah kusam & tak berkilat pun, cuma aku pastikan sentiasa bersih & kemas 🔥
• THUmis | 16052024 | 591 words •
YOU ARE READING
• resipi r𝑒sipo • {rr}
Literatura FaktuIni karya non-fiction kelapan aku. Selain mengarang novel, cerpen & cerpan, aku jugak suka memasak. Kekadang, aku akan reka sendiri masakan tu. Ade gak aku masukkan resipi turun-temurun & resipi tradisional Melayu yang lain. Jugak, aku sertakan petu...